Kalau dulu-dulu, bau apam soda yang baru dikukus memang buat satu rumah harum semerbak! Resipi ini bukan saja mudah tak perlu yis atau bahan pelik tapi hasilnya lembut, gebu dan wangi dengan rasa manis manja daripada ais krim soda.
Kini resipi klasik ni kembali viral sebab ramai suka kuih yang cepat siap tapi tetap sedap macam air tangan mak. Kalau nak nostalgia waktu minum petang kampung dulu, inilah kuih wajib cuba!
Resipi Apam Soda Gebu
🧂 Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ cawan air ais krim soda (contoh: F&N Ice Cream Soda)
Sedikit pewarna (merah jambu atau biru muda)
Sedikit minyak masak (untuk acuan)
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
Ads
Tip & Trik Apam Soda Menjadi Gebu:
✨ Pastikan air ais krim soda masih bersoda (berbuih) masa tuang ke adunan — itu rahsia apam naik cantik! ✨ Jangan kukus terlalu lama; nanti apam jadi liat. ✨ Kalau nak versi lebih wangi, boleh tambah sedikit esen ros atau vanila.
Senang kan? Tak perlu pening dengan yis atau nak tunggu doh kembang. Dengan resipi apam ais krim soda ni, 30 minit pun dah boleh siap satu hidangan nostalgia yang gebu dan manis wangi.
Ads
Kalau tengah craving kuih kampung atau nak jamu tetamu hujung minggu, apam soda ni memang pilihan tepat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ada yang suka makan tapai tapi tidak tahu membuatnya. Kalau teringin pun pasti membelinya. Nak membuat tapai ni perlu tahu caranya. Boleh ikut petua yang dikongsikan ini. Petuanya kena basuh beras pulut hingga betul-betul bersih sampai jernih airnya. Masuk peti ais dulu bagi sejuk baru best makan.
Tapai pulut
Bahan-bahan:
1 kilo beras pulut
1 biji ragi
1 sudu gula
Daun pisang
Cara membuat:
1.Beras pulut basuh hingga bersih dan rendam 2 jam. Kukus pulut sehingga betul-betul masak. Kalau pulut keras lagi, renjis-renjis air dan balik-balikkan pulut tu. Kukus lg sehingga masak
2.Bila pulut dah masak sejukkan pulut dalam dulang dan ratakan.
3.Tumbuk sebiji ragi dan satu sudu gula( ni petua buat tapai rasa manis dan tidak masam)
4.Tabur ragi atas pulut yang disejuk tadi dengan penapis teh
5.Kacau-kacau pulut tadi bagi ragi mesra dalam pulut.
6.Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan dalam bekas kecil-kecil.
7.Simpan tapai yang siap dibungkus dalam tempat gelap contohnya kabinet dapur.
8.Buka selepas 2 hari InsyaAllah tapai dah masak dan boleh dimakan.
*Kalau ragi tu cepat bertindak tak sampai 2 hari tapai dah masak.
Sedapnya KaripapHomemade Kentang Daging & Telur Rebus ni. Kulitnya yang rapuh serta inti yang enak menjadikan ia sebagai hidangan minum petangyang sangat sempurna. Bagi anda yang gemar makan karipap, resipi Karipap Kentang Daging & Telur Rebus perkongsian saudari SuRiani Rahim ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KARIPAP KENTANG DAGING & TELUR REBUS
BAHAN KULIT KARIPAP:
1kg tepung gandum
1/2 cawan minyak masak – panaskan sekejap
3 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya
BAHAN INTI:
15 biji ubi kentang – kupas kulit & potong dadu
100gm daging – potong nipis & kecil
2 paket kecil rempah kari
10 tangkai cili kering – kisar halus
1 biji bawang besar – hiris
4 ulas bawang putih – hiris
1-2 tangkai daun kari – hiris
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya – jika perlu
Minyak untuk menumis
Telur rebus – dibelah empat
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan garing. 2. Kemudian masukkan daging, cili kisar dan rempah kari. Masak lagi hingga garing. Daging boleh direbus terlebih dahulu tetapi empunya resipi tidak rebus kerana sudah hiris nipis.) 3. Seterusnya masukkan ubi kentang, garam serta gula secukupnya. Kalau inti agak kering, masukkan sedikit air. 4. Masak inti hingga kentang dan daging empuk. Padamkan api dan sejukkan inti.
5. Untuk membuat doh, satukan tepung gandum, marjerin, minyak masak dan garam. Gaul sebati. 6. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat. Jika terlembik, tambah tepung secukupnya.
7. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai leper. 8. Sudukan inti secukupnya dan masukkan telur rebus. Kelim kemas.
9. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Korang suka vadai kuih tradisi masyarakat India ini sudah sinonim dengan semua bangsa Malaysia, tidak kira Melayu mahupun Cina. Kuih yang diperbuat dari kacang Dhal enak kalau dihidangkan garing dan rangup. Kalau korang ingin cuba membuat kuih ini buat pertama kalinya, resipi yang RASA kongsikan ini diharapkan boleh membantu kuih vadai yang korang buat menjadi. Selamat mencuba….
vadai.
KUIH VADAI BAHAN-BAHAN:
2 cawan kacang dhal | rendam semalaman dan tos
1/2 cawan nasi sejuk
1 biji bawang besar | dadu halus
2 biji cili hijau | dadu halu
4 tangkai cili kering | buang biji dan gunting halus
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai dan cincang halus
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu makan rempah kari
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kisar 3/4 dari kacang dhal menggunakan pengisar kering hingga hancur kasar.
Masukkan kacang dhal yang telah dikisar dalam mangkuk adunan.
Kemudian campurkan semua bahan dan lebihkan kacang dhal yang tidak dikisar tadi.
Gaul rata dan sebati,
Kepal-kepalkan adunan sebesar bola golf kemudian leperkan.
Panaskan minyak menggunakan api sederhana dan goreng vadai.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!