
Kuih apam memang menjadi kegemaran ramai. Bukan hanya sedap dimakan ketika minum petang, bila-bila masa pun boleh menikmatinya. Jom kita cuba buat apam susu. Selain rasanya yang sedap, ia mudah. Sudah pasti mereka yang kurang mahir akan tertarik membuatnya.
Bahan untuk buat apam susu :
Empat biji telur ayam
Satu sudu teh esen vanila
Satu sudu besar ovalet
Empat sudu besar susu pekat
Dua cawan tepung gandum
Satu cawan gula
Pewarna
Cara Membuat Apam Susu
Pukul telur, vanila, ovalet, gula sampai kembang gebu dan putih.
Masuk susu pekat dan kembali pukul.
Masuk tepung dan kacau sampai sebati.
Kalau nak warnakan bahagi kan kepada beberapa bahagian Warnakan sesuka hati mengikut citarasa anda.
Akhir sekali, kukus kek apam susu anda selama empat puluh lima minit atau sampai masak.
Credit : Dia Adila
#mahn
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Ayam Masak Taucu Paling Simple & Sedap, Kuah Masin Masam Pedas Buka Selera

Resipi ayam masak taucu ini boleh jadi hidangan kalau dah bosan dengan lauk gulai ayam, ayam masak kicap, kari ayam dan sebagainya.
Walaupun taucu tak perlu letak banyak sebab mudah masin, tapi dengan sukatan yang betul, lauk ini jadi sangat sedap dan beraroma.
Taucu atau pes kacang soya diperam ini memang terkenal dalam masakan Cina, tapi bila digabung dengan bahan tumisan Melayu seperti cili kering, bawang dan serai, rasanya jadi cukup seimbang ada masin, pedas, masam dan manis semula jadi dari bawang. Memang sesuai sangat untuk makan dengan nasi putih panas.
Resipi Ayam Masak Taucu

Bahan-bahan
1 ekor ayam – dipotong sederhana & digoreng sekejap
3 labu bawang besar (sederhana)
5–6 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering – rendam & buang biji
1 inci halia
1–2 sudu kecil asam jawa – ambil airnya
60g taucu (apa-apa jenama, contoh Opah Nur)
2 batang serai – diketuk
1 biji bawang besar – potong bulat untuk hiasan
Cili merah – hiris serong
Daun sup & daun bawang secukupnya
Cara Penyediaan Ayam Masak Taucu
1. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering dan halia sehingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama taucu sehingga pecah minyak dan harum.
3. Masukkan air asam jawa dan serai yang diketuk. Tambah sedikit air jika mahu kuah lebih.
4. Bila kuah mendidih, masukkan ayam yang sudah digoreng. Gaul rata dan biarkan masak hingga ayam sebati dengan kuah.
5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, cili merah, daun sup dan daun bawang. Siap untuk dihidang bersama nasi panas.
Tip
- Jangan letak taucu terlalu banyak kerana ia masin semula jadi. Mulakan dengan sedikit, rasa dan tambah jika perlu.
- Ayam elok digoreng sekejap dulu untuk pastikan ia lebih sedap dan tidak hanyir bila masuk ke dalam kuah taucu.
- Kalau suka kuah pekat, biarkan ia mereneh lebih lama di atas api kecil.
Kredit Resipi & foto : Aida Akashahfitri
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Menu Berasaskan Timun Dengan Pelbagai Kebaikan

Timun dengan ciri yang menyejukkan sering digunakan secara meluas di dalam masakan. Selain itu ada yang makannya secara mentah atau membuat jus. Timun boleh dipelbagaikan hidangannya dan enak rasa.
Timun merupakan makanan yang sangat baik untuk kesihatan. Lupakan makanan ringan dan kerepek kentang, mulai hari ini jadikan timun sebagai ‘makanan’ utama anda.
Masalah pencernaan seperti gastrik dapat disembuhkan dengan meminum jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit.
Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt.
Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
Antara menu berasaskan timun yang boleh anda cuba.

JUS TIMUN KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji timun
- 250ml air
- 3 sudu makan air gula
- Ais secukupnya
- Daun pudina
CARA MEMASAK:
- Timun dipotong dibuang kulit dan empulurnya lalu dipotong dadu.
- Masukkan timun ke dalam mesin pengisar bersama air, air gula dan ais secukupnya.
- Kisar timun hingga ais hancur.
- Tuang ke dalam gelas dan hias dengan daun pudina.

MI SIAM SINGAPURA
BAHAN-BAHAN:
- 200gm bihun | direndam hingga lembut
- 2 genggam tauge | dibuang ekornya
- 100 gm kucai | dipotong tiga cm
- 1 sudu makan sos tomato
- 3 sudu makan cili kisar
- 150 gram udang saiz kecil | kupas kulitnya
Bahan kisar:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 100gm1 genggam udang kering | cuci dan rendam
- Secubit belacan | dibakar
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan kuah:
- 1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
- 3/4 sudu makan tauco | lecek hingga hancur
- 3/4 sudu teh pes asam jawa
- 1 batang serai | dititik
- 2 keping hirisan lengkuas | dititik
- 1 liter air rebusan kulit udang
- 2 sudu makan kacang tanah tumbuk
- 1/4 cawan santan
- Garam dan gula secukup rasa
- Air jika perlu
Bahan sampingan:
- Telur rebus | dibelah dua
- Tauhu goreng | dihiris
- Hirisan daun bawang
- Timun |dihiris memanjang
- Limau kasturi | dibelah dua
- Sambal tumis | jika suka
CARA MEMASAK:
- Untuk Mi Siam: Panaskan minyak dalam kuali, tumis kisar halus hingga wangi.
- Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
- Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali menganadungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
- Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
- Untuk Kuah Siam: Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucho, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
- Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
- Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
- Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak hingga mendidih.
- Angkat dan hidangkan.

SUP TIMUN
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak zaitun
5 ulas bawang putih |cincang halus
1 biji bawang Holland saiz kecil |cincang halus
1 sudu makan lemon jus
1 batang timun saiz sederhana |buang isi tengah dan potong dadu kecil
½ sudu teh garam
125gm yogurt asli
CARA MEMASAK:
- Tumis bawang putih dengan minyak zaitun bersama bawang Holland, kemudian masukkan timun.
- Masukkan pula jus limau dan garam. Kecilkan api dan biar sejuk seketika. Ketepikan.
- Kisar semua bahan yang ditumis tadi hingga halus dan tuangkan ke dalam yogurt. Gaul sebati.
- Boleh dihidangkan secara suam atau disejukkan terlebih dahulu.
Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri.

Menu Ayam Masak Merah macam yang kita selalu makan di majlis kenduri kahwin tu nampak sedap kan? Jangan lupa cuba resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni ya. Sesuai sangat nikmati dengan aneka nasi tumis.
AYAM MASAK MERAH KENDURI
BAHAN A:
- Ayam – dipotong
- 1 batang serai – kisar
- 1 hiris halia – kisar
- 1 ulas bawang putih – kisar
- 3/4 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh perencah Hilal
- 1/2 sudu teh garam
- Sedikit air
BAHAN B ( KISAR):
- 1 biji bawang merah – saiz bola pingpong
- 1/2 biji bawang holland
- 1 ulas bawang putih
BAHAN C:
- 2 biji cili merah – kisar
- 1 1/2 sudip cili kisar
- 3/4 sudu makan gula melaka hancur
- 1 1/2 sudu makan gula
- 3/4 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh perasa
- Air asam jawa ( 1/2 gelas air + secubit kecil asam jawa)
- 1/4 cawan air
- 3/4 sudip sos cili
BAHAN D:
- 1 biji bawang holland | dihiris dan digoreng seketika
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dalam periuk dan rebus sehingga ayam masak. (Ia ikut cara masak stail kenduri. Ayam direbus dahulu. Barulah isinya tidak keras.)

2. Setelah direbus, goreng ayam seketika menggunakan minyak panas. (Jangan goreng terlalu garing kerana nanti isinya akan keras.) Angkat dan ketepikan.

3. Dengan menggunakan minyak gorengan yang sama, tumis bahan B hingga naik bau.

4. Kemudian masukkan cili merah kisar.

5. Diikuti dengan cili kisar. Tutup seketika kuali dengan tutup periuk dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

6. Perasakan dengan gula melaka, gula, garam dan perasa. Boleh ubah suai jumlah ikut citarasa anda. Tutup lagi kuali bagi menaikkan warna sambal. Masak guna api perlahan sahaja.

7. Seterusnya masukkan air asam jawa dan air. Jumlah air bergantung pada kepekatan kuah yang anda nak. Tutup kuali sekali lagi.

8. Masukkan sos cili. Kacau rata.

9. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Balik-balikkan dan biar selama 3-4 minit supaya kuah meresap pada isi ayam.

10. Akhir sekali tabur hirisan bawang holland yang telah digoreng seketika. Kacau rata.

11. Siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

