Makan

Api Menyambar Waktu Memasak, Lakukan 2 Teknik Ini Untuk Padamkan Api

Share

Tengah asyik memasak, tiba-tiba api menyambar kuali yang sedang panas. Biasanya kita akan panik dan terus cari air untuk padamkan api.

Tapi sebenarnya tindakan ini tak akan memadamkan api malah mungkin menyebabkan api semakin marak. Jika berdepan dengan situasi ini di dapur berikut adalah cara betul untuk memadamkan api.

1. Guna tuala basah

 

  • Jika api menyambar minyak yang panas dalam periuk atau kuali cari tuala lalu basahkan.
  • Letak tuala basah atas periuk atau kuali yang terbakar. Jauhkan bahagian badan dan kepala hanya hulurkan tangan untuk meletakkan tuala.
  • Selepas letak tuala atas periuk yang terbakar, padamkan tombol api. Biarkan tuala kekal di atas kuali selama lima minit. Jangan angkat kerana kemungkinan api masih belum padam sepenuhnya.
  • Selepas tutup tombol api, alihkan periuk ke singki atau ke luar rumah. Tutup juga kepala tong gas.

Boleh rujuk video di bawah

2. Guna penutup periuk

 

Satu lagi cara sekiranya api menyambar periuk, boleh juga menggunakan penutup periuk untuk memadamkannya.

Tapi pastikan jangan menutupkan dari atas sebaliknya sorong tudung periuk dari tepi untuk menutupnya.

Tindakan letakkan penutup dari atas hanya akan menyebabkan api dalam periuk makin besar. Malah air yang disimbah itu juga akan memercikkan minyak yang panas.

Lihat video di sini : Cara padamkan api guna penutup periuk

Sumber: Artikel ini olahan dari VANILLA KISMIS

 

Published by
Rose