Apom Lenggang Buat Untuk Minum Petang

Share

Dah lama tak menikmati apom lenggang. Bila teringat zaman kecil dulu memang selalu makan. Memang tak cukup satu. Boleh makan untuk sarapan dan juga minum petang. Sangat mudah membuatnya, jom kita buat.

APOM LENGGANG

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI


1/2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
1 sudu teh yis kering-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan santan sederhana pekat
1 1/4 cawan air
1 sudu teh garam

Cara memasak:
1. Campur semua bahan kecuali garam. Blend hingga bercampur elok.


2. Peram selama 1 jam 30 minit mininum. Akak peram 2 jam.
3. Selepas 2 jam, masukkan garam, kacau.
4. Panaskan kuali, sapukan minyak. Tuangkan satu senduk adunan dan lenggang. Siap

Kredit: Rozilawati Paiman

 

http://www.rasa.my/lemak-manis-agar-agar-cendul-memang-ketagih-nak-makan/

Published by
Putri