Bagi sesiapa yang mengikuti laman sosial facebook artis 90-an, Norlie Tamam Idris, pasti tahu akan kegigihan beliau berniaga di kiosk atau booth. Menyedari bukan mudah untuk meneruskan kegiatan seni disebabkan kemunculan ramai artis baharu, Norlie mengakui berniaga adalah cara untuknya mendapatkan wang perbelanjaan.
Tidak kekok berniaga di booth.
“Terdapat cabaran dalam perniagaan sekarang. Memang kena double triple kan usaha untuk mendapat tarikan orang ramai. Bukan mudah. Berniaga di kiosk atau booth memang memenatkan. Tapi bukan senang nak cari duit sekarang. Saya ambil prisip tak boleh malas dan tak boleh putus asa,” kata anak kepada arwah seniman Tamam Idris ini memulakan bicara.
KEK AYAHANDA, SESUATU YANG ISTIMEWA
Disebabkan kerajinan dan konsisten berniaga, ada insan yang baik hati telah membantu Norlie untuk memulakan bisnes kek buah kukus. Insan itu digelar Ayahanda oleh Norlie disebabkan selalu ada ketika susah dan senang Norlie sekeluarga.
Ads
“Kek ini baru saja masuk empat bulan di pasaran. Memang saya all out memasarkan kek buah kukus ini di merata lokasi. Setakat ini, saya aktif berniaga di booth dan kiosk. Nama Ayahanda ini bersempena gelaran insan yang banyak bantu saya sejak dari zaman bujang sampailah dah beranak-pinak. Beliau sangat berjasa pada keluarga saya. Bisnes kek ini pun, beliaulah yang banyak bantu,” cerita Norlie yang turut mengakui resipi kek buah kukus ini adalah daripada isteri ayahanda sendiri yang juga seorang tenaga pakar dalam bidang masakan.
Norlie berjualan di booth.
KEK BUAH KUKUS CITA RASA TRADISI
Mengekalkan cita rasa orang lama, Norlie mengakui inilah kek buah kukus yang berada dalam kelompok sedap pernah dirasainya. Dibuat secara home made dan keenakannya terjamin. Senang cakap, sekali makan pasti teringat-ingat akan Kek Buah Kukus Ayahanda.
Ads
Nampak sedap!
“Kek buah kukus ini tidak terlalu manis. Memang dibuat dengan rasa kurang manis. Kelembapannya sangat mengasyikkan. Kalau kena dengan cara simpan, kek buah kukus ini boleh tahan sehingga enam bulan,” cerita Norlie.
Sebahagian rakan seperjuangan yang menyokong bisnes Kek Buah Kukus Ayahanda.
PELUANG PERNIAGAAN
Sepanjang empat bulan berniaga kek buah kukus ini, Norlie mengakui memang banyak permintaan ketika berjualan di booth atau kiosk. Harganya yang tidak terlalu mahal iaitu RM35 bagi sebekas dengan berat 750 gram, cukup berbaloi.
Justeru, Norlie turut membuka peluang untuk mereka yang mahu berbisnes bersamanya untuk menjadi ejen Kek Buah Kukus Ayahanda.
Ads
“Untuk menjadi ejen Kek Buah Kukus Ayahanda, anda hanya perlu membuat order sebanyak 10 bekas kek. Keuntungan adalah antara RM5 hingga RM10 sebekas bergantung pada jumlah kek yang diambil,” tambah Norlie.
Selain kek buah kukus, Norlie turut menjual aiskrim Malaysia pelbagai perisa, bubur som-som dan sagu susu gula Melaka.
Bubur som-som dan sagu susu gula Melaka.Aiskrim Malaysia oleh Norlie Tamam.
“Asam pedas yang pernah dijual pada tahun ini terhenti seketika disebabkan pelbagai masalah ketika PKP. Jadi saya cadang untuk memulakan kembali perniagaan asam pedas resipi ibu saya sendiri pada awal tahun 2023 nanti. Doakan saya terus sihat untuk berniaga mencari sumber pendapatan,” kata Norlie mengakhiri bicara.
Norlie bersama ibunya, pelakon, Mariaty Hussein.Norlie (dua dari kanan) masih aktif berlakon.
Antara kek yang mudah untuk dibuat adalah kek pisang. Tapi tak mudah juga nak dapatkan kek pisang yang sedap tau. Boleh try resipi ni untuk dapatkan kek pisang yang yummy.
KEK PISANG
BAHAN-BAHAN
1 cawan gula kastor
4 biji telur ayam gred A
1 cawan minyak jagung
4 biji pisang emas (dilecek)
BAHAN AYAK
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
BAHAN LAIN
1 sudu kecil esen vanila
CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 170 oC. Lengser mentega pada loyang. Ketepikan.
2. Putar gula kastor, telur ayam dan minyak jagung dalam anggaran 3-5 minit atau sehingga putih. Masukkan pisang dan kacau rata.
3. Masukkan pula Bahan Ayak sedikit demi sedikit. Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
4. Masukkan esen vanila dan gaul sebati. Tuang dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
Puas rasanya dapat nikmati biskut raya yang rangup dan memenuhi citarasa. Memang boleh habis sebalang kalau asyik menghadap biskut ni. Kos membeli pun boleh tahan tinggi. Apa kata kalau dah suka dengan biskut yang ini membuatnya sendiri dengan citarasa masing-masing.
Jejari Oats
BAHAN-BAHAN
250gm oats
430gm tepung gandum
230gm gula kastor
1 1/2 sudu makan serbuk koko
200gm minyak sapi
125gm butter
Serbuk susu- untuk coating
Cara membuat:
1.Campurkan oats, caster sugar, cocoa powder, minyak sapi dan butter di dalam mangkuk pengadun. Gaul dengan spatula kayu atau whisker hingga rata.
2.Ayak tepung. Masukkan tepung ke dalam adunan oats sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga membentuk doh. Tepung tak semestinya diguna semua. Agak-agak sesuai untuk dicanai dan boleh dipotong.
3.Canai setebal 1 cm dan potong berbentuk segiempat bujur seperti jejari.
4.Bakar pada suhu 170 darj celcius selama 15min – 20min menggunakan api atas dan bawah. Tak perlu hingga terlebih garing kerana, walaupun masih agak lembut waktu siap dibakar tetapi setelah sejuk ia akan mengeras dan rangup.
5.Sejukkan jejari oats di atas rak dawai dan golek-golekkan di dalam susu tepung hingga tersalut sepenuhnya. Simpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Semperit Susu
Bahan-bahan:
250gm susu pekat manis
250gm butter,lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak
500gm tepung jagung
50gm tepung gandum
Cara membuat:
1.Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu
Tip: Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula @s usu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
1.Masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. ( Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung)
2.Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau choc chips di atasnya. Rehatkan 30 minit.
3.Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 160C untuk 17- 20 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
Sebut sahaja Tart Nanas, pasti ramai suka biskut ni. Kalau jumpa biskut yang gebu dan jem nanas yang sedap, memang ralit makan. Bagi anda yang suka buat biskut, boleh cuba resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni. Nampak gebu kan? Malah resipinya juga mudah nak ikut sebab sukat guna cawan. Tak payahlah timbang dah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TART NANAS GULUNG
BAHAN A:
250gm mentega – nak rasa lebih sedap, guna mentega mahal
1 sudu besar gula kastor – kisar gula biasa pun boleh
1 biji kuning telur gred B
1 sudu teh esen vanilla -tak nak letak pun tak apa
1 sudu teh minyak sapi
Sedikit pewarna kuning
BAHAN B:
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu makan tepung jagung
2 1/2 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan susu tepung – empunya resipi tak letak sebab minyak sapi sudah bagi rasa lemak
BAHAN HIASAN:
Kuning telur dengan sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Pukul bahan A hingga sebati. Anggaran dalam 2 minit.
Masukkan bahan B. Uli hingga semua bahan sebati dan menjadi doh.
Cubit doh dan masukkan dalam acuan. Terapkan atas loyang pembakar.
Sudukan jem ke atas doh dengan secukupnya. Gulungkan doh dan sapu permukaan biskut dengan bancuhan kuning telur.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25-30 minit atau hingga masak menggunakan api atas bawah.
INFO CHEF: Waktu membakar mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar. Sesuaikan masa ikut ketuhar masing-masing.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.