Asam laksa Chinese style ini memang sedap dan membuka selera. Asam laksa adalah sup mee beras berasaskan ikan yang menghasilkan rasa masam dan pedas Ia lebih digemari di kalangan orang Cina.
Rasanya berbeza dengan laksa Penang ye. Ikut saja resipi daripada Fa Ying ini ye.
ASAM LAKSA CHINESE STYLE
Bahan-bahan:
Laksa
1kg Ikan sardin/selayang (rebus dengan garam dan asam keping)
2-3 sudu besar otak udang yang dicairkan (tiada dalam gambar)
Ads
Timun (hiris)
Salad (hiris)
Bawang besar (hiris)
Cili api (hiris)
Cara Memasak Asam Laksa:
Panaskan sedikit minyak. Kemudian tumis bahan kisar. Tumis pakai minyak sikit saja, sampai naik bau.
Bila dah wangi, masukkan bahan asam jawa. bunga kantan dan daun kesum.
Kemudian masukkan isi ikan yang sudah direbus seketul-seketul macam ini ok. Jangan dihancurkan isi ikan. Biarkan mereneh supaya kuah asam meresap ke dalam ikan.
Kemudian masuk semua air rebusan ikan tadi dan tambah air sampai agak-agak tak pekat sangat, tak cair sangat. Ni kena pandai-pandai lah ye.
Malam ni tekak terasa nak makan mi kari. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Bee ini. Memang tak jemu makan kerana kuah yang dihasilkan pun tidak pekat sangat dan rempah yang digunakan pun tak banyak. Ala -ala chinese style gitu.
Mi Kari
Bahan- bahan:
2 biji bawang besar
2 sudu besar lada kering yang sudah dikisar-BELI ONLINE DI SINI
4 sudu besar rempah kari ayam
500ml santan-BELI ONLINE DI SINI
Rencah ayam dipotong kecil
Fishball., fishcake, tauhu kering
Garam & gula secukupnya
Serbuk perasa
Cara memasak:
1. Tumis bawang besar yang sudah dikisar
2. Tambahkan lada kering kisar
3. Letakkan rempah kari ayam
4.Letak air sedikit dan masakkan rempah tumis tadi dalam 10 minit..
5. Isi rencah ayam sehingga ayam masak
6 Letakkan santan sedikit demi sedikit,tak perlu terlalu pekat.
7. Letakkan garam, gula dan serbuk perasa
8. Dah gelegak letakkkan fish ball, fishcake dan tauhu kering
10. Hiaskan mi kari dengan bawang goreng, daun bawang, tauge dan sawi yang sudah dicelur, telur rebus.
Selamat menjamu selera.
Kredit:NabillaAisha
ADA YANG MAHU MEMBELI KUALI NON STICK? BOLEH BELI DI SINI.
Asyik makan nasi je, apa kata sekali sekala kita tukar pada mi atau bihun untuk hidangan utama keluarga.Malah ini idea bagus untuk hidangan tetamu yang berkunjung ke rumah. Tambahan pula semua menu ini disukai oleh ramai rakyat Malaysia. Berikut RASA kongsikan lapan menu mi yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Anda boleh cuba salah satu kerana kesemua menu ini sangat sedap dan mudah disediakan.
MI GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning
40gm bawang merah kisar
30gm bawang putih kisar
20gm cili boh
30gm kuah kacang segera
100gm bebola ikan hiris
100gm fish cake | hiris
100gm isi ayam potong dadu
50gm udang
1 keping tauhu | goreng hiris nipis
3 biji telur
50gm tauge
50 sawi | potong
Minyak masak secukupnya
BAHAN KUAH KACANG:
300gm kacang tanah
500gm bawang merah kisar
300gm bawang putih kisar
30gm udang kering
500gm cili boh
3 liter air
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk memasak kuah kacang; kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.
Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.
Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering.
Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.
Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.
Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.
Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.
CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
1kg kuetiau
150gm udang
50gm bawang putih kisar
50gm cili boh
30ml kicap cair
10gm lada putih
2 biji telur
30gm tauge
50gm kucai
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.
MI SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur
1liter air
2gm bunga lawang
5 helai daun limau purut |kisar
2gm biji pelaga
2gm kulit kayu manis
50gm bawang merah | kisar
30gm bawang putih | kisar
5gm halia
1/2 paket rempah sup
1 batang serai | titik
5gm jintan manis
5gm jintan putih
5gm serbuk lada hitam
50gm isi ayam
20gm serbuk ketumbar
10ml minyak masak
400gm nasi impit | rebus
100gm bawang goreng | hiasan
30gm tauge | hiasan
Sedikit hirisan cili merah | hirisan
Garam dan perasa secukupnya
BAHAN SAMBAL KICAP CILI PADI:
20gm cili padi merah/cili api
5gm bawang putih
150ml kicap lemak manis
5ml air limau nipis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5.Biar mereneh dan tutup api.
6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.
BIHUN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
1kg bihun | rendam dan tos
10ml minyak masak
50gm bawang merah kisar
30gm bawang putih kisar
5gm lada putih
5gm lada hitam
100gm isi ayam potong dadu
100gm udang
100gm sotong
50gm lobakmerah hiris panjang
10gm daun bawang hiris panjang
1 biji telur
10gm cili merah hiris
Sedikit daun kucai | hiris
Sedikit tauge
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.
MI LADNA
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur
10gm halia kisar
30gm bawang putih kisar
100gm isi ayam
50 sotong
50gm udang
50gm sawi
5 biji cili padi | belah dua
50gm lobak | hiris
50gm bunga kobis | potong
4 biji cendawan butang dalam tin | hiris
500 liter air
30ml sos tiram
5ml minyak bijan
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumis halia,bawang putih yang dihiris halus.
2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.
BIHUN TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1kg bihun | celur
Minyak masak secukupnya
BAHAN PES:
30gm bawang merah
20gm bawang putih
20gm cili merah
30gm cili kering
10gm lengkuas
2batang serai | ketuk
8gm udang kering
5 helai daun limau purut
10gm belacan | bakar
30ml air asam jawa
Gula dan garam secukupnya
5 liter air
BAHAN SUP:
100gm ayam
100gm udang
50gm sotong
15gm bawang besar hiris
10gm bawang putih hiris
10gm lengkuas
1 biji buah tomato | belah empat
10ml sos ikan
5ml limau nipis
10 biji cili padi | belah dua
15gm daun ketumbar | racik
50gm bunga kubis | potong
50gm lobak | potong
5 biji cendawan butang dalam tin | hiris
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Semua bahan pes tom yam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
3. Masak sehingga menjadi pes tom yam.
4. Masukkan air.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tom yam. Biarkan mendidih.
6. Tuang kuah tomyam ke atas bihun yang siap dihidang.
MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur
20gm bawang putih | kisar
30gm bawang merah | kisar
100gm isi ayam
100gm udang
50ml kicap pekat
5gm lada hitam
30ml sos tomato
30ml sos tiram
500ml air
10gm cili merah | hiris nipis
40gm bawang goreng
1 biji telur
50gm bunga kubis | potong
30gm sawi | potong
Sedikit tepung jagung
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.
MI BAKSO
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur
30gm bawang merah | kisar
20gm bawang putih | kisar
20gm halia kisar
2 helai daun limau purut | kisar
2 batang serai | kisar
1 liter air
50gm rempah sup
5 biji cili merah | hiris
5gm lada putih
10gm serbuk lada hitam
500gm bebola daging
50gm daun bawang | potong halus
50gm tauge
Minyak masak secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.
Laksam ni makanan masyarakat Pantai Timur yang kuahnya rasa lemak-lemak. Memang sedap. Boleh dijadikan sarapan atau minum petang. Banyak dijual di pasar pagi dan pasar malam. Tapi kalau buat sendiri, lebih sedap dan puas makan. Kuah tu, buat pekat-pekat sikit.
Di samping kuah, laksam tu sendiri pun kena sedap. Nak tahu cara buat laksam? RASA kongsikan resipi laksam homemade. Jom cuba.
LAKSAM
Bahan-Bahan
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
5 cawan air suam
Sedikit minyak masak
Cara Membuat
1. Satukan semua bahan adunan sehingga sebati. Pastikan tepung tidak berketul.
2. Masukkan sedikit minyak masak dan sebatikan.
3. Panaskan pengukus. Sapu minyak masak pada talam.
4. Apabila pengukus sudah panas, letak talam dalam pengukus dan masukkan adunan laksam. Jangan masukkan semua sekali. Masukkan sedikit-sedikit. Tipis saja. Kalau tebal nanti laksam susah hendak digulung.
5. Tutup pengukus dan biarkan seketika. Lebih kurang 2 minit atau sehingga adunan tadi naik gelembung. Itu menandakan laksam sudah masak dan boleh diangkat.
6. Adunan ini cukup untuk lapan batang laksam. Kalau nak lebih, gandakan adunan.
TIP LAKSAM LEBIH CANTIK
a) Gulung laksam ketika laksam masih suam-suam kuku. Jangan gulung ketika panas. Kalau digulung ketika panas, laksam jadi menggerutu dan melekat-lekat pada talam.
b) Tak perlu oles minyak pada talam setiap kali hendak mengukus. Oles minyak hanya apabila talam sudah kering.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.