Makan

Asam Pedas Ayam, Lebih Pekat & Sedap. Memang Padu!

Share

Asam Pedas Ayam memang sedap dijadikan hidangan lauk buat keluarga. Menu kegemaran ramai. Simple tapi padu!

Makan dengan nasi putih ada sambal belacan dengan ulam timun pun dah cukup. Bonus kalau ada telur masin atau telur dadar.

Resipi yang dikongsikan ini cukup mudah kerana ia untuk rujukan anak teruna empunya resipi. Paling penting tumis bahan-bahan sampai garing dan masak baru menjadi. Bolehlah cuba nanti!

ASAM PEDAS AYAM

Bahan-bahan:

Ayam

Bawang merah – dihiris

Asam jawa – ambil jus

Garam

Kiub pati ayam – jika suka

Bahan kisar:

cili kering
serai hiris ( kisar bersama cili kering hingga hncur)
bawang merah ( banyak sikit baru sedap)
bawang putih
kunyit hidup skit
halia skit
belacan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang di hiris hingga naik bau/kekuningan baru masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
  2. Tumis hingga cili tu betul-betul masak. Guna api sederhana, masukkan sekali daun limau purut.
  3. Dah masak/garing cili baru masukkan ayam
  4. Kacau rata dan biarkan hingga naik minyak
  5. Dah keluar minyak ayam baru masukkan air asam jawa. Garam boleh juga letak kiub ayam jika suka. Jika ada daun kesum bolehlah masukkan sekali.
  6. Siap dan boleh dihidangkan.

Kredit: Sha Roziah Al Yahya

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Azlin