Asam pedas ayam. Seimbang rasa masin, pedas dan masamnya. Memang pikat selera.
Asam pedas ada macam-macam versi mengikut negeri. Selain asam pedas ikan, dan asam pedas ayam juga sedap.
Berminat? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Zat Hernani ini ye. Selamat mencuba.
Ayam (potong dan bersihkan)
2-3 sentuk cili kisar – boleh beli online di sini
Pes asam jawa – boleh beli online di sini
2 kiub ikan bilis – boleh beli online di sini
Daun kesum – boleh beli online di sini
Bunga kantan (belah dua) – boleh beli online di sini
Kacang bendi
1 batang serai (ketuk)
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Minyak masak- boleh beli online di sini
Panaskan minyak dalam kuali/periuk. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga terbit bau harum.
Kemudian masukkan pula serai yang diketuk. Ia akan membuatkan kuah tambah sedap. Tapi tak bubuh tak apa.
Masukkan separuh daripada tomato.
Tambah cili kisar. Lagi banyak cili lagi pekat kuah. 2-3 senduk cili kisar. Lagi banyak lagi pekat kuah.
Masukkan pula asam jawa. Apabila tumisan dah sedikit kering, masukkan sedikit air. Tumis lagi sehingga kering dan pecah minyak.
Dah pecah minyak, masukkan ayam. Gaul sekata.
Tambah air lagi, paras ayam. Kalau suka kuah lebih, masukkan air lebih. Ikut cita rasa.
Setelah itu, masukkan daun kesum, bunga kantan dan lebihan tomato.
Setelah kuah menggelegak, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi.
Tambah stok ikan bilis.
Biarkan ia mereneh hingga ayam empuk.
Tambah kacang bendi. Kalau suka, boleh bubuh banyak.
Siap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official