Asam Pedas Berempah Ikan Tenggiri & Sawi Jeruk Sedap Melampau…

Share

Sesiapa yang suka Asam Pedas ini resipi Asam Pedas versi berempah campur sawi jeruk. Rasannya memang wau…kena dengan nasi panas, ada ulam dan sambal belacan. Terus kecur air liur dibuatnya. Sesiapa yang nak buat, ini resipinya:-

ASAM PEDAS BEREMPAH TENGGIRI & SAWI JERUK

BAHAN-BAHAN:

  • 4 potong ikan tenggiri papan | cuci bersih dan toskan
  • 1 pokok sawi jeruk | cuci bersih dan hiris kecil-kecil
  • Daun kesum secukupnya
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan kerisik
  • 2cm halia | titik
  • 2cm lengkuas | titik
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR HALUS:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3cm kunyit hidup
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1/2 sudu teh lada hitam biji
  • 1/2  sudu makan ketumbar biji
  • 1/2 sudu teh jintan  manis
  • 1/2 sudu teh jintan putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Kemudian masukkan pes cili kisar, lengkuas dan halia yang dititik.
  3. Terus kacau hingga pecah minyak, baru masukkan air asam dan sedikit air.
  4. Setelah mereneh masukkan sawi jeruk dan ikan.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan daun kesum, kecilkan api biarkan mereneh hingga timbul minyak.
  7. Setelah cukup rasa, tutup api dan asam pedas sedia dihidangkan.

 

 

Published by
Norasida Myasin