Asam Pedas. Walaupun lain negeri lain cara masakannya, tetapi asam pedas tetap menjadi pilihan ramai.  Jom kita cuba asam pedas daging yang memang merecik rasanya ini.

BAHAN-BAHAN:
600 gram daging lembu
1 batang serai | diketuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah 2
3 tangkai daun kesum
1 sudu teh lada hitam kisar
2 senduk cili kisar
3/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

IKLAN

BAHAN-BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas

IKLAN
IKLAN

CARA MEMBUAT:
1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan daging dan daun kesum, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
5. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas).
6. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI