Episod 3 Projek Gerenti Jadi RASA menampilkan resipi yang sangatlah sedap. Asam pedas daging tetel kalau dimakan dengan nasi panas memang terangkat. Bagi yang telah menonton, pasti dapat menyaksikan betapa riuh-rendahnya gelagat pelakon, Izzue Islam selaku selebriti jemputan bersama hos tetap rancangan iaitu Che Ta dan Aunty Aini.
Kami kongsikan resipinya di sini supaya anda boleh cuba masak sendiri di rumah. Selalunya asam pedas ni orang masak menggunakan ikan. Namun keunikan asam pedas daging tetel ini kerana rasanya yang berlemak dan pedas-pedas. Cubalah.
ASAM PEDAS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN
1.5 kg cili kisar
10 batang serai
1 senduk besar garam
30 kg daging tetel (direbus)
500 gram asam jawa
4 sudu besar gula
4 kiub pati ayam
Belacan
10 biji tomato (1 biji potong 4)
5 tangkai daun limau purut
BAHAN KISAR
1 kg bawang putih
1 kg halia
200 gram kunyit
200 gram lengkuas
1.5 kg cili kering
BAHAN KISAR (ASING)
2 kg bawang besar
CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan tunggu sehingga pecah minyak. Masukkan serai.
3. Masukkan bawang besar yang telah dikisar. Gaul sekata.
4. Masukkan garam dan daging tetel. Jangan lupa masukkan air rebusan daging tetel itu sekali.
5. Masukkan air asam jawa, gula, kuib pati ayam dan belacan.
6. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun limau purut. Biarkan mendidih.
SAYUR CAMPUR SPECIAL
BAHAN HIRIS
4 labu bawang besar
15 ulas bawang putih
BAHAN-BAHAN
1.5 kg udang
4 biji lobak merah
3 biji bunga kobis cina
5 biji kobis
2 biji lada benggala (merah dan hijau)
Garam secukup rasa
1 pek suun (direndam)
CARA MEMASAK
1. Tumis bahan hiris sehingga naik bau. Masukkan udang. Kacau seketika.
2. Masukkan lobak merah dan bunga kobis cina. Biarkan seketika.
3. Masukkan kobis dan kacau sehingga rata.
4. Masukkan lada benggala, garam dan suun. Kacau seketika. Biarkan sekejap dan siap.
RASA PROJEK GERENTI JADI DI ASTRO
Jangan lupa saksikan RASA Projek Gerenti Jadi, setiap Isnin, jam 12 tengah hari. Rancangan ini bersiaran di slot Dewi, saluran Astro Prima (105) dan Astro Prima HD (121).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI