Asam Pedas Ikan Kembung Paling Mudah, Sedap & Tak Hanyir.

Share

Terasa nak makan lauk pauk yang Asam Pedas Ikan Kembung yang simple sahaja untuk sajian makan tengahari ni? Menu perkongsian saudari Akma Abdullah ni boleh dicuba. Memang mudah & yang paling penting, sangat sedap!

 

RESIPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG ‘SIMPLE’

BAHAN-BAHAN:

  • 6 ekor ikan – potong 2
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 batang serai – diketuk
  • 4 biji tomato
  • 15 batang bendi
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Garam & gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 15 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci belacan

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahankisar dengan serai sehingga masak dan garing.

2. Masukkan air asam jawa.

3. Seterusnya masukkan air. Jumlahnya ikut berapa banyak kuah yang nak. Paling penting jangan sampai hilang rasa masam.

4. Seterusnya masukkan daum kesum yang dah dibersihkan.

5. Diikuti bunga kantan. Masak kuah hingga mendidih.

6. Kemudian masukkan bendi dan ikan.

7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.

8. Bila ikan dah masak, masukkan tomato dan padamkan api.

9. Siap dan sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Akma Abdullah

 

ANDA JUGA KENA CUBA MENU NI:

Published by
Nur