Sedapnya menu Asam Pedas Ikan Kerisini. Makan bersama nasi panas, ikan masin, Sambal Mangga dan ulam-ulaman, memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin. Nak guna kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba! Saudari Nurul Afidah Catalyst ada kongsikan resipinya.
RESEPI MUDAH ASAM PEDAS KELANTAN
BAHAN-BAHAN: 4 ekor ikan kerisi saiz sedang 5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini Daun kesum Bunga kantan – belah 2 Bendi – jika ada Garam & serbuk perasa secukupnya
Ads
BAHAN KISAR: 1 biji bawang besar – beli online disini 2 ulas bawang putih – beli online disini 1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit) 1/4 inci lengkuas 3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air. 2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih. 3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi. 5. Asam Pedas Ikan Kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama Sambal Pauh.
Menu yang ringkas sebenarnya lebih sedap daripada menu berat. Kadang-kadang kita jadi tak lalu makan kalau melihat lauk yang hampir sama setiap hari. Kalau ada sambal boleh juga membangkitkan selera. Kalau selalu buat sambal belacan mentah, ni cuba pulak buat yang bergoreng. Percayalah, anda bakal makan bertambah-tambah.
BAHAN-BAHAN:
3 biji cili merah
10 biji cili padi (ikut pedas)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
Sedikit belacan
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dan panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan garing.
3. Masukkan air asam jawa. Perisakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Kalau suka, biar sedikit garing.
Bila masuk musim hujan ni, sedap kalau dapat makan makanan yang berkuah kan. Paling senang nak buat, soto bersama sambal kicap yang meletup!
Fuhh, memang terbaik rasanya makan soto panas-panas. Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini, antara yang mudah dan sedap. Memang rugilah kalau tak cuba.
Resipi soto ini memang boleh makan berulang kali tau kalau dah siap di dapur tu.
SOTO & SAMBAL KICAP LETOPS
BAHAN-BAHAN:
Minyak untuk menumis 3 sekawan 1 batang serai | diketuk – beli online di sini ½ biji bawang besar holland – beli online di sini 3 sudu rempah sup Baba’s Air secukupnya Beberapa ketul ayam (seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang & isi dada) 1 kiub ayam Knorr Garam secukup rasa Bebola daging (optional)
1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan 3 sekawan, serai yang diketuk dan bawang besar kuning. Kacau rata. 2. Diikuti bahan kisar. Kacau lagi. 3. Kemudian, masukkan 3 sudu rempah sup Baba’s. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan secawan air terlebih dahulu. Kacau bahan tumis dan air menjadi sebati. 5. Kemudian, masukkan beberapa ketul ayam. Seeloknya campurkan bahagian ayam yang bertulang dan isi dada. Biarkan seketika.
6. Barulah masukkan air sebanyak 1 jag besar. Selepas kuah sup mula mendidih, masukkan 1 kiub ayam Knorr dan garam secukup rasa. Guna api perlahan sahaja.
7. Nak masukkan bebola daging pun boleh. Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali. Siap untuk kuah soto yang super sedap!
8. Keluarkan ayam. Tinggalkan bahagian ayam yang bertulang sahaja. (saya suka tapis kuah suah sup. Tak suka ada hirisan bawang semua).
9. Ayam yang dikeluarkan tadi, bolehlah digoreng seketika. Carikkan.
BAHAN SAMBAL KICAP LETOPSS
2 genggam cili padi hijau dan merah 3 ulas bawang putih ½ genggam cili padi Kicap lemak (saya guna jenama Jalen) 1 biji limau kasturi
CARA MENYEDIAKAN:
1. Rahsia nak sambal sedap, goreng seketika bahan di atas. Tapi kena hati-hati. Meletup-letup cilinya. Jadi, masa goreng tu kena tutup kualinya. 2. Lepas goreng, cikgu tambah lagi 1/2 genggam cili padi. Masukkan kicap lemak Jalen + sedikit lemak Jalen pekat takat paras cili. Perahkan sebiji asam limau kasturi tanpa biji.
3. Kemudian cikgu tambah secubit gula dan sedikit perasa. Kisar hingga lumat.
4. Dah siap. Masa lepas kisar, memang sambal ni berbuih ye. Dah biar lama sikit, hilanglah buih kat sambal tu.
5. Biasa soto memang sinonim makan dengan nasi impit kan? Sesiapa yang suka, rebuslah paket nasi impit seperti biasa. Lepas nasi impit masak, sejukkan. Baru potong 4.
6. Saya suka sangat makan dengan bihun. Sedap sangat!
7. Kemudian, taburkan dengan bahan hiasan lain; isi ayam yang sudah dicarik, daun sup, tauge, kacang tanah goreng, bawang goreng, bebola daging dan asam limau kasturi.
8. Haa jangan lupa begedil sekali. Suhun goreng pun jangan lupa tau. Yang paling penting, lengkapkan dengan sambal kicap letopsss!
Di Kelantan, menu nasi berlauk memang popular dan mempunyai beberapa pilihan lauk pauk. Antara yang popular ialah Gulai Ayam, Gulai Ikan Tongkol dan banyak lagi. Salah satu yang paling sedap adalah Gulai Ikan Kering @ Ikan Masin. Kena pula makan dengan nasi putih panas dan sambal belacan tumbuk. Fuhhh…Memang padu! Gulai ni pula ada macam-macam rencah dalam kuahnya. Ada timun, nanas dan cili. Lagi lama diperangat, lagi sedap! Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GULAI LEMAK IKAN KERING VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
3-4 ekor ikan kering | dibasuh
Timun | dibelah kecil
5-6 biji cili hijau
1 -2 keping nanas | dipotong dadu
Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3-4 tangkai cili kering
1 biji cili merah
2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
2 inci kunyit segar
Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.