Siapa pernah makan asam pedas dan di dalam lauk itu ada kelapa bakar? Memang rare kan? Sedap weh rasanya. Kelapa tu dibakar dan masa makan nanti boleh gigit kelapa tu. Makin sedap makan tau. Try la.
ASAM PEDAS KELAPA BAKAR
.
BAHAN-BAHAN
2 keping ikan tenggiri
3 tangkai daun kesum
4 sudu besar kerisik
1 liter air asam jawa
4 tangkai bendi
Garam secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Kepingan kelapa (dibakar atas api seketika)
BAHAN A
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
15 tangkai cili kering
BAHAN B
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
CARA MEMBUAT
1. Ikan digoreng terlebih dahulu. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Bahan A ditumis sehingga separuh garing. Masukkan air asam. Biarkan mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan ikan yang sudah digoreng tadi, kelapa bakar, daun kesum dan bendi.
3. Panaskan kuali, tumis bahan B dengan kerisik sehingga garing. Campurkan ke dalam periuk. Masukkan garam. Biarkan 2 minit sebelum matikan api.
4. Sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biskut Susu Jagung Tiga Bahan, Ramuan Ringkas Tetap Sedap
Ni dia biskut susu jagung, guna tiga bahan aje. Rangup dan kaya dengan rasa susu berperasa jagung. Musim PKP ni kalau nak buat sajian tambahan macam biskut, ambil aje resipi yang mudah-mudah dan tak banyak ramuannya.
Dah bakar nanti , tunggu sejuk boleh simpan dalam bekas kedap udara. Kita kenalah berjimat belanja dapur, jadi biskut ni memang sesuai sangat.
BISKUT SUSU JAGUNG
BAHAN-BAHAN :
1 tin susu (saji) perasa jagung
1 bungkus tepung jagung
Ceri potong sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Satukan bahan2 ni, uli sampai doh x melekat kat tgn.
2. Kalau melekat lagi doh, boleh tambah tepung lagi.
3. Masukkan dlm papercup.
4. Sedia utk dibakar.
5. Bakar pada suhu 150° selama 25minit.
FB : Buku Resepi Cik Bunga April
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN RESIPI INI :
7 Manfaat Ini Anda Dapat Hanya Dengan Makan Brokoli.
Brokoli; sayuran yang juga dikenali sebagai kubis bunga hijau ini agak kurang popular dan jarang digunakan dalam masakan tempatan. Ada juga yang menganggapnya sebagai sayuran mahal. Namun di Malaysia, sayuran jenis ini mudah didapati dengan harga yang tidak terlalu tinggi. Jangan tak tahu, ia sangat tinggi khasiat dan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan. Selain ditumis atau dikukus, pelbagai hidangan enak yang boleh dimasak dengan menggunakan brokoli. Asalkan anda sanggup mencuba.
Beberapa kajian mendapati brokoli mengandung senyawa anti kanser kerana terdapat kandungan fitokimia yang bernama indole dan isothiocyanate. Inilah yang disebut-sebut sebagai manfaat brokoli yang paling besar. Di antara zat yang terkandung di dalam brokoli ialah serat, antioksidan, vitamin A, B, C, K, dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. Berikut adalah di antara manfaat sayuran berwarna hijau ini.
KHASIAT BROKOLI
1. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
Sayuran yang kaya akan serat seperti brokoli sangat membantu program diet penurunan berat badan anda. Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuat perut kenyang lebih lama. Sayuran berwarna hijau ini juga mengandungi vitamin serta mineral, dan rendah kalori juga lemak.
2. BAGUS UNTUK MATA
Kandungan lutein dan vitamin A yang ada di dalam brokoli membuatkan sayuran ini memiliki kemampuan untuk menjaga kesihatan mata. Sebuah kajian menunjukkan bahawa kadar lutein yang tinggi dapat mencegah penurunan fungsi mata seperti katarak dan makula. Sementara vitamin A sangat penting untuk menjaga kesihatan retina.
3. BANTU CANTIKKAN KULIT
Memiliki kulit cantik, sihat dan terbebas dari segala permasalahannya ialah impian semua orang. Di dalam brokoli terdapat senyawa glucoraphanin, yang dapat membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat paparan sinar matahari atau proses penuaan. Selain itu, ia dapat membantu untuk memperbaiki jaringan kulit yang rosak dan membuat kulit yang sihat dan bercahaya. Secara umum, mengambil brokoli baik untuk proses detoksifikasi kulit. Vitamin E di dalamnya sangat bagus untuk mempercepat proses regenerasi sel-sel kulit mati.
4. ELAK SEMBELIT
Kandungan serat yang tinggi dalam brokoli mampu menjaga pencernaan agar berfungsi dengan baik, mencegah penyakit seperti sembelit. Dan antioksidannya merupakan detoks semula jadi yang membersihkan saluran pencernaan seperti lambung dan usus dari racun.
5. BAGUS UNTUK JANTUNG
Brokoli mengandung vitamin B6 dan asid folid yang terbukti dapat mencegah penyakit kardiovaskular seperti jantung dan strok. Jadi jangan ragu untuk memakan sayuran yang satu ini. Tentunya harus diimbangi dengan gaya hidup sihat dan berolahraga secara teratur.
6. MENGAWAL TEKANAN DARAH
Dengan kandungan kalium dan magnesiumnya yang tinggi, brokoli menjadi salah satu sayuran yang dianjurkan untuk diambil oleh penghidap tekanan darah tinggi.
7. MENJAGA KESIHATAN TULANG DAN GIGI
Kalsium merupakan mineral yang sangat penting bagi kesihatan tulang dan gigi dan brokoli ini merupakan sayuran yang mengandungi kalsium yang tinggi. Selain kalsium, terdapat juga vitamin K yang dapat mencegah osteoporosis.
RESIPI GUNA BROKOLI
Dikongsi empat jenis resipi istimewa yang berasaskan brokoli yang dianggap sebagai ‘super food’ ini. Selamat mencuba.
1. DAGING MONGOLIA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang | hiris nipis
- 2 sudu makan sos tiram
- 3cm halia muda | hiris nipis
- 6 ulas bawang putih | cincang kasar
- 1 biji bawang besar| hiris
- 1/2 biji cili benggala merah | hiris
- 100gm brokoli
- 1 sudu makan minyak bijan
- 3 Pokok daun bawang | hiris 3cm
- 1 sudu tea bijan | goreng tanpa minyak
- Garam dan perasa secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
- Kemudian masukkan daging, kacau rata sehingga air daging kering. Masukkan bawang besar, cili benggala dan brokoli, kacau seketika.
- Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
- Kacau lagi 2-3 minit, kemudian tutup api.
- Renjiskan minyak bijan, dan gaul sekali lagi.
- Sebelum hidang taburkan bijan yang digoreng tanpa minyak tadi di atasnya.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
2. NASI GORENG AYAM BAKAR TERIYAKI KASEROL
BAHAN NASI GORENG TERIYAKI:
- 500gm nasi sejuk
- 1 biji bawang besar Holland |dihiris nipis
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 5 biji cendawan butang | dihiris
- 1 batang lobak merah | dipotong julienne
- 100gm brokoli | dipotong dan direbus
- 1 sudu makan sos teriyaki
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan sos soya
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- Minyak sayuran secukupnya
BAHAN AYAM BAKAR TERIYAKI:
- 2 keping dada ayam
- 1 sudu makan sos Teriyaki
- 1 sudu makan sos soya
- 1 sudu makan minyak bijan
- 1/2 sudu makan tepung jagung
- Garam dan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
- Nasi: Panaskan minyak dan tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan cendawan butang, lobak merah, sos teriyaki, minyak bijan dan soya sos.
- Masukkan nasi dan gaul hingga sekata. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.
- Akhir sekali masukkan brokoli yang telah direbus tadi. Ketepikan seketika.
- Ayam: Perapkan ayam dengan kesemua bahan-bahan perapan. Perasakan dengan garam dan lada sulah.
- Panggang ayam selama lebih kurang 20 minit dalam suhu 180C.
- Apabila ayam telah sejuk, carik-carikkan isinya.
- Gaulkan ayam bersama nasi yang digoreng dan juga lebihan sos perapan ayam. Gaul rata dan isikan ke dalam mangkuk kaserol.
- Bakar kembali di dalam ketuhar selama lebih kurang 10 minit. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Waktu memanggang mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar yang anda gunakan. Selalu perhatikan agar ayam tidak hangus.
3. SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN:
- 100gm bunga kubis | hiris
- 100gm brokoli | hiris
- 100gm lobak merah | hiris
- 10 gm jagung muda | hiris
- 100gm kubis cina | hiris
- 2 biji cili merah | hiris
- 2 biji bawang putih | cincang
- 3 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji telur
- Minyak minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan.
- Masukkan sayur-sayuran, kacau hingga sayur layu.
- Kemudian masukkan sos tiram dan kacau rata.
- Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung dan telur.
- Kacau rata dan sebati.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, dan sayur sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Elakkan menumis sayur terlalu lama. Sayur akan berubah warna dan tidak ranggup.
4. BROCCOLI MOZZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN:
- 2 sudu makan madu
- 60gm brokoli | potong kasar
- 60gm keju mozzarela | parut kasar
- 1 biji telur
- 160ml susu segar
- 150gm tepung gandum serba guna
- 3gm serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- ½ sudu teh minyak masak
- 1 biji bawang merah | racik
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan.
- Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati.
- Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati.
- Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati.
- Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan.
- Angkat dan tos minyak.
- Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Enak dicicah dengan cili sos Thai.
Resipi Pulut Bakar Kelantan. Kuih Tradisi Bau Wangi Cengkih Memang Sedap
Pulut Bakar merupakan salah satu kuih tradisional yang digemari oleh orang-orang Kelantan. Ia merupakan pulut yang dimasak, kemudian dibungkus dengan daun pisang seterusnya dibakar. Rasanya pula manis-manis dan ada bau bunga cengkih. Sedap! Tapi agak sukar untuk mendapatkan juadah ini. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Rohayah Mohd Noor ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK PULUT BAKAR KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut – beli online disini
3 cawan gula – beli online disini
Sedikit garam – beli online disini
Bunga cengkih secukupnya – beli online disini
1 cawan santan pekat + 1 cawan air (jadikan 2 cawan)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan beras pulut kemudian rendam salaam 2-3 jam. Kemudian toskan.
2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut tadi selama 30 minit. Angkat dan masukkan pulut ke dalam kuali besar.
3. Masukkan gula, sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak dan bunga cengkih. Arun (kacau) pulut menggunakan sudip kayu sehingga gula dan garam bergaul rata. Bunga cengkih jumlahnya ikut cita rasa. Jika suka bau yang kuat, lebihkan. Jika tidak suka, kurangkan tetapi harus letak kerana ia adalah ‘trademark’ Pulut Bakar.
4. Masukkan santan pekat. Arun (kacau) lagi sampai nampak sekata.
5. Masa katas dapur dengan api perlahan dan terus arun sampai nampak pulut, santan dan gula menyerap elok (sering). Padamkan api.
6. Sejukkan pulut terlebih dahulu. Kemudian bolehlah buat bulat-bulat dan bungkus dengan daun pisang.
7. Bakar seperti dalam gambar sehingga sedikit hangus.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rohayah Mohd Noor
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ada Sos & Sup. Resipi Yong Tau Foo Ni Sedap Macam Dekat Pasar Malam
Cara Salut Tepung Pada Ayam Supaya Rangup & Berkerinting Bila Digoreng
Cara Buat Jemput Jemput Nasi Sedap. Garing Di Luar Lembut Di Dalam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official