Asam Rebus Batang Keladi Paling Sedap Ni

Share

Ni reseipi yang dikongsikan oleh Zulfaza Loves Cooking ZLC. Paling sedap walau sempoi aje bahannya.

Menurut Zulfaza dua hari lepas jirannya beri seguni batang keladi depan pagar, jadi dia ambil peluang masak Asam Rebus lah pulak. Selain Asam Pedas memang sedap juga batang keladi dimasak Asam Rebus tau.

Basuh dan siang batang keladi, rebus dulu barulah tak gatal. Jom tengok resipin

ya…

ASAM REBUS BATANG KELADI
BAHAN-BAHAN :

  • 1 1/2 pokok keladi (kalau kecil guna 3 pokok) disiat kulitnya dan potong. Kalau ada ubinya ambil sekali
  • 4 keping asam gelugur
  • 5 tangkai daun kesum
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 2 batang serai dititik

Bahan Kisar/tumbuk

  • 5 tangkai cili merah
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih (optional)
  • 1 genggam ikan bilis kopek
  • 1 inci kunyit hidup atau sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit belacan – bakar

CARA MEMASAK :

  1. Siang batang keladi, cuci dan toskan. Rebus keladi dan batangnya hingga empuk. Toskan. Ketepikan.


2. Dalam periuk masukkan bahan2 kisar, asam keping, daun kesum, dan serai. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan batang keladi tadi, sedikit gula dan garam secukup rasa.


4. Biarkan merenih seketika. Tutup api. Sedia dihidangkan dengan lauk pilihan.

#malaycuisine
#asamrebusbatangkeladi

fb :Zulfaza Loves Cooking ZLC

ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA JUGA MUNGKIN JUGA RESIPI NI :

https://www.rasa.my/ikan-kembung-kukus-air-asam-pedas-gandingan-mantap/

DAN JUGA  RESIPI NI :

https://www.rasa.my/nasi-daging-air-asam-memang-padu/

 

 

 

 

Published by
Faridah Talib