Asam Rong Siput Sedut & Asam Tempoyak Sulur Keladi, Sedap Menjilat Jari.

Share

Apapun juadah  yang masam, ia mesti dilegkapi dengan rasa pedas kerana yang pedas itu membuka selera makan.  Kalau tak percaya cuba dua menu yang Majalah Rasa kongsikan ini,  memang ketagih  makan dan lebih pedas lagi berselera makan. Yang penting  ia sangat senang dimasak, jadi anda kena buat dan rasa sendiri hasilnya.

 SIPUT SEDUT  ASAM ROM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg siput sendut | buang ekor, bersih dan tos.
  • 1 cawan terung pipit | buang tangkai dan belah sedikit
  • Sedikit daun pucuk paku | ambil pucuk dan daun sahaja
  • 3 sudu makan Asam Rom
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 20 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan siput sedut yang telah dibesihkan dalam periuk.
  2. Tambahkan bahan kisar, terung pipit, pucuk paku dan air menutup paras siput sedut.
  3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
  4. Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup.
  5. Setelah masak dan cukup rasa. Tutup api.
  6. Sedia dihidangkan.

ASAM TEMPOYAK  KELADI  KEMAHANG

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4  pokok Keladi Kemahang muda
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 6 pucuk daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Sedikit ikan bilis

BAHAN KISAR:

  • 15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.
  2. Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.
  3. Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.
  4. Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.
  5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.

 

 

Published by
Norasida Myasin