Asam Tempoyak Batang Keladi Yang Wouu.., Tak Cuba Rugi!

Share

Pernah makan Asam Tempoyak Batang Keladi?  Ini menu yang jarang-jarang jumpa tapi rasanya, sedap cukup dengan rasa masam, pedas yang digabungkan dengan rasa tempoyak , daun kesum dan bunga kantan yang memang wou.. rugi tak cuba. Kepada anda yang teringin,  berikut RASA kongsikan resipinya.

ASAM TEMPOYAK  BATANG  KELADI 

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4  pokok Keladi Kemahang muda
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 6 pucuk daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 keping asam gelugor | jika tempoyak kurang masam
  • Sedikit ikan bilis

BAHAN KISAR:

  • 10 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Buangkan kulit ari batang keladi dan potong 4cm. Isi keladi buang kulit dan potong dadu.
  2. Masukkan dalam periuk bahan kisar, asam tempoyak dan air, kemudian kacau rata.
  3. Masukkan batang keladi, ikan bilis dan renehkan di atas api sederhana.
  4. Setelah isi keladi empuk dan batangnya layu, masukkan asam keeping jika kurang masam.
  5. Seterusnya masukkan daun kesum, bunga kantan dan perasa dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas.

 

Published by
Norasida Myasin