
Hidangan lauk berasaskan mangga yang terkenal apa lagi kalau bukan kerabu mangga. Kalau dah selalu sangat buat kerabu ini apa kata kita tukar selera.
Buat ayam mangga ataupun chicken mango. Rasa masam, manis dan pedas bersatu, memang kick. Makin enak sebab ayam goreng yang digaul rangup. Kalau nak cuba, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nora Syikin Azmi.
Cara buat chicken mango
Bahan untuk ayam
Isi ayam bahagian paha/dada
Tepung goreng/ tepung serbaguna
Bawang putih (dihancurkan)
Serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20 minit.
2. Selepas 20 minit pecahkan telur dalam mangkuk perapan isi ayam dan gaul.
3. Masukkan tepung serba guna dalam bekas berasingan dan gaul hingga menyelaputi semua bahagian.
4. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga kekuningan.
Bahan untuk kerabu
Mangga muda, lobak merah, daun ketumbar, bawang besar- hiris memanjang kesemuanya.
Sos plum
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Jus limau nipis
Cara membuat
- Campurkan semua sos bersama gula dan jus limau kemudian didihkan atas api. Tambahkan air panas kalau terlalu pekat (sukatan agak-agak saja). Tutup api bila sudah mendidih.
2. Potong ayam yang siap digoreng tadi dan gaul bersama mangga, lobak, daun ketumbar dan bawang.
3. Kemudian tuang sos di atasnya, boleh gaul dan tabur cili padi. Siap!
Sumber: Nora Syikin Azmi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Masak Kerang Rebus Thai, Nak Jadikan Lauk Boleh, Nak Ratah Pun Boleh

Kerang rebus memang sedap. Istimewanya kerang adalah boleh dijadikan lauk dan boleh juga dimakan begitu saja atau ratah.
Ada pelbagai cara untuk menikmati kerang rebus. Ada yang dimakan dengan air rebusan kerang sebagai kuah. Ada juga yang ditoskan kemudian dihidang dengan sos pencecah.
RASA kongsikan cara masak kerang rebus dengan sos bercita rasa Thailand.
KERANG REBUS THAI
BAHAN-BAHAN
1 kg kerang
5 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 biji cili api
Setengah cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar (dihiris halus)
Daun limau purut (jika suka)
BAHAN-BAHAN SOS THAI
2 sudu sos tiram
2 sudu oren Sunquick – beli online disini
2 sudu sos ikan
Setengah cawan air
CARA MEMBUAT
1. Kerang direbus sekejap. Angkat dan curahkan air sejuk supaya isi kerang tidak kecut. Kemudian kopek dan buang sebelah kulitnya.
2. Tumbuk kasar bawang putih, cili merah dan cili api.
3. Panaskan kuali, letak air setengah cawan. Biarkan air didih.
4. Masukkan semua bahan sos. Kacau rata.
5. Bila kuah dah likat, masuk bahan yang ditumbuk kasar tadi. Kacau hingga sebati.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut cita rasa.
7. Masuk pula tomato dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.
8. Siap. Curah la pada kerang tu dengan penuh rasa kasih sayang.
KREDIT: facebook Liza Idris
Kerabu Kerang Maggi, Sedapnya Setanding Restoran Thai

Isi Kandungan
ToggleKerabu kerang Maggi, sedapnya setanding restoran Thai. Cukup rasa masam, manis dan pedas.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Miswati Mohmad Sah atau kak Chik ini ye. Sedap dimakan waktu pagi atau malam bila dah bosan makan nasi.
Kerabu Kerang Maggi
Bahan-bahan:
2 pek mi segera (rebus salama 3 minit atau rendam dengan air panas pun boleh. Toskan)
500gm isi kerang. Kalau tak mau kerang, boleh guna udang atau sotong. Nak campur pun boleh. Resipi ini kerang dibakar dan kopek)
5 sudu makan sos cili Thai – boleh beli online di sini
2 sudu makan sos tiram – boleh beli online di sini
1 sudu makan Sunquick oren ( atau perah Limau nipis pun boleh)
Sayur-sayuran (tak kisah tomato, lobak merah, kubis atau sebagainya. Potong halus)
Daun sup (hiris)
Gula – boleh beli online di sini
Garam secukupnya – boleh beli online di sini
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Hiris:
1/2 labu bawang besar – boleh beli online di sini
1 batang serai (hiris halus) – boleh beli online di sini
Daun Limau purut hiris halus
Bahan Tumbuk:
1 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1/2 inci halia – boleh beli online di sini
6 tangkai cili kampung – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Kerang dibasuh bersih dan toskan. Panggang dalam pemanggang ajaib. Tabur dua sudu makan garam. Kalau nak rebus pun boleh. Kalau bakar, ala-ala kerang bakar. Sedap!
Panaskan minyak dalam kuali, Dah panas, masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga terbit wangi. Kemudian masukkan bahan hiris. Kacau sebati.
Masukkan sos tiram. Kemudian masukkan sos chili Thai. Masukkan pula Sunquick. Sesudu makan je. Jangan banyak. Kalau Limau nipis. Perahkan 1/2 biji limau.
Kacau rata. Kemudian masukkan sedikit garam. Sebab masa kita bakar kerang tadi kita dah bubuh garam. Masukkan gula untuk seimbangkan rasa masam, manis, pedas, masin tu.
Kuah dia dah hampir siap. Mesti likat begini tau. Kalau pekat sangat adjust masukkan air sikit. Jangan cair sangat!
Masukkan kerang. Kacau rata sampai sebati.
Celur Maggi dan toskan.
Akhir sekali, tabur dengan hirisan daun sup. Siap! Ini cukup untuk 4 orang.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Somtam Mangga Style Ibu Yang Cukup Rasa Masam & Manisnya, Hanya Guna Lima Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
10 Resipi Sihat Dan Menyelerakan Sesuai Untuk Wanita Hamil!

Semasa hamil, anda makan untuk dua orang, oleh itu pastikan diet harian sepanjang hamil berkhasiat dan kaya dengan nutrisi. Pastikan setiap hari hidangan anda ambil lengkap dengan nutrien penting seperti protein, karbohidrat, serat yang diperlukan untuk dua orang. Berikut 10 resipi yang boleh dicuba atau memberikan idea kepada anda untuk mempelbagaikan menu sepanjang kehamilan.
SUP KEPALA IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN
- 1- 2 kepala ikan merah |bersih dan toskan
- 1biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 3cm halia | hiris halus
- 1 batang serai | titik
- 1 bunjut sup bunjut
- Rempah penumis |bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
- 1/2 sudu teh jus limau nipis
- Sedikit hirisan daun sup dan bawang
- Sedikit bawang goreng
- Sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia.
- Setelah kekuningan masukkan rempah penumis, sup bunjut dan serai. Kacau lagi setelah naik bau, kemudian masukkan air secukupnya.
- Bila kuah sudah mendidih masukkan kepala ikan, garam dan perasa secukupnya.
- Setelah masak, masukkan jus limau nipis, serbuk lada sulah dan lada hitam.
- Sebelum hidangkan tabur bawang goreng dan hirisan daun sup dan daun bawang.
- Sedap dihidangkan bersama sambal kicap.
INFO CHEF: Jika tidak ada sambal kicap, boleh titikkan cili beberapa tangaki cili padi dan masukkan dalam sup.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dan mudah disediakan
Anggaran perbelanjaan: RM25.
SIAKAP KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
- 1ekor ikan siakap | bersih dan toskan
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 1 ulas bawang putih | cincang halus
- 3cm halia muda | hiris halus
- 2 tangkai cili merah | cincang halus
- 2 sudu makan sos cili Thai
- 1 batang serai | hiris halus
- 1 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun ketumbar | hiris
CARA MEMASAK
- Panaskan mengukus, kemudian gaulkan ikan dengan sedikit garam dan halia. Kukus lebih kurang 10 minit.
- Sementara itu, campurkan semua bahan cincang dan hiris halus dalam mangkuk.
- Tambahkan dengan sos cili Thai, jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
- Tuangkan ke atas ikan kukus tadi.
- Kukus semula dalam lima minit.
- Angkat dan pindakan ikan di dalam pinggan hidang.
- Hiaskan dengan hirisan daun ketumbar. Kemudian hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Ikan Talapia Merah juga enak dimasak dengan resipi ini.
Saiz hidangan: 2-3 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak : Kukus
Keistimewaan: Enak dan terasa masam, pedas dan manis.
Anggaran perbelanjaan: RM20.
SALMON PANGGANG BERSAYUR
BAHAN-BAHAN
Bahan Untuk Salmon Panggang:
- 2 keping salmon
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 biji bawang putih | cincang halus
- Sedikit minyak zaitun
Bahan Sayuran:
- Sedikit hirisan brokoli
- Sedikit hirisan lobak merah
- Sedikit hirisan cendawan shitake
- 1 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit garam dan serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
- Gaulkan salmon dengan garam, serbuk lada sulah, bawang putih dan sedikit minyak zaitun.
- Panaskan ketuhar dengan suhu 170C selama lebih kurang 7-10 minit (selepas lima minit, balikkan ikan dan panggang lagi)
- Sementara itu, panaskan sedikit minyak zaitun dalam kuali. Tumiskan bawang putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan brokoli, lobak merah dan cendawan. Gaul rata sehingga layu.
- Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
- Setelah siap, hidangkan dalam pinggan bersama salmon panggang dan kentang jika suka.
INFO CHEF: Untuk rasa salmon lebih sedap selepas digaulkan dengan bahan perapan. Simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.
Saiz hidangan: 1 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak : Panggang dan tumis
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas
Anggaran perbelanjaan: RM20.
ASAM REBUS TENGGIRI
BAHAN-BAHAN
- 3-4 potong ikan Tenggiri | bersih dan tos
- 2 tangkai cili merah | belah dua
- 3-4 biji kacang bendi | buang hujung dan tangkai
- 3-4 tangkai cili padi | titik
- 3cm halia | titik
- 3cm inci lengkuas | titik
- 11 batang serai | titik
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 keping asam gelugor
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK
- Bersihkan ikan tenggiri dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan hirisan dan titik.
- Tambahkan air, diikuti serbuk kunyit, asam gelugor.
- Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
- Biarkan mereneh lebih kurang 10-15 minit.
- Masukkan kacang bendi dan perasakan dengan garam secukupnya
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ikan Tenggiri kaya dengan protein dan dan kacang bendi kaya serat.
SUP TULANG
BAHAN-BAHAN
- 1kg tulang lembu | bersih dan rebus hingga empuk
- 4 cawan air rebusan tulang
- 2 batang seleri | potong serong
- 1 batang lobak merah | potong baji
- 3cm halia | titik
- 2cm lengkuas | titik
- 2 batang serai | titik
- 5-6 tangkai cili padi | titik
- 1 biji tomato | belah empat
- 4 ulas bawang putih | titik
- 1 biji bawang besar | dadu halus
- 1 biji limau nipis | ambil jusnya
- 1 bunjut sup bunjut
- Garam dan perasa secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Sedikit hirisan daun bawang | untuk hiasan
- Sedikit hirisan daun sup | untuk hiasan
- Sedikit bawang goreng | untuk hiasan
CARA MEMASAK
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bawang besar, putih dan halia, lengkuas dan serai hingga wangi. Masukkan perencah sup tulang.
- Masukkan rebusan tulang yang telah direbus bersama sama dengan air rebusannya sekali.
- Kemudian masukkan cili padi yang telah ditumbuk kasar, seleri, lobak merah dan tomato.
- Biarkan ia mendidih seketika, perasakan dengan garam, bahan perasa dan jus limau. Setelah cukup masin, pedas dan masam bolehlah diangkat.
- Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, daun sup dan bawang.
INFO CHEF: Jika tidak mahu tulang boleh gunakan daging.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 40 minit.
Cara memasak : Rebus dan tumis
Keistimewaan: Enak dan segar
Anggaran perbelanjaan: R30.
KERABU KACANG BOTOL
BAHAN-BAHAN
- 7- 8 batang kacang botol | hiris
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 batang bunga kantan | hiris
- 2 tangkai cili merah | hiris
- 3-4 tangkai cili padi | hiris
- 1 cawan kelapa | putih sahaja
- Jus limau nipis secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK
- Campurkan hirisan kacang botol, bawang besar, cili dan bunga kantan dalam mangkuk. Gaul rata kesemuanya. Ketepikan.
- Dalam mangkuk lain campurkan kelapa parut bersama, garam, gula dan jus limau nipis. Gaul rata dan secukup rasa.
- Seterusnya masukkan ke dalam mangkuk campuran bahan-bahan hirisan tadi.
- Gaul rata dan hidangkan.
- Jika belum sedia untuk dihidangkan simpan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran sayur dan mengelakkan cepat basi.
INFO CHEF: Kacang botol muda mempunyai banyak kalsium, besi dan vitamin A dan kaya protein.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak : Gaul
Keistimewaan: Segar dan kaya serat
Anggaran perbelanjaan: RM10
SALAD SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN
- 4-6 biji tomatao ceri | belah dua
- 1 biji cili benggala hijau | hiris
- Sedikit salad Butterhead | hiris
- Sedikit salad Red Coral | hiris
- Dua kelopak kobis unggu | hiris
- 1 biji bawang holand | hiris bulat
- 1 batang timun Jepun |hiris
- 2 sudu makan keju parmesan
Bahan Dressing:
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 ulas bawang putih | cincang
- Sedikit serbuk lada hitam
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan gula pasir
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK
- Semua bahan hirisan di masukkan dalam mangkuk dan gaul rata.
- Sementara itu di dalam mangkuk lain, campurkan semua bahan dressing.
- Kacau rata, dan tuangkan di dalam mangkuk berisi isian salad.
- Gaul rata, setelah secukup rasa.
- Taburkan keju parmesan di atas salad sebelum dihidangkan.
INFO CHEF: Jika belum sedia dihidangkan simpan asingkan sos dengan isian salad dan simpan dalam peti sejuk.
Saiz hidangan: 2orang.
Waktu memasak: 20 minit.
Cara memasak : Gaul
Keistimewaan: Sihat dan sedap
Anggaran perbelanjaan: RM10.
YI MI WANTAN KICAP
BAHAN-BAHAN
- 1 peket yi mi
- 250gm isi ayam | potong kecil
- 2 pokok sawi |potong dan celur
- 2cm halia muda | hiris nipis
- 10 biji wantan segera | goreng
Bahan Kicap Untuk Mi:
- 4 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan minyak bijan
- 2 ulas bawang putih | cincang
- 1 cawan stok ayam
Bahan Perapan Ayam:
- 2 sudu makan sos tiram
- 3 sudu makan kicap pekat
- 2 sudu makan madu
- Sedikit lada sulah
CARA MEMASAK:
- Rebus ayam bersama halia hingga masak. Angkat dan toskan.
- Air rebusan ayam diambil satu cawan dan selebihnya jadikan sup. Masukkan bawang besar, garam dan lada sulah.
- Seterusnya perap ayam sebentar dengan bahan perapan. Kemudian goreng sekejap.
- Untuk kicap mi, Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Bila kekuningan, masukkan satu cawan stok ayam tadi bersama bahan-bahan kicap mi yang lain kecuali minyak bijan.
- Tutup api bila menggelegak dan masukkan minyak bijan. Kacau rata.
- Untuk menghidangkannya, tuang sedikit kicap mi tadi pada yi mi dan gaul ratakan.
- Hidangkan yi mi bersama kuah sup dan ayam goreng dan sawi yang telah dicelur tadi.
INFO CHEF: Selain digoreng, ayam juga boleh dipanggang ataupun dibakar.
Saiz hidangan: 3-4 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak : Tumis dan reneh
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas
Anggaran perbelanjaan: RM20.
CAPATI KUAH DAL
BAHAN-BAHAN
- 2 cawan tepung Atta
- 1 cawan air suam
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak zaitun
Bahan Kuah Dhal:
- 200gm kacang Dhal | rebus hingga empuk
- 1 cawan susu rendah lemak
- 2 biji kentang | potong dadu
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | cincang halus
- 4 tangkai cili kering | potonng kecil
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Air secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Garam dan perasa secukupnya.
CARA MEMASAK
- Masukkan tepung Atta dalam mangkuk. Bulatkan ditengah tepung.
- Kemudian tuangkan air suam yang dicampurkan dengan garam sedikit demi sedikit,
- Gaul rata sehingga menjadi doh lembut.
- Tambah minyak zaitun dan terus uli.
- Bahagikan doh kepada 10-12 bahagian.
- Bulatkan dan letak dalam bekas. Kemudian tutup dengan tuala lembap, rehatkan 30 minit.
- Untuk mencanai, tabur tepung atas meja.
- Ambil 1 biji doh, leperkan sedikit, tabur tepung dan canai hingga nipis, Canai hingga semua doh habis. Panaskan kuali tidak lekat. Gunakan api kecil. Letak sekeping capati dan masak.
- Untuk menyediakan kuah Dhal. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih hingga wangi.
- Seterusnya masukkan serbuk kunyit dan cili kering. Goreng seketika.
- Seterusnya masukkan kacang dhal yang telah direbus dan kentang, kacau rata.
- Tambahkan air susu cair, biarkan kuah dhal mendidih lebih kurang 10 minit.
- Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
- Setelah masak, angkat dan hidangkan bersama capati.
INFO CHEF: Tutup capati yang telah masak dengan tuala bersih untuk mengelakkan capati cepat sejuk dan mengeras.
Saiz hidangan: 5 orang.
Waktu memasak: 30 minit.
Cara memasak : Panggang, tumis dan reneh
Keistimewaan: Rasa lemak dan kaya dengan rasa dhal
Anggaran perbelanjaan: RM10.
LAKSA JOHOR
BAHAN-BAHAN
- 1kg ikan tenggiri
- 250 gram isi udang
- Isi ikan kurau masin
- 4 sudu makan udang kering | rendam hingga lembut
- 2 sudu makan kerisik
- 2cm lengkuas | titik
- 4 – 5 keping asam gelugor
- 12 ulas bawang merah | kisar halus
- 2 ulas bawang putih | kisar halus
- 2 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan kari ikan
- 2 sudu makan ketumbar serbuk
- 1 sudu makan jintan manis serbuk
- 2 liter susu rendah lemak
- 1 genggam daun kesom
- 2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
- Sedikit daun selasih
- Garam dan gula secukup rasa
Bahan Ulam-Ulaman:
- Taugeh, dibuang ekor | cuci dan toskan
- Kacang panjang | dihiris halus
- Daun kesom | hiris halus
- Daun selasih | hiris halus
- Timun, ambil bahagian luar sahaja | hiris halus
- Bawang besar | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
- Sambal belacan
- Spageti | rebus dan tos
- 8-10 biji Limau kasturi | dibelah dua
CARA MEMASAK:
- Untuk kuah, satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk dan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes rempah dan ketepikan.
- Sementara itu panaskan air hingga mendidih, kemudian celur udang. Kemudan asingkan kulitnya, kisar halus.
- Isi ikan tenggiri yang dikukus juga dikisar halus. Begitu juga dengann udang kering dan ikan masin kurau. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus dan cili kisar hingga harum, masukkan pes rempah dan masak hingga pecah minyak. Kacau rata dan biar mendidih.
- Tuangkan susu rendah lemak dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata.
- Masukkan isi ikan kisar, udang kisar, udang kering dan isi ikan masin kurau kisar.
- Seterusnya, masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih.
- Kacau dan masak dengan api perlahan lebih kurang satu jam
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya sebelum diangkat.
- Untuk menghidangkannya, masukkan spageti dalam mangkuk. Kemudian tuang kuah laksa secukupnya.
- Kemudian hias dengan bahan-bahan ulaman dan hidangkan bersama sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan.
INFO CHEF: Selain ikan tenggiri, anda boleh juga gunakan ikan parang.
Saiz hidangan: 8-10 orang.
Waktu memasak: 1 jam.
Cara memasak : Kukus, tumis dan reneh.
Keistimewaan: Rasa lemak dan kaya dengan rasa ikan.
Anggaran perbelanjaan: RM40.