Makan

Resipi Chicken Mango, Masam, Manis & Pedas Bersatu. Memang ‘Kick’

Share

Hidangan lauk berasaskan mangga yang terkenal apa lagi kalau bukan kerabu mangga. Kalau dah selalu sangat buat kerabu ini apa kata kita tukar selera.

Buat ayam mangga ataupun chicken mango. Rasa masam, manis dan pedas bersatu, memang kick. Makin enak sebab ayam goreng yang digaul rangup. Kalau nak cuba, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Nora Syikin Azmi.

Cara buat chicken mango

Bahan untuk ayam
Isi ayam bahagian paha/dada
Tepung goreng/ tepung serbaguna
Bawang putih (dihancurkan)
Serbuk lada hitam
1 biji telur
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat:

1. Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih selama 20 minit.
2. Selepas 20 minit pecahkan telur dalam mangkuk perapan isi ayam dan gaul.
3. Masukkan tepung serba guna dalam bekas berasingan dan gaul hingga menyelaputi semua bahagian.
4. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry hingga kekuningan.

Bahan untuk kerabu
Mangga muda, lobak merah, daun ketumbar, bawang besar- hiris memanjang kesemuanya.
Sos plum
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Jus limau nipis

Cara membuat

  1. Campurkan semua sos bersama gula dan jus limau kemudian didihkan atas api. Tambahkan air panas kalau terlalu pekat (sukatan agak-agak saja). Tutup api bila sudah mendidih.

2. Potong ayam yang siap digoreng  tadi dan gaul bersama mangga, lobak, daun ketumbar dan bawang.

3. Kemudian tuang sos di atasnya, boleh gaul dan tabur cili padi. Siap!

Sumber: Nora Syikin Azmi

 

Published by
Rose