
Kali ini, RASA ingin kongsikan resipi kerang goreng berempah. Rasanya sangat sedap sebab ada rasa rempah kari dan juga sos yang dijadikan bahan perapan.
Jom kita cuba buat!
KERANG GORENG BEREMPAH

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang besar (hiris nipis dan halus)
5 ulas bawang putih (diketuk)
3 inci halia (dihiris nipis)
2 batang serai (diketuk)
5 sudu besar serbuk kari (dicampur sedikit air jadikan pes)
10 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
1 cawan air
2 kg kerang (cuci bersih dan toskan)
3 sudu kecik sos ikan
Daun ketumbar
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan serai sehingga berbau wangi.
2. Kemudian masukkan pes serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak
3. Masukkan sos tiram, sos tomato, daun kari, daun limau purut dan air. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan kerang dan gaul rata. Tutup kuali seketika. Besarkan api. Kemudian renjiskan dengan sos ikan. Gaul rata lagi keseluruhan. 5. Taburkan daun ketumbar dan gaul lagi. Tutup api.
TIP: Kerang kurang sedap kalau terlalu lama dimasak. Jika lama sangat dimasak, isi kerang akan jadi kecut dan keras.
Selamat mencuba!
Sumber: Blog www.ninamirza.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rahsia Sotong Goreng Tepung lebih Rangup & Tak Hancur

Kalau makan sotong goreng tepung di kedai memang layan. Sepinggan pun boleh habis. Harga pun boleh tahan mahalnya. Jadi apa kata membuatnya sendiri. Lebih puas makan dan kerangupannya memang tak boleh bawa bincang.
Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan:
Sotong
Tepung Bestari
1 biji telur
Tepung kering (bancuhan tepung bestari +sedikit tepung beras)
Air
Dapatkan SUGAR BUBBLE DISH WASHING LIQUID dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:

1.Sotong dipotong kecil. Boleh juga menggunakan gunting bagi memudahkan kerja.

2.Kemudian. Perap sotong dengan tepung bestari yang sudah dicampurkan dengan air.

3.Selepas 10 minit, masukkan telur. Gaul hingga sebati.

4.Sediakan tepung kering (bancuhan tepung bestari dan sedikit tepung beras) di dalam bekas lain. Tepung kering ini boleh jika menggunakan tepung bestari sekiranya tiada tepung beras.

5.Kemudian, pindahkan sotong yang sudah dicelup tadi ke dalam adunan tepung kering.


6.Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan sehingga semua sotong disaluti tepung kering. Inilah rahsia yang membuatkan sotong celup tepung sedap rangup dimakan.

7.Panaskan minyak. Gorengkan sotong sehingga kekuningan. Pastikan minyak betul-betul panas. Siap untuk dihidang.
Kredit: Meens Yusoff
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
6 Resipi Kuih Berinti Manis Pilihan Ramai, Sedap & Senang Buat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
6 Resipi Seafood Masak Nyonya Style Yang Memang Sedap DanTerangkat.

LAUK PAUK SEAFOOD BABA NYONYA PIKAT SELERA PELBAGAI KAUM
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan keturunan termasuklah keturunan Baba Nyonya atau Peranakan. Keturunan ini banyak terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. Masakan mereka juga banyak dipengaruhi dengan kaum lain seperti Melayu, India dan Cina namun ada perbezaan dan ciri tertentu. RASA kongsikan lapan resipi berasaskan makanan laut Baba Nyonya untuk anda cuba.

UDANG MASAK LEMAK NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor Udang XL | potong janggutnya dan bersihkannya
- 1 biji nanas | potong dadu
- 2 biji tomato | belah empat
- 2 biji cili merah | hiris
- 2 keping asam gelugur
- 2 batang serai | titik
- 1 helai daun kunyit | koyakkan
- 1 mangkuk santan
- ½ mangkuk air
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 8 biji cili api
- 3 biji bawang merah
- 1 inci kunyit hidup=
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk masukkan bahan-bahan kisar, serai dan air ke dalam periuk.
- Renehkan seketika sehingga bahan-bahan kisar masak. Kemudian masukkan nanas dan asam gelugur, biarkan ia masak seketika.
- Apabila sudah mendidih, masukkan santan, udang, tomato dan cili merah. Biarkan udang masak dan masukkan daun kunyit.
- Akhir sekali perasakan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan angkat.
- Sedia dinikmati bersama nasi putih panas.
Info chef: Udang tak perlu dibuang kulit.

UDANG MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor udang XL | bersihkan dan potong janggut
- ½ mangkuk air asam jawa pekat
- 1 batang daun saderi | potong serong
- Sedikit gula Melaka mengikut rasa
- Sedikit daun bawang
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- biji bawang merah | hiris nipis
- 2 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1 biji cili merah | hiris nipis
CARA MEMASAK:
- Perap udang bersama dengan air asam jawa. Kemudian goreng dengan sedikit minyak. Goreng seketika dan angkat. Ketepikan.
- Kemudian dengan minyak yang digoreng udang tadi, tumis bahan tumisan sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air asam jawa daripada perapan udang tadi dan daun saderi. Akhir sekali masukkan gula Melaka dan perasakan dengan garam secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Tabur sedikit daun bawang ketika menghidang.

SOTONG MASAK SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 papan petai | buang kulit
- 10 ekor sotong basah | potong, belah, kelar (tanpa putus)
- 1 mangkuk cili kering yang dikisar
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 sudu makan pes tomato
- ½ mangkuk air asam jawa
- 2 biji tomato | dibelah 4
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 sudu makan minyak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng sebentar petai. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar seperti cili kisar, bawang merah dan bawang putih.
- Kemudian masukkan pes tomato, air asam jawa dan biarkan ia masak seketika.
- Apabila ia sudah mendidih, masukkan udang dan petai.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan tomato dan hirisan bawang besar.
Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih panas.

SAMBAL UDANG
BAHAN-BAHAN:
- ekor udang XL | bersihkan
- 1 mangkuk cili kering yang dikisar
- biji bawang merah | kisar
- 3 ulas bawang putih | kisar
- 1 sudu makan pes tomato
- ½ mangkuk air asam jawa
- 3 sudu makan minyak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar seperti cili kisar, bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.
- Kemudian masukkan pes tomato diikuti air asam jawa dan biarkan masak seketika.
- Apabila ia sudah mendidih, masukkan udang.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan hirisan tomato untuk lebih sedap

KETAM SAMBAL NYONYA
BAHAN-BAHANNYA:
- 3 ekor ketam | bersihkan
- Sedikit garam
- Sedikit serbuk kunyit
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 4 biji bawang merah | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | hiris nipis
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 1 sudu makan taucu
- 2 tangkai daun kari
BAHAN-BAHAN LAIN:
- ½ mangkuk air asam jawa
- Minyak untuk menggoreng
- Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ketam dengan garam dan kunyit. Kemudian goreng ketam seketika dan angkat. Ketepikan.
- Tumis bahan-bahan tumis seperti bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga terbit bau. Kemudian masukkan taucu dan serbuk kari ikan.
- Biarkan ia masak seketika dan masukkan air asam jawa.
- Apabila ia mereneh, masukkan perasa seperti garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan ketam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Kalau mahu lebih pedas, boleh masukkan sedikit cili kisar ketika menumis.

KARI BEBOLA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
UNTUK BEBOLA IKAN:
- 500gm isi ikan Tenggiri
- 1 sudu makan tepung jagung
- Air garam secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | kisar halus
- 3 ulas bawang putih | kisar halus
- ½ inci halia | kisar halus
- ½ inci lengkuas | kisar halus
- 4 batang cili merah | kisar halus
- 1 mangkuk air asam jawa
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- Minyak untuk menggoreng secukupnya
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
- 1 batang terung | potong panjang
- 2 biji tomato | belah 4
- 5 batang bendi
CARA MEMASAK:
- Kikis kulit ikan tenggiri, ambil isi ikannya sahaja.
- Kemudian hancurkan isi ikan tenggiri dengan lumat dan masukkan air garam serta tepung jagung. Adun hingga boleh membentuk doh untuk membuat bebola ikan. Ketepikan.
- Untuk membuat kari; tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan lengkuas ke dalam periuk.
- Selepas itu masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis dan kacau sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mereneh seketika.
- Bentukkan bebola ikan dan masukkan ke dalam renehan tumisan tadi.
- Setelah bebola itu terapung ke atas bermakna bebola itu sudah masak.
- Kemudian masak masukkan sayur-sayuran seperti terung, tomato dan bendi sehingga separuh masak.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh juga masukkan cili hijau untuk lebih sedap.
Buat Cara Ini Supaya Sotong Jadi Pejal & Tidak Berair

Bila masak menu yang berasaskan sotong, anda rasa sotong tidak pejal dan berair. Perkongsian ini dapat bantu anda bagaimana cara cuci sotong yang betul. Hasilnya memang sotong jadi pejal dan tidak berair bila kita masak.Tak perlu lagi rebus sebelum nak masak. Mungkin boleh cuba untuk memudahkan cara nak masak sotong.
Sotong Pejal & Tidak Berair

Caranya:
1.Potong sotong ikut saiz yang dihendaki.

2.Taburkan garam kasar sesudu dua dalam bekas berisi sotong(garam halus pun boleh, tapi lagi baik garam kasar)



3.Gaul dan ramas-ramas sotong dan garam tersebut.Ramas-ramas sehingga keluar buih macam sabun. Sotong akan keluarkan buih-buih seperti buih sabun. Ramas sotong dalam 5 minit atau sampai rasa sotong tu pejal.

4.Setelah semua buih keluar dan sotong rasa pejal, basuh bersih-bersih sehingga hilang air buih/air garam tu. InsyaAllah sotong tak masin jika basuh bersih-bersih.

5.Kemudian tapis sotong untuk sejat airnya.

6.Bolehlah masak seperti biasa,insyaAllah sotong tak keluarkan banyak air lagi.

Sambal tumis sotong.
Kredit: Noris Nora

Klik sini
Resepi Quiche Ayam Sedap & Menyelerakan. 1 Adunan Ni Dapat 2 Biji
Penuh Dengan Aroma Rempah Ratus, Ini Cara Masak Kerutuk Daging

