
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.
Bahan-bahannya lebih daripada masak lemak biasa tapi inilah yang menyedapkan kuahnya. Memang akan menambah nasi.
Resipi sotong masak lemak padang
Bahan-bahan
6-8 ekor sotong – cuci bersih
2 biji bawang besar – belah 4
2 biji tomato – belah 4
2 biji ubi kentang – belah 4
1 batang serai – ketuk
4 tangkai cili padi – belah hujung
2 helai daun salam
3 sudu minyak – untuk menumis
1 kotak santan
Air secukupnya
Garam, perasa, gula – secukup rasa

Bahan-bahan kisar
4 tangkai cili besar merah
3 tangkai cili kering / cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
Cara memasak
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan serai, daun salam. Kacau.

3. Masuk bawang besar, ubi kentang. Kacau.
4. Masuk santan, air, tomato dan cili padi.
5. Seterusnya masuk sotong, garam, perasa & sedikit gula jika mahu.
Kacau seketika supaya sotong masak tapi jangan lama kerana sotong akan liat dan keras jika terlebih masak. Tutup api dan sedia dihidang.

Kredit resipi & foto: Mona Din
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Tumis Sotong Petai, Ada Cara Nak Bagi Sotong Gebu

Sambal tumis sotong petai ini memang membuka selera. Bagi peminat petai, memang patut cuba masak ini tau.
Yang penting, kena gunakan sotong yang segar. Baru masakan itu tambah sedap. Selain itu, sotong tak boleh masak lama. Nanti teksturnya akan jadi kenyal dan liat.
Sebaiknya, goreng tanpa minyak untuk keluarkan airnya. Sotong kekal gebu! Cubalah ye resipi sambal tumis sotong petai ini.
RESEPI SAMBAL TUMIS SOTONG PETAI
Bahan-bahan:
1kg sotong (potong, bersihkan)
3 papan petai (buang kulit, belah dua)
1 labu bawang Bombay (hiris bulat)
2-3 sudu makan cili giling – boleh beli online di sini
Sedikit nisan/gula Melaka – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Sedikit air asam jawa – boleh beli online di sini
Air
Minyak masak – boleh beli online di sini
Bahan Kisar:
2-3 batang cili merah besar – boleh beli online di sini
3-4 biji bawang merah – boleh beli online di sini
3 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
1 labu bawang Bombay
Sedikit ikan bilis – boleh beli online di sini
Cara Memasak Sambal Tumis Sotong Petai:

Mula-mula, kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, ikan bilis dan cili merah besar hingga lumat. Ketepikan.

Sediakan kuali, goreng sotong tanpa minyak sehingga terbit air dan sotong separuh masak. Angkat sotong.
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang dikisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.

Tambah cili giling kisar. Gaul sebati dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan hirisan bawang Bombay. Lagi banyak lagi sedap kerana ia manis.

Kemudian masukkan nisan atau gula Melaka, air asam jawa dan garam secukupnya. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu.
Check rasa sama ada sudah cukup masam, masin, manis dan pedasnya. Setelah itu, masukkan petai yang telah dibuang kulit. Gaul sebati.

Akhir sekali, masukkan sotong tadi. Gaul sebati. Lagi sekali check rasanya. Kalau sudah okay, tutup api, angkat dan sedia dihidangkan. Mudah je kan?
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Resipi Udang Belon Ala Thai Ini Hanya Guna 4 Bahan

Senang je rupanya nak buat udang belon ala Thai ni. Dapat la lepas rasa mengidam nak makan udang ni kat kedai Thai. Buat sendiri kat rumah tentunya lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Jom kita cuba ikut resipi perkongsian Fatyma Idris ini.
UDANG BELON ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
- Udang
- Tepung blue key self raising flour
- Telur
- Garam secukupnya
- Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan udang, buang kulit udang dan biarkan bahagian ekor.

2. Campur tepung, telur dan garam ke dalam mangkuk.

3. Masukkan air secukupnya. Jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Pastikan adunan boleh lekat elok dengan udang.

4. Celup udang dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.

5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

TIP:
- Untuk hasilkan udang belon yang cantik, boleh guna pencungkil gigi untuk buang kotoran belakang udang. Tak perlu belah belakang udang tu.
Kredit resipi & foto: Fatyma Idris
Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Set Nasi Udang Kunyit, Daging Tumis Kerisik & Udang Masak Jintan, Mantap.
Kak Ros Kongsi Resipi Sotong Tumis Pedas Warisan Mertua. Anak-Anak Memang Suka!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Menu Seafood Petai Ala Thai & Sagu Kurma Jelly Imbau Nostalgia Eira Syazira & Azad Jazmin

Hari ini dalam Rasa Nostalgia Ramadan episod keempat menyaksikan aksi pasangan selebriti yang tidak asing lagi iaitu Eira Syazira & Azad Jazmin yang telah berkongsi sajian-sajian nostalgia mereka berdua. Tak kering gusi melihat aksi keduanya di dapur. Ada sahaja usikan yang dari Pak Azad buat isterinya. Si isteri pula? Sangat sabar melayan. ‘Such a perfect couple’!

Eira Syazira dan Pak Azad telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Seafood Petai Ala Thai dan juga Sagu Kurma Jelly. Menurut mereka, hidangan itu adalah masakan pertama yang dimasak ketika mereka ‘dating’ dulu. Wow…Patutlah istimewa. Menu yang mengimbau kisah perkenalan mereka rupanya.

Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, kedua-dua resipi ini sangat sesuai dijadikan menu dikala berbuka puasa dan juga sahur. Sajian Seafood Petai Ala Thai yang ditambah dengan daun limau purut memberikan rasa yang lebih enak dan membangkitkan selera ketika berbuka.
Sagu Kurma Jelly pula, menurut Eira ia adalah resipi yang dicipta oleh beliau sendiri dan merupakan menu wajib ada setiap tahun di bulan puasa. Sangat sedap dimakan sejuk terutamanya jika dinikmati selepas solat tarawih ataupun sahur.

Jadi jangan lupa cuba menu yang mereka kongsikan ini. Sesuai sangat dijadikan sajian berbuka anda.
SEAFOOD PETAI ALA THAI

BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang – dibersihkan
- 300gm sotong – dibersihkan
- 1/2 biji bawang merah – hiris
- Sos tiram secukupnya
- Sos ikan secukupnya
- 1-2 papan petai
- 3-4 helai daun limau purut
- Minyak masak secukupnya
BAHAN TUMBUK:
- 3-4 ulas bawang putih
- 5-6 biji cili
- 1 inci belacan
- Gula secukup rasa
- Jus limau nipis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang hiris hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan tumbuk. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Dalam kuali berasingan, goreng udang hingga separuh masak. Angkat dan toskan. Campuran minyak dan air gorengan udang ini jangan dibuang.
4. Tambahkan gula, sos tiram dan sos ikan dengan secukupnya ke dalam kuali tumisan tadi. Kacau lagi hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan sotong. Kacau hingga sebati.
6. Masukkan juga daun limau purut, sedikit air gorengan udang, udang yang telah digoreng tadi dan juga petai.
7. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Angkat dan hidangkan.
SAGU KURMA JELLY

BAHAN-BAHAN:
- 250gm sagu putih
- 1 tin Susu cair F&N
- 1 ketul gula melaka
- 1 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
- Gula merah secukupnya
- Jeli kurma secukupnya
- Air secukupnya
- Kurma secukupnya – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus sagu hingga masak. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan,
2. Panaskan susu cair hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk membuat air gula melaka, panaskan air dan masukkan gula melaka.
4. Tambahkan daun pandan diikuti gula merah. Masak hingga semua bahan larut.
5. Untuk menikmatinya, masukkan sagu, susu dan air gula melaka secukupnya ke dalam mangkuk.
6. Tambahkan hirisan jeli kurma dan juga hirisan buah kurma jika suka.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang
Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih. Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.

Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.
Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.

