Makan

Asyik Masak Sambal Saja, Cuba Buat Sotong Masak Lemak Padang. Memang Menambah Nasi

Share

Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.

Bahan-bahannya lebih daripada masak lemak biasa tapi inilah yang menyedapkan kuahnya. Memang akan menambah nasi.

Resipi sotong masak lemak padang
Bahan-bahan

6-8 ekor sotong – cuci bersih
2 biji bawang besar – belah 4
2 biji tomato – belah 4
2 biji ubi kentang – belah 4
1 batang serai – ketuk
4 tangkai cili padi – belah hujung
2 helai daun salam
3 sudu minyak – untuk menumis
1 kotak santan
Air secukupnya
Garam, perasa, gula – secukup rasa

Bahan-bahan kisar

4 tangkai cili besar merah
3 tangkai cili kering / cili padi
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia

Cara memasak

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan serai, daun salam. Kacau.

3. Masuk bawang besar, ubi kentang. Kacau.

4. Masuk santan, air, tomato dan cili padi.

5. Seterusnya masuk sotong, garam, perasa & sedikit gula jika mahu.
Kacau seketika supaya sotong masak tapi jangan lama kerana sotong akan liat dan keras jika terlebih masak. Tutup api dan sedia dihidang.

Kredit resipi & foto: Mona Din

 

Published by
Rose