Atasi Dapur Berbahang Dengan Cara Ini

Share

Tidak selesa dengan dapur yang berbahang atau panas? Ini mungkin menjejaskan mood anda untuk memasak apa lagi untuk menikmati makanan di kaunter bar atau pulau yang berada di dapur anda. Terdapat beberapa tip dan cara yang kadang kala kita tidak sedar dapat membantu mengurangkan rasa bahang di dapur. Jom sejukkan dapur.

  1. Gunakan slow cooker

Slow cooker merupakan salah satu peralatan elektrik yang membenarkan anda untuk mereneh makanan. Cara ini sebenarnya mengekalkan suhu yang lebih rendah di dapur berbanding menggunakan cara memasak yang lain seperti menggoreng, membakar atau merebus. Banyak resipi yang boleh anda cuba menggunakan slow cooker ini.

  1. Memanggang

Tahukah anda dengan memasak cara memanggang atau menyalai di dapur merupakan cara yang sangat baik untuk mengelakkan keseluruhan kediaman rasa berbahang. Tambahan pula, cara masakan yang cepat dan mudah menjadikan makanan lebih senang disediakan. Contohnya makanan yang ingin disalai atau dipanggang diperap terlebih dan sedia untuk dimasak untuk makan tengah hari atau malam anda. Tidak perlu risau kerana terdapat puluhan resipi yang memudahkan cara untuk memanggang makanan.

  1. Salad dan snek

Menyediakan salad di dapur untuk makan tengah hari mahupun malam merupakan cara yang baik untuk mengelakkan dapur menjadi panas dan berbahang. Ia bukan sahaja baik untuk itu, malah bagus untuk kesihatan anda. Makanan berbentuk snek juga tidak perlu di masak seperti sandwic dan buah-buahan. Ia membantu mengurangkan bahang di dapur.

  1. Menggunakan dapur gas

Ya, cara menggunakan dapur gas mampu menjadikan dapur berbahang namun ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding masakan menggunakan ketuhar. Oleh itu, elakkan penggunaan ketuhar jika tidak mahu dapur anda menjadi panas. Cara paling mudah ialah memasak masakan yang tidak perlu dimasak lama agar dapur kekal segar dan sejuk.

  1. Pengudaraan

Pengudaraan menjadi kunci penting untuk mengekalkan suhu dapur yang sejuk dan menyenangkan. Pastikan tingkap dapur dibuka terutama ketika anda memasak. Ia akan membantu pengaliran udara dengan lebih baik. anda juga boleh memasang kipas ekzos yang berfungsi menyedut asap dan bahang di dapur.

  1. Masa memasak

Masa memasak juga penting kerana menjadi faktor kepada kenaikan suhu di dapur. Masa terbaik untuk memasak adalah pada waktu pagi. Ini kerana segala proses memasak di dapur ketika waktu pagi lebih mudah seterusnya mengelakkan dapur menjadi berbahang.

Sumber gambar: 123 royalty free

Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.

Published by
Putri Adila Saari