Nasi kebuli dan dalca kambing adalah hidangan istimewa yang sesuai juga dibuat pada hari raya. Justeru Chef Wan dengan artis jemputan Awal Ashaari memasak nasi kebuli dan dalca kambing dengan resipi istimewa. Pasti aromanya sangat menggoda jiwa.

Ini adalah episod terakhir RASA Nostalgia Ramadan 2020. Kami di majalah RASA mengucapkan terima kasih kepada semua penonton yang mengikuti rancangan ini dari awal sehingga akhir sepanjang Ramadan ini. Terima kasih juga kepada Ombak Coway yang turut membantu memudahkan kerja-kerja memasak di dapur sepanjang program ini berlangsung.

Awal Ashaari Teruja Nak Makan Nasi Kebuli & Dalca Kambing

 

Kami berikan dua resipi yang boleh korang ikut. Semoga berhari raya dengan gembira walau masih dalam era Perintah Kawalan Pergerakan. Ingat ya. Jaga jarak, sentiasa bersihkan tangan dan pakai facemask. Selamat hari raya semua!

IKLAN

NASI KEBULI

Awal Ashaari Teruja Nak Makan Nasi Kebuli & Dalca Kambing

BAHAN-BAHAN
125 ml minyak masak
100 gram mentega (dipotong menjadi kiub kecil)
1 ekor ayam (1.5 kg – bersihkan dan potong kepada 6-8 bahagian)
3 sudu besar bawang goreng rangup
Garam
3.5 liter air
1 unit sup bunjut
Serbuk kunyit
800 gram beras panjang (cuci dan toskan)
Segenggam daun ketumbar

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
10 biji bawang merah
1 inci halia (dihiris)
4 batang serai (dihiris)
1 sudu teh biji ketumbar
10 biji lada hitam

IKLAN

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak.
2. Masukkan mentega.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam. Gaul sehingga rata.
5. Taburkan bawang goreng.
6. Masukkan garam.
7. Kemudian masukkan air dan sup bunjut. Tutup periuk
8. Angkat ayam dan toskan. Seterusnya, goreng ayam tersebut.
9. Sementara itu, masukkan serbuk kunyit ke dalam air rebusan ayam tadi.
10. Masukkan beras dan masak sehingga kering.
11. Sedia untuk dihidang.

DALCA KAMBING

Awal Ashaari Teruja Nak Makan Nasi Kebuli & Dalca Kambing

BAHAN-BAHAN
55 gram minyak sapi
45 gram rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air supaya menjadi pes)
1 liter santan (diperah daripada 1 biji kelapa parut bersama 4 cawan air
4 sudu besar air asam jawa (bancuh 1 sudu besar pati asam jawa dengan 4 sudu besar
air, kemudian tapis)
1 batang terung (potong 6)
6 batang bendi (potong 2)
2 biji kentang (kupas kulit dan potong empat)
1 batang lobak merah (kupas kulit dan potong enam)
2 biji cili hijau (buang biji dan belah dua) mengikut pilihan ukuran
1 biji cili merah (buang biji dan belah dua) mengikut pilihan ukuran
Garam
1 kg daging kambing atau rusuk kambing (dipotong kecil)
200 gram kacang dhal (rendam semalaman dan rebus sehingga lembut)
100 gram kacang panjang (potong 1 ½ inci)
2 biji tomato (hiris dan belah empat)
6 biji bawang merah (kupas kulit, hiris dan goreng menjadi bawang goreng)

IKLAN

BAHAN KISAR
10 biji bawang merah (kupas kulit)
2 ulas bawang putih (kupas kulit)
½ inci halia (kupas kulit)

REMPAH RATUS
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji cili

CARA MEMBUAT
1. Masukkan minyak sapi. Tumiskan rempah ratus.
2. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi.
3. Masukkan rempah kari.
4. Masukkan sedikit santan dan air asam jawa.
5. Masukkan terung, bendi, kentang, lobak merah, cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam.
6. Masukkan daging kambing.
7. Masukkan kacang dhal.
8. Masak sehingga daging empuk.
9. Masukkan kacang panjang, cili serta tomato.
10. Masukkan bawang goreng. Biarkan mendidih dan matikan api.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI