Dalam aspek pemilihan produk makanan, umat Islam hari ini perlu semakin peka dengan kandungannya agar tidak termakan makanan yang haram iaitu babi.
Ini kerana boleh berlaku kekeliruan apabila sumber dari haiwan ini menggunakan perkataan lain. Agar tidak terbeli dan makan produk makanan mengandungi babi, penting untuk kita meneliti label kandungan yang digunakan pada bungkusan produk. Berikut adalah senarai perkataan yang sama makna dengan babi yang harus kita elakkan pengambilannya.
1. Pig
Seekor babi muda, berat kurang dari 50 kilogram.
2. Hog
Babi dewasa, berat melebihi 50 kilogram.
3. Boar
Babi liar/babi hutan
4. Pork
Daging babi dalam masakan. Ada pelbagai seperti pork belly (daging babi yang diambil dari bahagian perut )
Ads
5. Pig feet atau trotters
Kaki babi yang dimasak dan dihidangkan dalam pelbagai masakan China dan Barat.
6. Pig ears
Pig ears atau telinga babi juga merupakan hidangan yang popular dalam masakan China.
7. Pig skin
Pig skin atau kulit babi sering digunakan sebagai bahan asas dalam pelbagai produk makanan, termasuk kerepek dan chicharon.
8. Swine
Istilah untuk keseluruhan kumpulan spesies babi.
Ads
9. Lard
Lemak babi untuk membuat minyak masak dan sabun. Lard atau lemak babi adalah jenis lemak yang diambil dari bahagian perut atau punggung babi.
Lard biasanya digunakan dalam masakan untuk menambahkan rasa dan kelembutan pada makanan, terutama di masakan Barat dan China. Beberapa makanan dan produk yang mungkin mengandung lard antara lain roti, pastry, biskut, coklat, dan mentega.
10. Bacon
Daging haiwan yang dihiris terutama babi. Biasanya diambil dari bahagian perut atau punggung babi untuk digunakan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai hidangan.
11. Ham
Ham adalah potongan daging yang diambil dari paha babi. Potongan daging ini biasanya diolah dengan cara dipanggang atau direbus, kemudian dihiris nipis untuk disajikan sebagai hidangan atau bahan asas terutama masakan Barat.
Ads
12. Bakut
Bakut adalah sebutan untuk tulang rusuk babi. Umumnya diolah menjadi sup. Juga dikenali dengan nama bakut teh. Sajian ini popular di Singapura.
13. Gelatin
Gelatin adalah bahan yang digunakan dalam berbagai makanan, termasuk gula-gula, jeli, marshmallow, dan lain-lain. Gelatin dibuat dengan merebus tulang, kulit haiwan termasuk babi.
14. Porcine
Berasal dari babi, dan banyak digunakan dalam ubat-ubatan.
Selalunya kalua nak makan fillet ikan kita makan di kedai dan harganya pun boleh tahan. Kalau beli di pasaraya pun fillet ikan yang ada semuanya frozen dan tak segar. Apa kata, sesekali korang cuba buat sendiri fillet di rumah. Kalau nak cuba ini RASA kongsikan caranya:-
Pilih Saiz Ikan Yang Betul
Pastikan ikan yang ingin difillet adalah sesuai. Ikan mestikan bersaiz besar kerana ia mempunyai isi lebih tebal dan mudah dipisahkan dengan tulangnya. Ikan yang kecil kerana isi yang nipis, menjadikan rposes fillet sukar dan isi boleh hancur.
Ikan Mesti Segar
Ikan segar mempunyai tektur isi yang kenyal dan mudah difillet berbanding ikan lama yang teksturnya lembik dan mudah hancur. Jika tidak sedia dimasak, fillet ikan boleh anda simpan dalam freezer lebih lama berbanding dengan ikan yang tidak difillet.
Pisau Mesti Tajam Tajam
Jika membuat fillet ikan anda perlu menggunakan pisau tajam. Proses hirisan isi ikan untuk asingkan dari tulang mesti dilakukan dengan satu hirisan (satu gerakan tangan). Jika pisau tumpul dan membuat dua tiga kali hirisan akan menyebabkan isi ikan hancur dan banyak isi ikan masih melekat pada tulang ikan.
Bahagian Ikan Boleh difillet
Lakukan hirisan fillet dari atas bahagian atas hingga ke bahagian bawah perut ikan. Isi bahagian ekor tidak perlu difillet kerana isi nipis dan kurang sedap.
FISH AND CHIPS
Bahan-bahan A:
4 keping fillet ikan
100gm tepung gandum
4 biji telur
150gm serbuk roti
Garam dan lada sulah secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan B:
100gm mayones
5 biji buah zaitun hitam
3 biji Gherkin
3 ulas bawang putih |kisar
1 biji lemon
CARA MEMASAK:
Gaulkan fillet dengan tepung gandum, kemudian celupkan dalam bancuhan telur sebelum sekali lagi gaulkan dalam serbuk roti.
Panaskan minyak, goreng kepingan fillet ikan sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
Untuk Sos, potong halus buah zaitun hitam, gherkin dan bawang putih.
Kemudian masukkan ke dalam mayones dan gaulkan.
Perasakan dengan jus lemon.
Hidangkan bersama fillet ikan, coleslaw dan salad campur.
Ketika mengupas telur rebus, ada kalanya isi telur itu turut terikut kerana melekat pada kulitnya. Telur pun nampak tidak cantik lagi. Korang nak tahu macam mana cara nak mudah kupas telur dan telur yang dikupas itu cantik tanpa terkopek-kopek.
Bagi mengatasi telur rebus tak cantik ketika dikupas, ada petua yang boleh dicuba. Caranya mudah sahaja. Jom lihat langkah-langkah yang perlu anda buat.
Langkah demi langkah kupas telur rebus
1. Basuh telur dan rebus seperti biasa.
2. Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
3. Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
4. Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
Buat telur rebus biasanya kita rebus guna air. Tapi kalau tak mahu guna air pun boleh. Caranya buat telur rebus guna airfryer. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Ida Shahida ini.
Cara masak telur rebus tanpa air
Bahan:
10 biji telur
Masa:
10 minit
Caranya:
1. Cuci bersih telur.
2. Terus Masukkan ke dalam ‘ basket’ airfryer
3. Guna suhu 180 masa 10 minit. Tekan ‘ start’
4. Dah tamat masa, boleh tengok elok kejadiannya. Dah boleh makan.
INFO: Bagi telur separuh masak, gunakan suhu 160 darjah selsius dan masa 5 minit (bergantung kepada telur gedik yang inginkan). Tapi, ia bergantung kuantiti telur juga, semakin kurang, semakin sekejap masa untuk memasak.
Petua mudah kupas kulit telur
Masukkan telur yang masih panas tu ke dalam mangkuk yang berisi air. Biar terendam (boleh juga sejukkan dulu telur rebus) Kemudian boleh dikupas satu persatu. Hasilnya sangat cantik dan tiada telur yang akan terkoyak isinya.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.