Ayam Bakar Ala Pizza Hut. Anak Gerenti Suka

Share

Ayam bakar ala Pizza Hut ini gerenti anak suka makan. Betul tak? Selalunya kita beli kat restoran makanan segera tu, tapi tak puas makan.

Ini ada resipi yang dikongsikan oleh puan Anis Cheeszif ini. Taklah susah sangat resipinya. Buat sendiri je kat rumah. Lagi jimat dan bolehlah makan sepuas hati seisi keluarga. Gerenti sedap.

Ayam Bakar Ala Pizza Hut

Bahan-bahan:

10 ketul sayap ayam (potong 2)

3 sudu makan serbuk cili

2 sudu makan gula –  boleh beli online di sini

3sudu makan madu

1 biji limau kasturi

3 sudu makan sos tiram – boleh beli online di sini

Sedikit serbuk cili (jika suka pedas)

3 sudu makan kicap manis – boleh beli online di sini

Serbuk perasa (secukup rasa) – boleh beli online di sini

Sedikit serbuk cili (kalau suka pedas)

Garam – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Satukan semua bahan dan perap beberapa jam.

Boleh bakar terus kalau tak nak tunggu lama.

Bakar dalam air fryer pada suhu 170-180°C selama 10-15 minit.

Kemudian balikkan, bakar pada suhu dan masa yang sama. Mudah dan senang, sedap pulak tu. Selamat mencuba!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa