Ayam Bakar Madu Ni Nak Nampak Hitam Berkilat, Siram Kicap Manis Sebelum Bakar

Share

Anak-anak suka makan ayam bakar madu. Diganding dengan nasi putih atau nasi ayam pun sedap Mudah sangat buat dan bakar guna air fryer pun boleh.

Perap ayam dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman. Rahsia nak bagi ayam nampak cantik, hitam dan berkilat, siram kicap manis sebelum dibakar. Kicap yang dimasukkan awal semasa perap akan jadi warna kelabu sebab bercampur dengan bahan-bahan lain.Perap dengan minyak supaya ayam masak juicy.

 

AYAM BAKAR MADU

 Bahan-bahan:

Bawang putih-ditumbuk

Halia-ditumbuk

Serbuk lada hitam

Garam

Gula

Sos tiram

Kicap manis

Madu

Minyak bijan /minyak masak

Cara membuat:

1.Bakar dalam air fryer pada suhu 200. Bakar dalam masa 10 minit dan balikkan ayam set lagi 10 minit. Total bakar ayam 20 minit (suhu 200).

Boleh juga bakar dalam periuk ajaib dalam 20 minit.

Rahsia nak bagi ayam nampak cantik, hitam dan berkilat siram kicap manis

Bahan sos pencicah

Cili padi

Bawang putih

Cuka

Limau nipis

Sos ikan

Gula

Daun ketumbar

Cara membuat:

1.Tumbuk kasar cili padi dan bawang putih.

2.Masukkan cuka, limau nipis.

3.Masukkan sos ikan (dah masin) dan gula putih/gula kabung.

4.Masukkan hirisan daun ketumbar.

5.Gaulkan semua.

*Lebihkan rasa manis supaya kurang pejar cili.

Kredit: Noor Hafiza Mohamad

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri