
Dah ada dalam fikiran ke nak masak menu apa di hari pertama berpuasa. Pasti nak yang special tambah pula bila semua ada di rumah. Jom kita buat ayam bakar cara cik pooja. So juicy so shedaaaaaaapp.
Ayam Bakar cikpoojaStyle
Bahan-bahan:
1ekor ayam(cuci bersih) cikpooja belah di bahagian dada untuk mudahkan kerja cuci dalamannya
2 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar pati oren sunquick(yang dalam botol) – beli online disini
1 senduk sos blackpepper@sos lada hitam
3 sudu besar majerin(cairkan atas api)
1 biji ubi kentang(rebus empuk)
1 ketul kiub pati ayam
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
Kentang,brokoli, tomato ceri optional. Tak nak letak pun tak apa,ayam tetap rasa sedap.
Cara memasak:
1.Semua bahan-bahan ni cikpooja kisar dengan sedikit air(suku cawan air)
2.Dah kisar semua,perapkan dengan ayam.
3.Cikpooja perap 2j am sebelum bakar. Lagi lama perap lagi sedap
Bakar pada suhu 200° 1 jam @sampai masak (bergantung pada oven masing-masing).Cikpooja suka yang crunchy di luar lembut juicy di dalam, sebab tu letak suhu tinggi.
Sos Cicah Ayam
Bahan-bahan:
5 ulas bawang putih
5-6 biji cabai melaka(yang merah atau hijau boleh je mana-mana)
2 biji limau nipis (ambil air perahannya)
1 sudu besar cuka makan
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
Suku cawan air panas
Cara membuat:
1.Tumbuk bawang puith dan cabai melaka.
2.Kemudian masukkan air perahan limau nipis,cuka makan,gula pasir,garam dan air panas.
3.Gaul semua bahan-bahan ini sampai sebati dan cukup rasanya.
Selamat mencuba
Resepi byCikpooja
Resipi Lempeng Kelapa Yang Sedap & Lembut Sampai Ke Petang, Cicah Kari & Sambal Sardin
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Gulai Ayam Kelantan, Lauk Buat Bertambah Nasi!

Nak cuba resipi Gulai Ayam Kelantan yang pekat berlemak, wangi rempah ratus, dan cukup rasa? Inilah resepi gulai ayam Kelantan asli yang mudah dimasak di rumah.
Kalau sebut masakan tradisi Kelantan, pasti gulai ayam kelantan jadi sebutan. Apa yang membuatkan gulai ayam Kelantan lain daripada gulai negeri lain ialah penggunaan rempah khas, santan pekat, serta keseimbangan rasa lemak dan pedas. Gulai ini biasanya dihidangkan ketika kenduri kahwin, majlis doa selamat, atau bersama nasi kerabu.

Bahan-Bahan Gulai Ayam Kelantan
1 ekor ayam – dipotong 12 bahagian
2 biji kelapa parut – diperah jadi santan pekat (±4 cawan)
4 sudu besar rempah gulai Kelantan (boleh dibeli siap)
3 sudu besar cili kering kisar
2 batang serai – diketuk
3 helai daun limau purut
2 sudu besar gula Melaka atau gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Cara Membuat Gulai Ayam Kelantan
Panaskan minyak – Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan rempah – Masukkan rempah gulai Kelantan dan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ayam – Gaul rata ayam dengan rempah hingga separa masak.
Tuang santan – Masukkan santan pekat sedikit demi sedikit. Gaul rata supaya tak pecah minyak.
Perasakan – Masukkan serai, daun limau purut, gula Melaka dan garam secukup rasa.
Reneh perlahan – Masak dengan api kecil hingga kuah pekat, ayam empuk dan gulai naik minyak.
Tips Gulai Ayam Kelantan Sedap & Wangi
✅ Guna santan segar untuk rasa lebih lemak berkrim.
✅ Kalau suka pedas, tambah cili kering kisar ikut tahap kepedasan.
✅ Masak dengan api perlahan supaya rempah sebati dan kuah lebih pekat.
✅ Lebih sedap kalau dimasak sehari awal – rasa gulai lagi sebati!
Idea Hidangan
Gulai ayam Kelantan ini sesuai dihidangkan bersama:
🍛 Nasi putih panas
🥗 Nasi kerabu Kelantan
🥒 Ulam-ulaman dan sambal belacan
Gulai Ayam Kelantan memang tak pernah mengecewakan – pekat, beraroma dan penuh dengan rasa tradisi negeri Cik Siti Wan Kembang. Resipi ini mudah diikuti dan pasti buat anda teringat suasana kampung halaman.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Ayam Minang Memang Enak, Ini Cara Kalau Nak Masak Sendiri
Gulai Daging Tulang Dengan Nangka Muda, Lauk Orang Lama Sekali Rasa Teringat-Ingat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ayam Masak Merah Kegemaran Ramai

Masakan berasaskan ayam memang menjadi kesukaan ramai. Ayam masak merah bukan hanya enak dimakan dengan nasi putih malah lebih berselera dimakan dengan nasi tomato.
Bahan-bahan:
Ayam (potong 14)
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
5 senduk lada mesin
2 sudu makan sos tomato
1 biji tomato (kisar)
3 inci halia (kisar)
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 biji bawang besar Holland (2 biji) – dihiris
1 cawan air putih
Garam dan gula (secukupnya)
Gula pasir (secukupnya)
Hiasan
-daun sup/daun bawang/kacang hijau tin
Cara memasak:
1. Cuci ayam bersih-bersih, lumurkan dengan kunyit dan garam(panaskan minyak dan goreng ayam).Jangan garing sangat , nanti ayam keras.
2.Cedok minyak dari gorengan ayam tadi dalam dua senduk bawang merah, putih dan halia…. Tumis sampai colour kuning-kuning sikit.
3.Masukkan lada mesin.Kacau sampai terbit minyak masukkan sos tomato,tomato kisar.
4.Masukkan air sikit demi sedikit (api perlahan).
5.Bila dah terbit minyak masukkan, garam,gula dan masukkan ayam.Kacau rata dan masukkan bawang besar yang dah dihiris..
6.Tutup api dan taburkan bahan-bahan untuk hiasan.
Koleksi Resipi Lauk Berbuka Berasaskan Ayam. Mudah & Sedap

Koleksi resipi lauk berbuka berasaskan ayam khas untuk ibu-ibu semua yang sudah mula pening memikirkan menu. Bila bulan puasa ni, ibu-ibu pastinya asyik berfikir menu yang mudah dan sedap untuk disajikan buat keluarga. Antara lauk yang menjadi pilihan tentulah yang berasaskan ayam. Jika setiap hari masak lauk yang sama, pastinya jemu. Jadi RASA kongsikan aneka resipi lauk pauk berasaskan ayam yang sangat mudah dan sesuai masak setiap hari. Selamat mencuba.
1. AYAM BBQ MADU

BAHAN-BAHAN:
• 3 keping dada ayam | potong kecil
• 1 sudu teh serbuk bawang putih
• 1/2 sudu teh gula
• 1/2 sudu teh serbuk paprika
• 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
• Garam secukup rasa
• Minyak masak secukupnya
BAHAN SOS:
• 1/2 cawan sos BBQ | sebarang jenama
• 3 sudu makan madu
• 1 sudu makan sos tomato
• 1 sudu makan sos cili
• 2 sudu makan mentega
• 1 sudu teh serbuk bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Basuh bersih ayam dan toskan airnya. Kemudian perapkan bersama serbuk bawang putih, gula, serbuk paprika, serbuk lada hitam dan garam. Biar selama 30 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing. Guna api sederhana supaya ayam tidak hangus. Angkat dan toskan.
3. Untuk sos, satukan semua bahan dan didihkan dalam kuali menggunakan api kecil.
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul hingga semua sos sebati.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Selain goreng, ayam juga boleh dibakar pada suhu 180C selama 35-40 minit sebelum dicelup ke dalam sos dan dibakar kembali selama 5 minit.
2. AYAM HONEY MUSTARD

BAHAN-BAHAN:
• 4 keping dada ayam tanpa tulang
• 2 sudu makan minyak zaitun
• 2 sudu makan mentega
• 3 ulas bawang putih | dicincang
• 1 sudu makan Dijon mustard
• 1 sudu makan Grainy mustard
• 3 sudu makan madu
• 1/2 cawan heavy cream
• 1/2 cawan air rebusan ayam
• Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali bersama minyak dan mentega.
2. Goreng ayam hingga keperangan. Jika isi tebal, potong isi ayam supaya sedikit nipis. Angkat dan ketepikan.
3. Kecilkan api dan dengan guna kuali yang sama, tumis bawang putih hingga keperangan.
4. Tambahkan sedikit air rebusan ayam dan mustard. Kacau sebati.
5. Kemudian masukkan heavy cream, lebihan air rebusan ayam dan madu. Perasakan denagn garam serta serbuk lada hitam secukupnya.
6. Bila kuah mendidih, masukkan ayam yag telah dimasak tadi. Biarkan mereneh selama 5-10 minit sebelum diangkan dan dihidangkan.
INFO CHEF: Jikan tiada grainy mustad, boleh juga guna sos mustard biasa.
3. AYAM PANGGANG MAYONES

BAHAN-BAHAN:
• 1 ekor ayam saiz sederhana
• 1 biji bawang Holland | dipotong bulat
• 2 labu bawang putih | potong dua
• 2-3 tangkai thyme segar
BAHAN PERAPAN:
• 1 cawan mayones
• 1/4 cawan cuka epal (apple cider vinegar)
• 1 sudu makan pes cili
• 1 sudu teh sos Worcestershire
• 1/2 sudu teh jintan manis | ditumbuk
• 1/4 sudu teh emping cili
• 1/4 sudu teh serbuk cili cayenne
• Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan keringkan airnya menggunaka n tisu. Kemudian lumur garam secukupnya pada keseluruhan ayam (luar dan dalam). Perap selama 1 jam dalam peti sejuk.
2. Dalam mangkuk besar, satukan kesemua bahan perapan. Gaul rata. Ketepikan.
3. Ambil ayam tadi dan lumurkan dengan bahan perapan. Perap lagi selama 30 minit. Simpan lebihan bahan perapan dan jagan dibuang.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 210C dan sapukan sedikit minyak pada dulang pembakar.
5. Susun bawang putih, hirisan bawang besar dan daun thymedi dasar dulang dan juga di dalam perut ayam.. Letakkan ayam tadi.
6. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga ayam masak. Masa mungkin berbeza mengikut saiz ayam dan juga jenis ketuhar.
7. Sapu lebihan sos perapan pada ayam setiap 15 minit sekali.
8. Bila ayam telah masak, biarkan selama 20 minit sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Lebihan sos perapan boleh didihkan seketika dan dijadikan sos pencicah.
4. AYAM PESTO

BAHAN-BAHAN:
• 3 keping dada ayam | hiris nipis memanjang
• 2 sudu makan pesto basil
• 2 sudu makan minyak zaitun
• 2 cawan tomato ceri | dipotong dua
• Garam secukup rasa
BAHAN SOS:
• 1 sudu makan tepung gandum
• 2 ulas bawang putih | dicincang
• 1/2 sudu makan pesto basil
• 1 cawan susu cair
• Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan perapkan dengan garam serta pesto basil selama 10 minit.
2. Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masak ayam tadi hingga keperangan. Angkat.
3. Untuk sos, satukan tepung, bawang putih, pesto, susu cair, garam dan serbuk lada hitam di dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
4. Dengan menggunakan kuali gorengan ayam tadi, masukkan tomato. Tambah sedikit minyak jika perlu.
5. Bila tomato sudah mula lembut, masukkan bancuhan sos tadi. Biar hingga mendidih.
6. Masukkan kembali ayam yang telah digoreng tadi dan teruskan memasak selama 3-4 minit hingga sebati dengan kuha.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dimasak menggunakan kuali non-stick supaya sosnya tidak cepat hangus dan tidak melekat.
5. AYAM SOS BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:
• 12 ketul kepak ayam
• 10 ulas bawang putih | dipotong 2
• 1/2 cawan air rebusan ayam
• 2 sudu makan minyak masak
• 1/3 cawan sos pasta perisa Cheese & Herbs
• Secubit serbuk paprika
• Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Perapkan kepak ayam bersam agaram serta serbuk lada hitam.
2. Panaskan kuali non-stick dan masukkan 1 sudu makan minyak. Goreng kepak ayam hingga masak dan keperangan. Angkat.
3. Dengan menggunakan kuali yang sama, masukkan lebihan minyak dan tumis bawang putih hingga keperangan.
4. Masukkan kembali ayam yang dimasak tadi dan gaul rata.
5. Kemudian masukkan air rebusan ayam dan sos pasta Cheese & Herbs. Gaul sebati.
6. Kecilkan api dan biarkan kuah mereneh.
7. Tambahkan garam, lada hitam dan paprika. Gaul sekali lagi dan biar hingga kuah sedikit pekat.
8. Angkat dan hidangkan.
6. AYAM SOS CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
• 6 keping ayam (bahagian thigh)
• 2 sudu makan mentega
BAHAN SOS:
• 1 sudu makan mentega
• 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
• 12-15 biji cendawan shiitake segar | dihiris halus
• 1 tin sos pasta carbonara
• Sedikit air
• 1/4 sudu teh emping cili
• Garam secukup rasa | jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masak ayam tadi (masukkan bahagian kulit dahulu) sehingga keperangan. Angkat.
3. Letak ayam di atas dulang pembakar dan masak di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 25-30 minit hingga masak sepenuhnya. Masa mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar masing-masing.
4. Untuk menyediakan sos, cairkan mentega dan tumis bawang putih bersama hirisan cendawan hingga keperangan.
5. Masukkan sos carbonara dan sedikit air. Kacau hingga sos sebati dan tidak berketul.
6. Tambahkan emping cili dan garam jika perlu. Biarkan sos sehingga sedikit pekat.
7. Hidangkan bersama ayam yang telah siap dipanggang tadi.
7. DRUMMET AYAM SOS PERANG

BAHAN-BAHAN:
• 400gm drummet ayam
• 2 sudu makan mentega
• 6 ulas bawang putih | ditumbuk halus
• Sedikit air
• 12 biji tomato ceri | dibelah 2
• 3 sudu makan sos perang Demi-Glace
• 1/2 cawan sup cendawan segera
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dan goreng drummet ayam hingga masak dan sedikit keperangan. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang putih hingga keperangan.
3. Masukkan sedikit air dan sos perang. Kacau rata sehingga tidak berketul.
4. Bila dah sebati, masukkan sup cendawan segera. Kacau lagi hingga sos memekat.
5. Panaskan kuali dan masukkan sedikit mentega. Kemudian tumis tomato ceri hingga sedikit lembut.
6. Masukkan kembali drummet ayam dan sos perang tadi secukupnya. Gaul rata hingga bersalut sepenuhnya.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
8. AYAM PERI-PERI

BAHAN-BAHAN:
• 500gm kepak ayam | dibersihkan
• 1/2 cawan sos peri-peri
• 4 ulas bawang putih | ditumbuk halus
• 1 hiris halia | ditumbuk halus
• Sedikit garam dan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya hingga kering.
2. Dalam mangkuk besar, satukan sos peri-peri, bawang putih, halia, garam serta serbuk lada hitam secukupnya. Gaul rata.
3. Masukkan kepak ayam tadi. Lumur hingga rata dan perap selama 2 jam.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 220C selama 10 minit.
5. Susun ayam diatas dulang pembakar yang telah dialas dengan kerajang timah (aluminium foil) dan bakar selama 10-15 minit.
6. Sapu lebihan sos perapan pada ayam dan balikkan supaya ia masak secara menyeluruh. Bakar lagi selama 10-15 minit.
7. Setelah ayam keperangan dan garing, angkat dan hidangkan.
9. AYAM SOS PLUM

BAHAN-BAHAN:
• 10 ketul paha ayam
• 1 hiris halia
• Sedikit garam
• 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
• 1 sudu makan sos Worcestershire
• 2 sudu makan kicap
• 1 sudu teh minyak bijan
• 1 cawan sos plum
• 1/4 cawan air rebusan ayam
• 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Didihkan 2 liter air bersama halia dan sedikit garam. Rebus paha ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain (kecuali ayam). Kacau sebati dan biarkan mendidih.
4. Setelah sos hampir pekat, padamkan api dan masukkan ke dalam mengkuk berisi ayam yang direbus tadi.
5. Perap ayam seketika supaya rasa sos menyerap pada isinya.
6. Panaskan kuali non-stick dan susun paha ayam tadi didalamnya.
7. Masak seketika ayam sehingga sedikit keperangan. Sapu sos beberapa kali jika perlu.
8. Angkat dan boleh dinikmati.
INFO CHEF: Selain dimasak dalam kuali, ayam juga boleh dipanggang di dalam ketuhar pada suhu 180C selama 10-15 minit.
10. AYAM TERIYAKI

BAHAN-BAHAN:
• 2 keping dada ayam | potong dadu
• 100gm brokoli | potong kecil
• 1/3 biji lada benggala merah | hiris
• 1/3 biji lada benggala hijau | hiris
• 1/2 biji bawang Holland
• Sedikit air
• Sedikit bijan panggang
• 2 sudu makan air bancuhan tepung jagung | jika perlu
• 4 sudu makan sos teriyaki
• 1 sudu makan minyak bijan
• Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga keperangan. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Masak hingga layu. Angkat.
2. Dengan menggunakan kuali yang sama, goreng hirisan ayam hingga masak dan keperangan. Tambah sedikit minyak jika perlu. Angkat.
3. Masukkan brokoli. Goreng kilas hingga lembut. Angkat.
4. Seterusnya masukkan sos teriyaki dan air ke dalam kuali. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
5. Tambahkan kesemua bahan-bahan yang digoreng tadi. Gaul rata.
6. Tuang minyak bijan dan bancuhan tepung jagung jika perlu. Adun sebati dan angkat.
7. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Hidangan yang tidak pedas. Jika sukakan rasa hidangan yang pedas, tambahkan hirisan cili padi.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Almond London Sedap Tanpa Mixer & Guna Sukatan Cawan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

