Hari ni rasa nak makan ayam bakar. Tapi tak nak beli , nak cuba resipi simple yang dikongsi oleh Asrinna Bakri. Sejak mencuba resipi ni, As dah tak cari resipi lain dah. Senang nak prepare tapi hasil sangat puas hati. Dah tak payah masak lauk lain. Hidang menu ni dengan nasi panas-panas, boleh abis 1/2 ekor sorang makan. Jom check out bahan-bahan dan caranya.
AYAM BAKAR
Bahan-bahan:
½ ekor ayam – potong 2
2 inci halia
6 ulas bawang putih
Sos tiram Maggi secukupnya
Madu secukupnya
Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Lada hitam secukupnya – tumbuk kasar
2 biji ubi kentang – belah 2
1 batang lobak merah
Tomato
(sayur ni terpulang korang nak masukkan apa)
Sedikit minyak zaitun
Cara memasak:
1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus.
2. Dalam baking tray, lumurkan ayam dengan bahan tumbuk, lada hitam, maggi cukup rasa,madu, sedikit minyak dan garam.
3. Masukkan sayur-sayuran. Gaul sekali dengan bahan perapan.
4. Perap selama 30 minit ke satu jam.
5. Bakar pada suhu 200° selama 50 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing.
5. Pada 25 minit terakhir, balikkan ayam.
6. Pada 10 minit terakhir, sapukan madu pada permukaan ayam. Hasilnya, permukaan ayam akan lebih menarik.
7.Semasa menghidang, keluarkan kuah yang terhasil . Jadikan sebagai sos pencicah untuk makan bersama ayam.
Boleh juga gaulkan sedikit kuah dengan spagetti. Makan bersama ayam. Perghhh, memang sedapp sangat. Makan ngan nasi panas lagiiii sedap.
Kredit: Asrinna Bakri