Buat Serina, papanya Chef Wan adalah idola masakannya. Dua sajian raya yang biasa dihidangkan mereka adalah Ayam Berkuah Sate atau Kacang dan juga Biskut Kacang Pecan..

Ayam Berkuah Kacang dan Biskut Pecan Istimewa, Sajian Raya Serina & Papanya Chef Wan

Cerita Serina dia memang sentiasa teringat kelazatan lauk pauk dan biskut raya yang rangup dan cantik air tangan papanya. 

Ayam Berkuah Kacang dan Biskut Pecan Istimewa, Sajian Raya Serina & Papanya Chef Wan

“Famili kami memang cukup besar hampir 45 hingga 60 orang, bila dah berkumpul adik beradik dan sepupu memang meriah dengan juadah puasa dan raya. Setiap famili bawa kuih raya, lemang, rendang dan kami masak bersama. Saya hanya membawa daging untuk dimasak rendang. Tapi papa akan membuat segala kek dan biskut seperti kek oren, chocolate chip dan pecan cookies.

Ayam Berkuah Kacang dan Biskut Pecan Istimewa, Sajian Raya Serina & Papanya Chef Wan

 

IKLAN

Kami boleh juga buat tapi tak secantik rupa macam papa buat. Ayam berkuah sate atau berkuah kacang papa memang cukup wangi aromanya dan menjadi kegemaran kami sekeluarga di bulan puasa dan Hari Raya. Selain itu papa dulu rajin masak masakan Arab , Beriani , Nasi Bukhari dan Kus-kus,” imbau Serina mengenai juadah nostalgia  Hari Raya.

Ayam Berkuah Kacang dan Biskut Pecan Istimewa, Sajian Raya Serina & Papanya Chef Wan

Jom semak 2 resipi Hari Raya Serina dan papanya Chef Wan.

AYAM BERKUAH KACANG @ KUAH SATE

Ayam Berkuah Kacang dan Biskut Pecan Istimewa, Sajian Raya Serina & Papanya Chef Wan

IKLAN

 BAHAN-BAHAN : 

  • 1 ekor ayam | dipotong kecil, boleh juga digoreng separuh masak terlebih dahulu
  • 500gm kacang tanah | digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar kasar

Bahan dikisar kasar :

  • 30 tangkai cili kering | direndam air panas
  • 12 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 batang serai
  • 2.5sm halia
  • 2.5sm lengkuas
  • 8 sudu makan gula Melaka | yang telah diracik
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 8-10 sudu makan minyak panas
  • 1 cawan air asam jawa | daripada 50gm pati asam jawa
  • Garam @ garam mineral secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
  2. Apabila garing masukkan kacang tanah. Kacaukan hingga sebati.
  3. Masukkan air, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa ke dalam kuah yang semakin pekat itu.
  4. Kecilkan api dan masukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam dan kuah masak. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

BISKUT PECAN

Ayam Berkuah Kacang dan Biskut Pecan Istimewa, Sajian Raya Serina & Papanya Chef Wan

IKLAN

 BAHAN-BAHAN : 

  • 60gm mentega tanpa garam
  • ¼ cawan gula aising (serbuk)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 125gm kacang pecan | dipanggang dalam oven dan dikisar kasar
  • ½ cawan tepung gandum serba guna
  • Kacang pecan secukupnya untuk hiasan
  • Serbuk gula aising secukupnya | ditabur sebagai hiasan

CARA MEMASAK :

  1. Pukul mentega dan gula hingga ringan dan berkrim.
  2. Masukkan esen vanilla, pecan dan tepung, adunkan hingga menjadi doh.
  3. Ambil doh dan bulatkan dan susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.
  4. Leperkan sedikit dengan menekan kacang pecan di atasnya.
  5. Bakar 8 hingga 10 minit dengan suhu 175 darjah Celsius.
  6. Bila sejuk taburkan gula aising di atasnya.

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI