Ayam Betutu Bali Buat Yang Suka Masakan Pedas

Share

Ayam boleh dipelbagaikan cara masakan. Ikutlah citarasa masing-masing. Ada seiapa yang pernah makan Ayam Betutu Bali yang terkenal di Bali. Ramai yang sukakan masakan ini kerana rasanya yang pedas dan diakui sedap.

Ayam Betutu Bali


Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong-potong

Bahan kering

  • 1.5 sudu makan serbuk ketumbar
  • 2 sudu teh serbuk lada
  • Gula
  • Garam
  • Penyedap rasa

Bahan kisar

  • 25 ulas bawang merah
  • 12 ulas bawang putih
  • 40 biji cili merah-mummy guna 20 biji cili padi merah dicampur 20 biji cili padi hijau-kalau suka pedas bole guna cili padi merah saja
  • 8 biji cili merah besar
  • 5 batang serai
  • 1 cm kunyit hidup – BELI ONLINE DI SINI
  • 7 cm halia -BELI ONLINE DI SINI
  • 7 cm lengkuas
  • 7 cm kencur-tak letak sb tak ada
  • 10 lembar daun limau purut buang urat dan dihiris
  • 1 sudu makan belacan – BELI ONLINE DI SINI
  • 6 butir buah keras

Cara memasak:


1.Tumis dulu bahan kisar sampai hancur.
2.Masukkan air 1 liter
3.Bila air mendidih, masukkan ayam
4.Masukkan bahan kering ,Gula -mummy guna 4 sudu makan. Penyedap rasa -3 sudu besar secukup rasa Maggi. Tutup kuali


5.Kaup balik ayam sesekali.
6.Jika ayam belum masak air dah mengering tambah lagi air secukupnya.
7.Masak sehingga ayam empuk dan agak kering.
Biasanya orang sana masak ayam kampung atau itik seekor.

Resipi asal @banususanto dan dimasak oleh @makcikratu

INGIN DAPATKAN KUALI NON STICK? BOLEH BELI DI SINI.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri Adila Saari