Ayam Brand memperkenalkan produk terbaru yang lebih sihat dengan produk Santan Super Light baharu dengan 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar, tanpa berkompromi tetap mengekalkan rasa dan aroma kelazatan santan. Malah ia juga padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli.
Santan Super Light dari Ayam Brand ini juga bebas kolestrol berbanding yogurt dan susu biasa. Produk ini juga menjadi penyelesaian masalah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi iaitu 47.7 peratus daripada populasi golongan dewasa.
Ads
“Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat. Hasilnya ialah Ayam Brand Santan Super Light yang mengandungi 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar sementara mengekalkan rasa dan aroma yang sama tanpa kolestrol,”kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Nathan Deverre.
Menurutnya lagi ia juga tidak mengandungi bahan pengawet dan MSG dan dapat membantu menjadikan resipi tradisional lebih sihat selain menambah citarasa tempatan.
Dalam pada itu, pakar nutrisi, Shermin Low berkata kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa lemak kelapa mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs) yang digunakan secara langsung dalam tubuh manusia untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan tenaga dan menambahbaik imunisasi.
Tambahnya, pengambilan dan pemilihan ramuan makanan yang betul secara sederhana merupakan kunci utama dalam memastikan tahap kolesterol setiap orang berada pada tahap yang sebaiknya.
Ads
“Produk seperti Ayam Brand Santan Super Light dapat memberi manfaat kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya hidup sihat,”katanya.
Chef Syafiq Othman turut menunjukkan demonstrasi masakan menggunakan Santan Super Light dengan menu Gulai Mackerel dan minuman Matchs Santan Boba Tea di majlis pelancaran yang berlangsung di Giant Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.
Ads
Ayam Brand Santan Super Light didatangkan dengan kotak tetra pek 330ml dengan harga RM3.10 sepeket namun pengguna boleh mendapatkan harga promosi RM2.95 di mana-mana rangkaian Pasaraya Giant sehinga 31 Oktober.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Menu yang menjadi kegemaran serta kesukaan ramai. Masak Lemak sememangnya lauk pujaan. Jika digandingkan dengan aneka ulam-ulaman dan juga sambal belacan, mak mertua lalu pun tak perasan. Untuk hidangan ini, selain ikan talang, boleh juga menggunakan ikan masin lain mengikut kesesuaian hidangan. Jom cuba!
GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN TALANG
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang santan pekat. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Buat nasi goreng tapi selepas beberapa jam hidangan dah basi. Tapi hairannya nasi putih yang sama tak dimasak elok saja.
Masak nasi goreng ini memang mudah tapi untuk pastikan ia tahan lama ada beberapa perkara yang perlu dilakukan ketika mengggoreng. Ia penting terutama jika menyediakan nasi goreng dalam kuantiti yang banyak.
Tip ini dikongsi oleh peniaga Cik Ijan yang mengambil tempahan makanan dalam satu hantaran media sosial di sebuah grup masakan popular. Ia dipelajari daripada pengalaman beliau yang baru mengalami situasi nasi goreng basi selepas beberapa beberapa jam disiapkan.
“Kecewanya hati, 7 pagi siap masak. 9 pagi hantar, 11 pagi dah basi.
“Selepas diselidik silap saya tak goreng dengan api besar sampai naik asap dan tak goreng nasi hingga garing.
“Bahan rencah semua saya goreng garing dengan api besar. Masa nak masukkan nasi,saya kecilkan api dan gaul rata sahaja tak buka api besar. Rugi modal, masa dan tenaga.Pengalaman untuk saya, 5kg beras bazir.
Pesannya bagi memastikan nasi goreng tahan lama pastikan ia digoreng dengan cara berikut;
Lebihan nasi sejukni banyak gunanya. Salah satunya yang paling best ialah tosei homemade. Maklumlah, kalau nak hangatkan balik, kurang berselera. Bahkan guna bahan ni, boleh juga dijadikan nasi goreng, apam dan sebagainya. Semuanya sedap, membuka selera dan anda boleh sediakan untuk keluarga. Tak perlu dah beli di kedai. Anda boleh buat sendiri. Jom cuba resipi perkongsian saudari Norharyani Mujor Nonie ni! Sesuai sangat dinikmati sewaktu sarapan.
RESIPI TOSEI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan air
1 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar halus.
2. Tuang sedikit bahan kisar tadi ke dalam mangkuk dan masak menggunakan kuali tak melekat ( non stick pan).
3. Setelah adunan masak, angkat dan nikmati bersama kari atau apa juga kuah kegemaran anda.
Info: Adunan tidak perlu diperam terlebih dahulu kerana ia tidak menggunakan yis sebaliknya menggunakan baking powder.