Ayam Brand Melancarkan Santan Super Light, 75 Peratus Kurang Lemak.

Share

Ayam Brand memperkenalkan produk terbaru yang lebih sihat dengan produk Santan Super Light baharu dengan 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar, tanpa berkompromi tetap mengekalkan rasa dan aroma kelazatan santan. Malah ia juga padat dengan keenakan dan kebaikan berkrim santan asli.

Santan Super Light dari Ayam Brand ini juga bebas kolestrol berbanding yogurt dan susu biasa. Produk ini juga menjadi penyelesaian masalah rakyat Malaysia yang mempunyai tahap kolestrol yang tinggi iaitu 47.7 peratus daripada populasi golongan dewasa.

“Kami mengambil inisiatif untuk menghasilkan santan yang lebih ringan supaya lebih ramai orang boleh menikmati pelbagai makanan menggunakan bahan yang lebih sihat. Hasilnya ialah Ayam Brand Santan Super Light yang mengandungi 75 peratus kurang lemak berbanding santan segar sementara mengekalkan rasa dan aroma yang sama tanpa kolestrol,”kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Nathan Deverre.

Menurutnya lagi ia juga tidak mengandungi bahan pengawet dan MSG dan dapat membantu menjadikan resipi tradisional lebih sihat selain menambah citarasa tempatan.

Dalam pada itu, pakar nutrisi, Shermin Low berkata kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa lemak kelapa mengandungi Medium Chain Triglycerides (MCTs) yang digunakan secara langsung dalam tubuh manusia untuk menghasilkan tenaga, meningkatkan metabolisme, memberikan tenaga dan menambahbaik imunisasi.

Tambahnya, pengambilan dan pemilihan ramuan makanan yang betul secara sederhana merupakan kunci utama dalam memastikan tahap kolesterol setiap orang berada pada tahap yang sebaiknya.

“Produk seperti Ayam Brand Santan Super Light dapat memberi manfaat kepada pengguna yang mahu mengekalkan tahap kesihatan dan gaya hidup sihat,”katanya.

Chef Syafiq Othman turut menunjukkan demonstrasi masakan menggunakan Santan Super Light dengan menu Gulai Mackerel dan minuman Matchs Santan Boba Tea di majlis pelancaran yang berlangsung di Giant Bandar Kinrara, Puchong, Selangor.

Ayam Brand Santan Super Light didatangkan dengan kotak tetra pek 330ml dengan harga RM3.10 sepeket namun pengguna boleh mendapatkan harga promosi RM2.95 di mana-mana rangkaian Pasaraya Giant sehinga 31 Oktober.

Published by
Faridah Talib