Makan

Ayam Butter Cheese, Lauk Kegemaran Ramai

Share

Ayam Butter Cheese memang antara lauk kegemaran ramai sebab nak buatnya memang mudah dan sedap. Malah lauk ini sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Nak lagi sedap, gunakan Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna. Untuk menambah aroma dalam hidangan, gunakan Anchor Unsalted Butter. Pasti puas hati dengan hasilnya. Selamat mencuba!

AYAM BUTTER CHEESE

Bahan-bahan:

  • 2 keping dada ayam | dipotong kiub, digaul bersama kunyit dan garam
  • 3 sudu besar Anchor Unsalted Butter
  • 50gm Perfect Italiano Mozzarella
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 ulas bawang putih | kisar
  • 5 biji cili padi | kisar
  • 2 batang serai | kisar
  • ¼ cawan Fernleaf Greek Style Yogurt Natural
  • ½ cawan air
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits

 

Cara Memasak:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter, gorengkan ayam yang telah digaul bersama kunyit dan garam sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tumiskan daun kari dan bahan kisar. Masukkan air dan biarkan mendidih seketika..
  3. Masukkan ayam serta Fernleaf Greek Style Yogurt Natural lalu kacau rata.
  4. Tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella, kacau perlahan sehingga keju cair dan sebati dalam kuah.
  5. Siap untuk dihidang. Enak dinikmati bersama Fernleaf Greek Style Yogurt Drink Tropical Fruits.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma