Ayam buttermilk yang sedap ini mudah saja cara penyediaannya. Musim cuti sekolah begini, tentu ramai mak yang pening memikirkan apa hidangan untuk dimasak kepada anak-anak di rumah.
Anak-anak pula kebanyakannya memang suka makan ayam. Tapi kalau asyik masak ayam goreng saja pun bosan juga. Nak juga variasikan masakan.
Resepi ayam buttermilk ini pastinya menjadi kesukaan anak-anak kerana rasanya yang lemak manis. Memang sedap. Bukan saja anak-anak, orang dewasa pun turut menyukaikan.
Jom semak bahan-bahan dan cara membuat ayam buttermilk yang sedap ini oleh puan Ummi Azilla
BAHAN-BAHAN AYAM BUTTERMILK:
3 ketul ayam bahagian dada – dipotong kecil sebesar ibu jari
BAHAN PERAP:
1/2 cawan tepung Bistari
1 biji telur
Sedikit air (secukupnya)
BAHAN SALUT:
1 cawan tepung Bistari
1/2 cawan tepung beras
Ads
1/2 cawan tepung jagung
1/3 sudu teh garam
1/3 sudu teh serbuk cili
BAHAN UNTUK KUAH AYAM BUTTERMILK:
4 sudu makan buttercup@ 125gram
2 tangkai daun Kari
Ads
1 tin susu cair
7 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
2 labu bawang besar – dihiris halus
1sudu teh garam atau secukupnya
1/3 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan gula perang
Ads
Sedikit serbuk Maggi Cukup Rasa
1 Sudu makan tepung gandum – bancuh dengan 200ml air
10 biji cili padi – ditumbuk kasar (pilihan)
CARA MEMASAK:
1.Ayam yang telah dipotong kecil tadi diperap dengan bahan perap selama 1 jam, kemudian digaul @ disalut dengan bahan salut dan digoreng hingga keperangan, angkat dan toskan. Ketepikan.
2.Cairkan mentega, tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan daun Kari sehingga keperangan.
Masukkan susu cair, garam, gula dan Maggie cukup rasa, Kacau hingga sebati.
Masukkan tepung jagung, Kacau sehingga likat.
Angkat, tuangkan di atas ayam goreng tadi, siap untuk dihidang.
Selamat mencuba.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Helena Rizanie, atau lebih dikenali sebagai through_helenaeyes sering berkongsi resipi masakan beserta teknik dan cara masakan yang ringkas dan mudah diikuti menerusi laman sosial miliknya. Menurut Helena dia tidak menyangka hobi memasak dan mengambil gambar masakannya mendapat perhatian media sosial malah peminatnya bertambah dari hari ke hari.
“Saya memang gemar memasak sejak kecil, pertama kali memasak pada usia 12 tahun dan resipi pertama pada ketika itu adalah sambal kentang. Mula membabitkan diri dalam laman sosial Instagram sejak 2015.”
“Arwah emak dan kakak memuji masakan saya. Sejak itu, jika letih atau kesuntukan masa, mereka akan meminta saya masak,” katanya. Jelasnya lagi, pujian daripada keluarga seakan jadi motivasi buat dirinya untuk belajar memasak dengan lebih mendalam.
“Saya memilih platform di IG kerana mudah berinteraksi dengan pengikut yang kebanyakannya dari pelbagai peringkat usia. Dengan kemudahan media sosial yang ada, niat saya mahu berkongsi dan bertukar ilmu lebih mudah dan cepat.
Setiap hari berkongsi resipi berlainan.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia lebih bersemangat menjadikan through_helenaeyes sebagai rujukan pengikut selepas mendapat inspirasi daripada rakan blogger dan rakan di IG yang berkongsi minat sama.
“Seronok apabila kita saling tukar resipi dari pelbagai negara dan budaya. Selain itu kita banyak belajar ilmu baru dan mendidik lelaki dan wanita supaya lebih gemar memasak sendiri berbanding makan di luar kerana lebih berkat dan terjamin.
“Memasak adalah perkara yang menyeronokkan kerana kita akan merasa lebih puas dengan hasil air tangan sendiri. Sedap atau tidak adalah perkara kedua yang penting usaha,” katanya. Sehingga kini, Helena telah memasak ratusan jenis masakan termasuk dalam dan luar negara selain pelbagai jenis manisan serta kuih muih.Lebih menarik, semua gambar yang dimuat turun adalah hasil kerja tangannya yang nampak ‘mahal’ dan sempurna.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Helena Rizanie dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Khas buat para pembaca, beliau juga kongsikan tujuh resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
BERGEDIL TAUHU POH BERSAMA SAMBAL PENYET
BAHAN-BAHAN:
300 gr (3 peket) tauhu poh
3 ketul besar kentang
200 gr minced beef
Daun sup |hiris halus
Daun bawang, |hiris halus
2 bawang putih |haluskan
3 sudu makan bawang goreng
Lada hitam secukupnya
gula garam secukupnya
3 biji telur |untuk saduran
CARA MEMASAK:
Rebus kentang sehingga lembut dan lenyekkan.
Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan daging, lada gula dan garam secukupnya.
Masak sehingga air daging kering.
Masukkan daging tumis kedalam mangkuk kentang lenyek tadi dan masukkan daun sup daun bawang dan bawang goreng, gaul sebati.
Gunting sedikit tauhu poh di bahagian atas, dan sumbat inti kentang sehingga padat.
Sadurkan tahu poh kedalam telur dan goreng dengan minyak yang panas sehingga garing.
SAMBAL PENYET:
BAHAN-BAHAN:
8 cili padi merah
3 cili merah besar
3 bawang merah
2 bawang putih
1 cm belacan
garam gula secukupnya
1 biji limau kasturi, opsyenal
CARA MEMASAK:
Goreng cili dan bawang sehingga layu.
Tumbuk kasar, tambahkan belacan, garam dan gula.
Perahkan limau jika suka.
KUEH SERABAI UTARA
BAHAN SERABAI:
1 cawan tepung beras
1/4 cawan nasi
1 cawan santan cair
1/4 cawan air suam
1/2 sudu teh yis
1 sudu makan gula
sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan air suam dan yis dan diamkan selama 5 minit.
Kisar nasi dengan air, garam, gula dan santan cair.
Kemudian campurkan tepung beras bersama nasi yang dikisar, kacau sebati dan masukkan yis. Perap selama 2 jam.
Sapu sedikit minyak pada acuan. Bakar atas api selama 10-15 minit.
BAHAN KUAH:
1 cawan santan pekat
1/4 cawan air
1/2 sudu makan tepung jagung
1 helai daun pandan
1 biji telur
sedikit garam
1 keping gula melaka
CARA MEMASAK:
Satukan tepung jagung dan air. Kacau rata.
Kisar sekejap telur dan santan. Kemudian masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak dengan api perlahan sehingga gula melaka larut dan sedikit pekat.
Tips:
Boleh tambahkan durian pada kuah untuk menambah perisa.
AYAM PANDAN THAI
BAHAN-BAHAN:
daun pandan
350 gm dada ayam, potong dadu besar
BAHAN PERAP:
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
3 cmhalia
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap masin
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh lada putih
1 biji limau
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Haluskan bawang putih, halia dan bawang merah.
Gaulkan ayam dengan bahan perap, biarkan selama 1jam.
Balut ketulan ayam dengan sehelai daun pandan.
Cucuk dengan pecungkil gigi untuk mengelakkan daun terbuka.
Kukus selama 10 minit.
Angkat dan sejukkan sekejap.
Goreng dengan minyak panas (tak perlu goreng terlalu lama)
Hidangkan dengan cili thai atau cili kicap bawang.
APAM TEMBIKAI
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
200 gm gula
250 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam
200 ml susu segar
1/2 sudu teh ovalet
Chocolate rice
Pewarna merah dan hijau
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan, mixer dengan kecepatan tinggi sehingga putih gebu.
Lebih kurang sehingga 10minit.
Bagi 3 adunan sesuai warna, merah, putih dan hijau.
( Lebihkan warna merah dan gaul rata dengan chocolate rice)
Masukkan ke dalam piping bag.
Letak adunan merah sehingga 2/3 cup, tuang sedikit adunan putih, tutup dengan adunan hijau.
Kukus 10-15 minit dengan api besar.
KUE SURI PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
6 gm yis segera
125 ml air suam
100 gmtepung gandum
5 biji telur
4 biji kuning telur (kuningnya sahaja)
250 gm gula kaster
75 gm mentega cairkan
120 ml susu pekat manis
CARA MEMASAK:
Campurkan air dan yis dalam 1 bekas, kacau rata. Kemudian masukkan tepung gandum kacau lagi sehingga adunan tak berbiji-biji.
Diamkan selama 30 minit (atau sehingga mengembang)
Apabila sudah mendekati 30minit, siapkan bahan telur.
Kacau telur dan gula dengan whisk sampai gula larut.
Masukkan butter yang sudah cair, kacau dan masukkan susu pekat manis, kacau kembali.
Tambahkan adunan tepung yang telah mengembang kedalam adunan telur, kacau rata sebati.
Siapkan loyang, sapu majerin dan taburkan sedikit tepung gandum.
Tapis adunan dan tuang kedalam loyang.
Diamkan selama 1 jam sehingga permukaan adunan keluar gelembung kecil.
Panaskan ketuhar dengan api bawah 160′-170 dan bakar selama 1jam.
Makan Nasi Khoa Mok ni dengan ayam goreng. Cicah pula dengan sos masam manis ni memang ngam sangat dengan nasi Khoa Mok. From Thailand with love! Nasi Khao Mok Thai ni bukan main sedap lagi, bukan sekadar nasi biasa. Rasa pedas-pedas yang pasti buat anda berpeluh.
Nasi Khao Mok
BAHAN-BAHAN NASI:
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar | dicincang
1 inci halia | dicincang
3 batang akar ketumbar
1 sudu besar serbuk daging
½ sudu besar rempah ketumbar
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk kunyit
4 cawan air
3 cawan beras basmathi
1 cawan susu cair
BAHAN-BAHAN AYAM:
½ ekor ayam
1 sudu besar bawang merah | dikisar
1 sudu besar bawang putih | dikisar
1 sudu besar halia | dikisar
3 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar rempah ketumbar
Sedikit garam
2 sudu besar tepung beras
BAHAN-BAHAN SOS THAI:
½ cawan sos thai
6 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dicincang
3 sudu besar sos ikan
1 pokok daun ketumbar
¼ cawan air
CARA MEMBUAT:
1.Panaskan kuali dengan mentega, tumis bahan kisar dan akar ketumbar.
2.Masukkan rempah-rempah ni baru sedap. Serbuk ketumbar, serbuk kurma, serbuk kari
dan serbuk kunyit.Tumis hingga pecah minyak.
3.Masukkan beras yang dibasuh.Masukkan air, susu cair dan gaul rata.
4.Kacau sekejap dan tutup dan biar nasi masak.
5.Kemudian perap ayam tepung beras, serbuk ketumbar, bahan kisar, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam.
6.Gaul bahan-bahan ini dan perap seketika lebih kurang 30 minit.
7.Goreng hingga garing.
8. Untuk sos, kisar bawang putih, cili padi, daun ketumbar, sos cili thai , sos ikan
dan sedikit air.
9. Siap, dah boleh hidangkan nasi Khao Mok Thai.
Ayam goreng kunyit ni kira kesukaan anak anak termasuklah bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap! Mudah saja membuatnya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Haja Saleh.
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Cara memasak:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah kisar agak halus bahan di atas,boleh masak sekejap atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siap untuk dimakan. Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.