Makan

Ayam Cili Padi Pedas Tomyam. Resipi Ringkas, Mudah Masak

Share

Sedapnya menu Ayam Cili Padi Pedas Tomyam ni. Masak guna pes tomyam je. Kalau nak tahu, pes tomyam tidak semestinya digunakan untuk masak tomyam sahaja. Ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai masakan lain dan dijadikan rencah. Memang wangi dan pecah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mazliza Ahmad ni. Anda pasti sukakannya.

CARA MASAK AYAM CILI PADI PEDAS TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam – potong kecil, lumur garam & kunyit. Goreng hingga masak.
*30 tangkai cili padi hijau & merah ( campur-campur)
*1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
1 sudu makan pes tomyam
1 batang serai
5@6helai daun limau purut
1/2 biji tomato – hiris nipis
Garam dan perasa secukupnya
1 biji bawang besar – hiris bulat

CARA MEMASAK:
1. Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda (*).
2. Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan serai dan daun limau purut. Gaul rata.
4. Seterusnya masukkan pes tomyam dan tomato. Masak hingga sambal agak garing. Pastikan tomato hancur dalam sambal.
5. Perasakan dengan garam serta perasa dengan secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng serta hirisan bawang besar. Gaul rata hingga bawang sedikit lembut.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Elina