
Hari ni kita terbang ke Indonesia. Buat menu ni pasti ramai yang suka.Siapa yang suka sambal yang pedas kena buat ayam gepuk ala pak gembus ni. Sambal gepuk ni memang tidak dimasak. Kalau tak nak pedas, kurangkan cili lebihkan kacang, begitu juga sebaliknya. Nak pedas lebihkan cili.Nak hidang, ketuk ayam dengan lesung dan letak kubis,,timun,tempe dan tauhu.
AYAM GEPUK ALA PAK GEMBUS

Bahan-bahan:
Ayam bahagian whole leg
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Kunyit hidup atau kunyit serbuk
Daun salam/bay
Garam
Serbuk perasa
Cara membuat:
1.:: Bahan di atas ni,, (halia,bawang putih,lengkuas,kunyit) tumbuk ye. Lepas tu rebus bersama air. Konsepnya macam buat ayam penyet dan rebus hingga betul-betul terasa bahan-bahan tu, lepas ayam dah masak, terus goreng.

Sambal
Bahan-bahan:
Cili padi (agak-agak nak pedas tahap mana nak cantik rupa sambal campur cili padi hijau and merah baru cantik)
Kacang gajus (inilah rahsia sedap sambal)
Minyak bijan (titis je)
Bawang putih
Minyak panas mendidih secukupnya(saya guna minyak goreng ayam tu)
Garam dan perasa
:: Rahsianya pada kacang gajus and minyak bijan.
Cara membuat:
1.Tumbuk atau lenyek bahan-bahan di atas, saya guna lesung kemudian tuang minyak panas.
Kredit: Eemaa Ramli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Mudah Perap & Masak Ayam Berempah Yang Sedap.

Menu Ayam Goreng Berempah ni nampak mudah tapi untuk dapatkan serat-serat yang rangup dan bergumpal tu kena ada cara dan tekniknya. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Tengku RosElyza Raja Muhammad ni. Selamat mencuba.
CARA MASAK AYAM GORENG BEREMPAH YANG SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam potong – potong 12-14
- 3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
- 2-3 sudu makan emping cili (chili flakes)
- 1-2 sudu makan tepung beras @ tepung jagung (pilih salah satu sahaja)
- Serbuk kari daging (agak-agak)
- Daun kari secukupnya
- Kiub pati ayam @ garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
BAHAN KISAR:
- 7-10 batang serai
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1-2 inci halia
BAHAN KISAR KASAR:
- 2 sudu makan jintan manis – sangai terlebih dahulu
- 2 sudu makan jintan putih – sangai terlebih dahulu
- 1 sudu makan ketumbar – sangai terlebih dahulu
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan yang perlu dikisar. Kemudian satukan semua bahan dan gaulkan bersama ayam.

2. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam. Namun jika nak cepat, tidak perlu perap.

3. Panaskan minyak yang banyak dengan api besar. Goreng ayam yang diperap tadi.
4. Bila ayam dah kelihatan masak, perlahankan api. Bila warnanya dah kelihatan coklat dan rempah garing, bolehlah diangkat.

5. Toskan minyaknya dan sedia untuk dinikmati.
Kredit Resipi & foto: Tengku RosElyza Raja Mohammad
Kari Ayam Briyani Lazat Tak Terkira, Resipi Yang Harus Dicuba!

Keenakan lauk kari ni, memang berbeza daripada lauk berkuah yang lain. Mana yang suka pekat, akan kurangkan air dalam masakan.
Kali ini, kita kongsikan resipi kari ayam briyani daripada Khairul Hakimin Muhammad.
Resipi yang diperoleh daripada ibunya, kelazatan kari ayam briyani ini memang luar biasa dan berbeza dengan kari ayam yang lain. Boleh makan dengan nasi putih gitu je tau.
KARI AYAM BRIYANI

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (dilumur dengan kunyit siap-siap lepas basuh)
20 biji bawang merah kecil – beli online di sini
2 helai daun bay
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga – beli online di sini
2 batang kayu manis – beli online di sini
2 tangkai daun kari
Sedikit air dan garam
TONTON Spageti Rendang Daging
BAHAN PERAPAN:
3 sudu besar rempah kari ayam/daging – beli online di sini
2 sudu besar serbuk cili – beli online di sini
1 senduk plain yogurt
3 sudu besar jintan manis (dikisar halus)
2 sudu besar biji ketumbar (dikisar halus)
3 biji bawang putih ditumbuk lumat – beli online di sini
2 inci halia ditumbuk lumat – beli online di sini
1 tangkai daun ketumbar
5-7 helai daun pudina
TONTON Ayam Masak Bali, Enak & Membuka Selera
CARA MASAK:
1. Satukan semua bahan perapan. Gaul rata.
2. Kemudian perap dalam 30 minit.


3. Gunakan periuk rata. Isikan minyak dan panaskan
4. Masukkan daun kari, daun bay, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sampai naik bau.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

5. Dah semua wangi. Masukkan bawang merah kecil yang telah dihiris nipis. Tumis sampai bawangnya layu.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Sebelum nak masukkan ayam, masukkan 1 cawan air dalam perapan tadi. Kacau rata.
7. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam periuk rata. Kacau rata.

8. Kemudian tambah lagi 1 cawan air. Saya guna mangkuk bawang tu ada lebihan bawang tertinggal hahaha. Ingat dia tak perlu berkuah sangat ok. Pekat pekat manja ja gitu.

9. Dah pecah minyak, masukkan garam.

10. Siap sudah semuanya. Nak kasi lagi umphhhh masukkan daun ketumbar. Tutup api. Siap!

Kredit resipi: Khairul Hakimin Muhammad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Lengkap Rasa Masam Manis Pedas, Kena Cuba Resipi Ayam Masak Thai!
https://www.rasa.my/suka-makan-mangga-boleh-cuba-4-resipi-mudah-sedap/
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
9 Resipi Sate Penambat Selera. Yang No 5 Wajib Cuba. Sedap!

Tidak lengkap rasanya majlis rumah terbuka tanpa adanya hidangan sate. Selain menjadi kegemaran ramai, menu ini juga mudah disediakan dan boleh disediakan awal. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas.
1. SATE AYAM


BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dibersihkan
- 5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
- 15 ulas bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
- 7 batang serai
- 2cm kunyit hidup
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 150gm gula
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
2. Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
3. Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
4. Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Jika suka sate yang lebih pedas, tambah bilangan cili kering.
2. SATE DAGING


BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging batang pinang | dihiris nipis
- 30 ulas bawang merah | dikisar
- 15 ulas bawang putih | dikisar
- 20 tangkai cili kering | dikisar halus
- 5cm kunyit hidup | dikisar halus
- 3 batang serai | dikisar halus
- 3cm lengkuas | dikisar halus
- 3cm halia | dikisar halus
- 3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
- 3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
- 3 sudu makan gula
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak sapi | dicairkan
- 1 batang serai | dititik
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
2. Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
3. Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
4. Sedia dinikmati.
Info chef: Minyak masak boleh digunakan bagi menggantikan minyak sapi.
3. SATE HATI DAN PEDAL


BAHAN-BAHAN:
- 250gm hati ayam | dipotong dadu
- 250gm pedal ayam | dihiris kecil
- 50gm cili kering | dikisar
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 17 ulas bawang merah | dikisar
- 3cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 4 sudu makan serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hati dan pedal ke dalam bekas. Kemudian gaulkan bersama serbuk kunyit, garam dan gula dengan secukupnya.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Gaul rata dan perap selama satu jam.
3. Cucuk hati dan pedal hingga habis dan bakar hingga masak.
4. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Sebaiknya hati dan pedal dicucuk pada lidi secara berasingan kerana pedal mengambil masa yang lebih lama untuk masak.
4. SATE IKAN


BAHAN-BAHAN:
- 1kg isi ikan dori sejuk beku | di nyahbekukan
- 10 ulas bawang merah | dikisar
- 1 ulas bawang putih | dikisar
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 5 sudu makan gula perang
- 1 sudu teh jintan manis | dikisar
- 1 sudu teh jintan putih | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 4cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- Garam secukupnya
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Ikan dori dihiris nipis dan digaul bersama garam, gula perang serta serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan bahan kisar. Ratakan dan perap selama 30 minit.
3. Cucuk isi ikan pada lidi dan bakar hingga masak.
4. Sedia untuk dihidangkan buat tetamu yang bertandang.
Info chef: Elakkan menghiris isi ikan dengan terlalu nipis kerana sate akan menjadi terlalu kering.
5. SATE KAMBING


BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing | dihiris nipis
- 10 ulas bawang putih | dikisar
- 20 ulas bawang merah | dikisar
- 3cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 4cm halia | dikisar
- 3 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh jintan manis
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing, serbuk kunyit dan jintan mans ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan gula serta garam dengan secukupnya. Biarkan selama 20 minit.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Gaul sekata dan perap lagi selama satu jam.
4. Cucuk daging kambing pada lidi dan bakar hingga masak.
5. Angkat dan nikmati bersama kuah kicap pedas.
Info chef: Guna daging yang sedikit berlemak untuk mendapatkan rasa sate yang berjus dan enak selepas dibakar.
6. SATE LILIT


BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi ayam kisar
- 1 biji cili merah | dicincang
- 1 biji putih telur
- 2 sudu makan daun bawang cincang
- 2 sudu makan daun ketumbar cincang
- 2 helai daun limau purut | dihiris nipis
- 1 sudu makan sos ikan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
- 1 sudu makan tepung jagung
- Serai secukupnya | dibersihkan
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ayam ke dalam mangkuk dan tambahkan putih telur, tepung jagung, sos ikan, garam dan juga serbuk lada sulah. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan cili merah, daun bawang, daun ketumbar dan daun limau purut. Gaul lagi hingga semua bahan sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian kecil dan kepalkan pada batang serai dengan kemas.
4. Sapukan sedikit minyak masak pada pemanggang dan bakar sate lilit hingga masak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Jika mahukan sate yang lebih harum, serai boleh dibelah dua sebelum dikepal dengan adunan ayam cincang.
7. SATE PADANG


BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging | dihiris nipis
- 800 ml air
- 4 batang serai | dihiris nipis
- 2 helai daun kunyit | dipotong kecil
- 5 helai daun limau purut
- 85gm tepung beras | dilarutkan dengan sedikit air
- 2 sudu makan tepung kanji | dilarutkan dengan sedikit air
- Lidi sate secukupnya
BAHAN KISAR:
- 12 ulas bawang merah
- 7 ulas bawang putih
- 7 biji cili merah
- 4 biji cili api
- 1 sudu teh biji ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 5cm kunyit
- 4cm halia
- 2cm lengkuas
- Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan masukkan daging dan rempah yang dikisar. Biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan daun kunyit, serai dan daun limau purut. Masak hingga rempah sebati dan kelihatan masak.
3. Toskan daging, cucuk pada lidi dan bakar sehingga masak.
4. Panaskan air rebusan daging dan tambahkan bancuhan tepung beras dan kanji. Kacau hingga sebati dan kelihatan sedikit likat. Perasakan dengan garam dengan secukup rasa.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Guna daging batang pinang bagi mendapatkan sate yang lembut.
8. SATE TULANG


BAHAN-BAHAN:
- 1 kg rangka ayam | dipotong kecil
- 8 ulas bawang merah | dikisar halus
- 5 ulas bawang putih | dikisar halus
- 3cm lengkuas | dikisar halus
- 3 batang serai | dikisar halus
- 3cm halia | dikisar halus
- 3cm kunyit | dikisar halus
- 2 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
- 2 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
- 2 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
- 3 sudu makan gula merah
- Garam dan gula putih secukup rasa
- Sedikit minyak masak
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Gaul rangka ayam bersama gula merah, gula putih dan garam secukup rasa. Biarkan seketika,
2. Kemudian masukkan bahan-bahan sangai dan dikisar halus. Gaul rata dan perap selama 2 jam.
3. Cucuk tulang ayam pada lidi dengan kemas dan bakar sehingga masak dan kelihatan garing.
4. Sesekali, sapukan sedikit minyak bagi mengelakkan isi ayam menjadi terlalu kering.
5. Sedia untuk dihidangkan.
9. SATE PERUT


BAHAN-BAHAN:
- 1kg perut lembu | direbus empuk
- 200 gm bawang merah | dikisar
- 6cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 5 cm halia | dikisar
- 2 sudu teh jintan manis | dikisar
- 2sudu teh ketumbar | dikisar
- 2 labu bawang putih | dikisar
- 6 sudu makan serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Perut lembu yang telah empuk dihiris bentuk empat segi kecil. Ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan kisar di dalam bekas. Gaul rata. Kemudian masukkan perut lembu tadi. Gaul sehingga semua rempah sebati.
3. Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul lagi hingga bahan perasa menjadi rata. Biarkan selama 1 jam.
4. Cucukkan perut pada lidi sate dan bakar hingga masak.
5. Sedia untuk dinikmati.
Info chef: Cuci perut menggunakan kapur makan bagi membuang bau serta kotoran dan bilas hingga bersih sebelum direbus.

