Ayam Goreng Bawang Putih, Goreng Sampai Garing, Wangi Aromanya

Share

Ayam goreng bawang putih ini memang tular dan telah ramai yang berkongsikan resipi cara membuatnya. Resipi mudah, namun hasilnya memang sama sekali tidak mengecewakan. Kalau ada yang tak ada idea untuk  menu bersahur atau berbuka, boleh cuba ayam goreng ini.

Penggunaan banyak bawang putih ketika menggoreng itulah yang menyebabkan rasa ayam goreng ini lebih sedap dan memberikan aroma yang wangi. Rasanya rangup di luar lembut dan berjus di dalam. Beberapa ulas bawang putih masih berkulit yang dimasukkan ketika digoreng juga memang sedap dimakan.

Kali ini, kita ikuti pula cara membuat ayam goreng viral ini yang dikongsikan oleh Novelis Affieyza Isahak. Memang menarik. Makan begitu saja pun dah sedap. Jom kita cuba.

BAHAN-BAHAN:

Ayam yang telah dipotong dan dicuci

2 sudu sos tiram – Boleh beli online di sini

Kiub pati ayam – Boleh beli online di sini

Serbuk perasa 

Gula

2-3 sudu tepung ubi – Boleh beli online di sini

Bawang putih

BAHAN KISAR

1 butir telur*

1 biji bawang merah besar* – Boleh beli online di sini

3 ulas bawang putih* – Boleh beli online di sini

1 inci halia* – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Masukkan kesemua bahan bertanda * di atas ke dalam pengisar dan kisarkannya.

Kemudian, curahkan bahan kisar tadi ke atas ayam.

Campurkan pula dengan sos tiram.

Cairkan kiub pati ayam. Anggarkan ikut banyak kuantiti ayam. 

Gaulkan semua bahan tadi dan masukkan tepung ubi. 

Ratakan pada ayam dan perap seketika. Lagi lama perap lagi bagus.

Kemudian, ayam tadi digoreng seperti biasa. Semasa balikkan ayam, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.

Boleh digoreng dua kali untuk lebih kerangupan. Tapi, saya goreng sekali sahaja sehingga betul-betul garing.

Ayam dah masak elok dan garing, bolehlah diangkat dan sedia untuk dhidangkan.

Kredit: Novelis Affieyza Isahak

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Fazida