Ayam goreng bawang putih ini harum baunya. Rasanya pun sedap. Tambahan lagi bila makan bawang putih tu dengan nasi putih nanti. Sedap bawang putih tu..kriuk kriuk bunyinya bila digigit.
Menurut puan Mizah Ngatiman yang berkongsi resipi ini, dia belajar masakan ini daripada mak mertuanya. Bolehlah korang semua cuba pula ye. Bahan yang diperlukan juga tak banyak.
Ayam goreng sememang menjadi kesukaan ramai. Namun lebih enak jika dihidangkan berkuah seperti menu ayam goreng cili halia masam manis ini. Boleh dihidang untuk makan bersama keluarga. Jika anda tidak suka pedas boleh kurangkan kuantiti cili yang digunakan.
AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS
Bahan-bahan : 1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan 3 biji bawang merah (sederhana besar) 2 biji bawang putih 1 inci halia 1/2 inci belacan 4 biji lada merah 6 biji cili padi 1 atau 2 keping asam keping 1 sudu teh sos tiram 1 sudu teh cuka 1 sudu teh sos ikan 1 batang serai- diketuk Hirisan bawang besar Minyak untuk menggoreng Garam gula / gula merah (jika suka)
Cara memasak: 1.Kupas dan kisar (saya tumbuk jangan lumat sangat) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan. 2.Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau. 3.Masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu teh saja dan sedikit gula merah.
4.Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi.
5.Goreng sampai naik bau. Kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu dan boleh padamkan api.
Selamat mencuba.
Kredit: angelic.argan
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK , BOLEH LIHAT DI SINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rasa Masak Live Ramadan Special dah pun masuk minggu kedua. Bersiaran dari khamis hingga sabtu sepanjang Ramadan, jam 12 tengahari .
Terbaru bersiaran adalah tetamu jemputan terdiri daripada Chef Ismail Ahmad, usahawan Datin Anida Azmi dan instafamous Ayu Shuhaimi. Memang seronok mendengar celoteh tiga tetamu yang handal memasak ni.
Sambil memasak sambil menyembang,Chef Ismail siap buat house tour di rumahnya yang cantik sungguh tu sementara tunggu daging empuk. Chef Ismail memasak Rendang Daging Rembau dan mengambil tempahan lauk berbuka dari dapur Restoran Rebungnya.
Selain memasak Chef juga rajin bercucuk tanam. Paling mengagumkan Chef Selebriti yang juga pemilik Restoran Rebung ini juga berjiwa seni kerana pandai melukis (painting) dan bulan Ramadan ni sibuk membuat lukisan dan hiasan rumah burung.
Datin Anida Azmi pulak tak kalah dengan masakan Jawa yang sangat menyelerakan iaitu Ayam Masak Ungkep. Beliau juga turut menyediakan tempahan melalui Dapuq Kak Nida dan memiliki dapur pusat untuk katering.
Pengasas D Event Management & Katering Services ini juga turut memasak makanan untuk frontliners KKM dan polis. Masa bersiaran live hari tu ada insiden kecil kebakaran di dapur Datin tetapi alhamdulillah beliau tetap pro dan tenang meneruskan siaran.
Instafamous Ayu Shuhaimi pula turut menunjuk cara memasak Udang Galah Mentega Telur Masih yang cukup membuatkan penonton kecur air liur. Besar dan segar udang galahnya.
Instafamous ini kini mempunyai follower hampir mencecah 96K dan aktif membuat dan berkongsi lauk pauk Melayu dari dapur rumahnya. Ayu juga menjalankan perniagaaan syarikat fotografi perkahwinan.Waktu kerja fleksibel di syarikat miliknya, Ayu memang aktif dalam IG ayu_shuhaimi.
Jom kita semak resipi tiga masakan istimewa ini:
1.RENDANG DAGING REMBAU. (Resipi Chef Ismail Ahmad)
BAHAN-BAHAN :
1kg daging (top side) bahagian atas peha | dipotong 2sm x 2sm, cuci dan toskan
30 tangkai cili kering | direbus dan kisar halus
20 biji cili padi kampung | dikisar halus
3 batang serai | dititik dan disiar-siat
5 biji bawang merah kecil | dihiris nipis
4 ulas bawang putih | dihiris nipis
2 ½ sudu besar pes kunyit hidup
½ sudu besar serbuk kunyit
1 ½ sudu besar serbuk rempah kari daging
500ml air
800ml santan pekat *Jika guna santan segera 200ml, dan ½ cawan minyak masak *Jika guna kelapa segar ambil santan pekat dari 3 biji kelapa Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Masukkan ke semua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali santan. 2. Gaul bersama daging dan rebus sampai air daging hampir kering dan lembut. 3. Kalau tak lembut lagi tambah sedikit air panas. 4. Kecilkan api dan masukkan santan, renih hingga pekat sampai warna perang tua. 5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sajian sedia dihidang
2. AYAM UNGKEP (Resipi Datin Anida Azmi)
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong 18
3 batang serai | diketuk
Bahan kisar :
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10-15 biji cili padi hijau |jika suka pedas bubuh cili banyak
1.5sm kunyit hidup
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 sudu besar serbuk kari daging | Datin Anida tambah kalau tak ada tak apa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak, kemudian tumis serai yang diketuk dulu bagi naik bau. 2. Masukkan bahan yang dikisar dan kacau bagi pecah minyak pecah minyak 3. Masukkan ayam, tak payah tambah air biar air ayam keluar sendiri. 4. Kalau suka boleh letak sekeping asam keping 5. Letak gula dan garam ikut rasa masing masing
3. UDANG GALAH MENTEGA TELUR MASIN
(Resipi Ayu Shuhaimi)
BAHAN-BAHAN:
4 ekor udang galah gred A
4 biji telur masin | direbus
4 sudu besar mentega
6 ulas bawang putih | dicincang
10 biji cili api merah | dicincang
4 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
3 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Rebus telur masin, sejukkan. Kupas dan asingkan bahagian putih dan kuning. Hancurkan menggunakan garfu. Ketepikan. 2. Siang dan bersihkan udang galah. Salut dengan dua sudu besar tepung jagung. Perakan dengan garam, goreng dan toskan. Ketepikan. 3. Cairkan mentega. Masukkan bawang putih yang dicincang, cili api yang dicincang dan daun kari. Tumis hingga naik bau. 4. Masukkan susu cair. Masukkan satu sudu besar tepung jagung. Masak seketika. 5. Masukkan udang yang telah digoreng. Masukkan kesemua telur masin kuning, 6. Masukkan hanya separuh telur masin putih yang telah dihancukan. Tidak perlu garam. Gaul sebati. Siap!
Jangan lupa follow dan boleh bertanya soalan dan komen Rasa Masak Live Ramadan Special Minggu Hadapan bersama Chef Razak, Datin Nor Hafizah Saad dan Chef Asma minggu hadapan jam 1200 tengahari Khamis , Jumaat dan Sabtu.