Ayam Goreng Bawang Putih Mak Mentuaku. Harum Bau, Sedap Rasanya

Share

Ayam goreng bawang putih ini harum baunya. Rasanya pun sedap. Tambahan lagi bila makan bawang putih tu dengan nasi putih nanti. Sedap bawang putih tu..kriuk kriuk bunyinya bila digigit.

Menurut puan Mizah Ngatiman yang berkongsi resipi ini, dia belajar masakan ini daripada mak mertuanya. Bolehlah korang semua cuba pula ye. Bahan yang diperlukan juga tak banyak.

Selamat mencuba ye!

Ayam Goreng Bawang Putih

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (belah 4)

Selabu bawang putih (tumbuk) – boleh beli online di sini

Serbuk kunyit – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Mula-mula, bersihkan ayam. Kalau suka, boleh guna bahagian kepak saja atau terpulang pada selera masing-masing.

Kemudian ketuk/tumbuk bawang putih. Banyak mana nak letak, sebenarnya terpulang pada koranglah ye.

Letakkan bawang putih, serbuk kunyit dan garam secukupnya pada ayam,

Gaul, lumur dan urut-urut sedikit ayam itu. Simpan dalam peti sejuk sekejap. Keluarkan bila nak goreng nanti.

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam macam biasa. Serpihan bawang putih asingkan dulu.

Goreng hingga ayam bertukar jadi kecoklatan dan elok masak.

Last sekali barulah tabur bawang putih tadi. Dengan cara ini, bawang itu taklah hangus.

Angkat dan toskan.

Siap! Makan panas-panas memang sedap.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa