Makan

Ayam Goreng Berebut Makan, Goreng Macam Ni Ikut Cara Mak-Mak

Share

Ayam goreng ada macam-macam cara menyediakannya tapi ayam goreng yang dibuat oleh mak tentulah yang paling sedap.

Biasanya adik beradik akan berebut makan. Seperti yang dikongsi oleh Khairul Hakimin, resipi ayam goreng berikut adalah daripada seorang ibu anak yang ramai dengan bajet sederhana.

Ayam dipotong kecil bukan saja agar lebih sedap tapi juga supaya semua dapat merasa.

Resipi ayam goreng berebut makan

Bahan-bahan

1 ekor ayam – dipotong kecil
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Beberapa tangkai daun kari
Beberapa ulas bawang merah India – dihiris

Cara membuat

1. Gaulkan ayam dengan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam hingga sebati. Perap sekejap pun dah cukup.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan daun kari sampai naik bau.

3. Masukkan ayam, goreng hingga garing dan keemasan.

4. Angkat bersama daun kari dan bawang. Siap untuk dihidang!

Tip Ekstra: Kalau suka lebih pedas, boleh tambah sedikit serbuk lada hitam atau hirisan cili padi ketika menggaul ayam.

Kredit resipi & foto: Khairul Hakimin

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose