*Tahap kepedasan rendah. Sesuai untuk kanak-kanak. Jika suka lebih pedas, boleh tambah serbuk cili atau kisar cili padi hijau untuk ditambah dalam adunan.
1. Ayam dipotong comel. Kemudian dalam satu bekas, satukan ayam dengan serbuk cili, ketumbar, jintan putih, stok ayam, garam, lada hitam dan tepung gandum.
Ads
2. Gaul dengan sedikit air sehingga bahan-bahan menyaluti ayam. Agak-agak macam pakai bedak sejuk tu.
3. Goreng minyak dalam dengan api sederhana. Mak Maryam (ibu mertua saya) ajar tutup supaya ayam masak elok sebelah dalam. Selepas kalih, baru biarkan terbuka. Ayam garing, tidak lembik, berjus di dalam dan tiada darah pada bahagian yang dekat dengan tulang.
4. Sementara ayam dalam kuali, hiris bawang besar dan gaul dengan tepung gandum. Saya guna bekas jarang begini supaya tepung lebihan senang jatuh ke bawah.
5. Segenggam daun kari. Jika mahu, boleh ganti dengan daun pandan, daun limau purut atau daun kunyit. Aromanya akan berbeza.
Ads
6. Jika kuali besar macam rumah kenduri atau kedai mamak, memang mudah masukkan terus bawang dan daun kari selepas kalih ayam. Kuali saya comel jadi separuh jalan, saya keluarkan ayam dahulu untuk elakkan rentung. 7. Teruskan goreng bawang dan daun kari. Dah garing keemasan, boleh angkat dan masukkan pada ayam yang sudah siap.
8. Sentiasa selang-selikan menggoreng ayam dan campuran bawang dengan daun kari supaya seimbang dan tidak perlu gaul-gaul lagi kerana setiap lapis ayam, ada lapisan rangup bawang. Makan dengan nasi panas-panas sedap ni.
Nak kelainan dalam hidangan rumah terbuka, ni dia 4 aneka nasi istimewa dan mi dari Azian Hasan, penulis buku masakan. Garapan resipinya memang ori dan gerenti jadi.
Katanya memasak makanan yang sedap pastinya memahat kenangan indah buat orang yang menjamu hidangan yang disediakan. RASA kongsikan menu yang boleh disajikan masa berbuka dan sahur nanti . Cubalah nanti ya…
1. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
3 cawan beras biasa
4 cawan air rebusan daging
2 labu bawang merah besar | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
1.5 sm halia | dihiris halus
2 sm kulit kayu manis
1-2 kuntum bunga lawang
3 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan tomato puri
2 biji tomato | dipotong dadu
1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA : 1.Panaskan minyak dan mentega 2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi 3.Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing 4.Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih 5.Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar. 6. Apabila masak gaulkan sekata.
Cara memasak : Tumis dan didih Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
2. NASI PULAO SAYUR-SAYURAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras basmathi | dibersihkan dan direndam selama sejam
1 ¾ cawan air
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
2 biji bawang merah | dimayang
2.5 sm halia | dihiris memanjang
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang lobak merah | dipotong dadu
2 biji ubi kentang | dipotong kecil
200gm kobis bunga | dipotong kecil
1 cawan kacang pis hijau
4 biji cili hijau | dipotong pendek
2 cekak daun ketumbar | dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji pelaga
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 helai daun pandan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA: 1. Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian masukkan minyak sapi. 2. Tumis bawang merah , halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis, tomato dan cili hijau sehingga terbit bau wangi. 3. Masukkan beras, ubi kentang, lobak merah, kobis bunga , daun pandan dan air. 4. Tutup periuk dan masak sehingga nasi masak. 5. Akhir sekali masukkan kacang pis dan kacau nasi sehingga sebati. Taburkan dengan daun ketumbar.
Jenis masakan : Sajian Nasi Keistimewaan : Hidangan nasi sayur-sayuran tinggi serat
INFO CHEF : Selain Pakistan nasi pulao juga terkenal di India, Afghanistan., Bangladesh, Turki dan beberapa negara Timur Tengah dengan panggilan nama berbeza seperti ilaf, Palao, Pilau dan lain-lain.
3. BIHUN YING YONG
BIHUN YIN YONG.
BAHAN-BAHAN :
100gm bihun
100gm isi ayam | dipotong dadu
1 biji lobak merah | dipotong memanjang
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu teh pati serbuk ayam
1 sudu teh minyak bijan
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan air
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan goreng mihun sehingga keperangan. Angkat dan toskan. 2. Tinggalkan dalam 2 sudu makan minyak. 3. Masukkan udang dan masak sehingga kemerahan. Angkat dan ketepikan. 4. Masukkan bawang putih . Masak sehingga wangi. 5. Masukkan isi ayam, stok ayam, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Masak sehingga mendidih. 6. Campurkan tepung jagung bersama air dan tuangkan ke dalam kuah. 7. Letakkan bihun ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ke atasnya.
Jenis masakan : Sajian mi, China Kantonis Keistimewaan : Hidangan bihun istimewa enak berperisa
INFO CHEF : Bihun yang digoreng memberikan rasa rangup. Anda boleh aje menggandingkannya atau menambah ramuan kuey teow.
1. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan udang kering dan masak sehingga udang garing. 3. Masukkan labu dan kacau sebati. Biarkan labu hingga empuk. 4. Gunakan api besar kemudian masukkan nasi, kicap cair, dan sos tiram. 5. Masak sehingga nasi betul-betul garing dan akhir sekali pecahkan telur ke dalam nasi. 6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. 7. Kacau sebati kemudian masukkan cili merah. 8. Angkat dan hias dengan hirisan daun sup dan daun bawang.
Jenis masakan : Sajian Nasi, China Fusion Keistimewaan : Hidangan nasi berperisa labu yang lazat
INFO CHEF : Labu kuning kaya dengan beta karotene dan bersifat anti oksidan, ia memberi manfaat kesihatan yang baik kepada tubuh seperti menajamkan penglihatan dan mencegah kanser.
5 .DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
250gm daging cincang
4 biji cili merah | dihiris halus
4 biji cili padi| ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak
2 genggam daun selasih
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih. 2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi. 3. Masak sehingga cili garing. 4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak, 5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati. 6. Perasakan dengan garam. 7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya. 8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Hidangan menu masakan India memang terbaik kerana kaya dengan aroma rempah ratus dan rasanya memang sedap.
Resipi yang dikongsi Puan Vasantha ini, sangat kena dengan tema hari Deepavali. Bolehlah cuba nanti.
SHRIMP & POTATO CUTLETS
BAHAN-BAHAN:
1 cawan udang | buang kulit & bersihkan 5 biji kentang saiz kecil | kupas kulit & rebus 1 biji bawang besar | dadu halus ¼ sudu teh pes bawang putih 1/8 sudu teh pes halia 1 biji telur ½ cawan serbuk roti ¼ cawan tepung serba guna 1 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
¼ serbuk kunyit ½ sudu teh serbuk cili | kepedasan ikut cita rasa ¼ sudu teh serbuk ketumbar ¼ sudu teh garam masala Secubit serbuk kulit kayu manis & lada hitam | jika suka Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Kisar udang dalam mesin pengisar. Ketepikan. Lenyek kentang hingga hancur. Ketepikan. 2. Panaskan dua sudu makan minyak masak, tumis bawang merah. Apabila bawang layu masukkan pes halia dan bawang putih, kacau seketika. 3. Masukkan pula bahan rempah ratus, diikuti udang yang telah dikisar tadi. Lebih kurang 3-4 minit, perlahankan api.Masukkan kentang tadi dan gaul rata. 4. Kacau sebati, kemudian tutup api. Masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk. Setelah sejuk, bulat-bulatkan adunan lebih kurang bola pingpong, golekkan dalam tepung serba guna kemudian leperkan. 5. Celupkan dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan dalam serbuk roti. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, goreng aduan hingga keperangan dengan api sederhana. Setelah siap, hidangkan dengan sos kegemaran anda.
NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi | rendam lebih kurang 20 minit 2 sudu makan minyak sapi 2 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 3-4 biji lada hitam 3cm kulit kayu manis 1 helai daun bay 1 cawan bawang goreng Garam secukup rasa 2 sudu makan yogurt 2 sudu makan garam masala 1 sudu makan saffron | pewarna untuk nasi
BAHAN SAYURAN:
1 biji tomata | potong dadu 1 biji tomato | potong dadu 2 biji cili hijau | potong 2-3cm Sedikit bunga kubis | potong dadu ½ sudu teh serbuk kunyit 2 sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak sapi dalam kuali, tumiskan bawang bersama garam masala, sedikit garam dan yogurt. Gaul rata. Tambahkan beras bersama bahan-bahan lain. Tambah saffron sebagai pewarna. Gaul rata dan tutup api. 2. Untuk menyediakan sayuran, masukkan minyak dalam kuali, garam masala, bawang goreng, tomato,serbuk cili, garam, hirisan bunga kubis dan kentang (separuh masak), sedikit yogurt. Tambah sedikit air, gaul rata. 3. Tuangkan sayur dalam periuk nasi elektrik, diikuti dengan bahan beras. Tambah air secukupnya dan tutup periuk nasi. Masak seperti biasa. 4. Setelah nasi masak hias dengan daun pudina dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
HOT & SPICY MUTTON FRY
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing | hiris, bersih dan tos 4 biji bawang besar | potong dadu 4 biji buah tomato | potong dadu 6 sudu makan minyak masak 2 sudu makan jus lemon 4 sudu makan yogurt 3 sudu teh serbuk lada sulah 3 sudu teh serbuk lada sulah 1 sudu teh serbuk kunyit 2 sudu teh serbuk ketumbar 2 sudu makan serbuk cili 1 sudu teh serbuk ketumbar 3cm kulit kayu manis 4 kuntum bunga cengkih 1 tangkai daun kari | leraikan dari tangkai Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan daging kambing dalam mangkuk, kemudian campurkan dengan jus lemon, yogurt, serbuk kunyit, lada hitam dan serbuk cili. Perap selama 30 minit. 2. Seterusnya, masukkan daging yang telah di perap dalam periuk tekanan bersama satu cawan, air. Masak hingga empuk. 3. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu mans, bunga cengkih, ketumbar dan daun kari. 4. Tambahkan hirisan bawang dan tumis lagi hingga bawang kekuningan dan masukkan pula pes halia dan bawang putih. 5. Setelah naik bau masukkan tomato, kacau seketika, masukkan daging kambing yang telah dimasak menggunakan periuk tekanan tadi. 6. Kecilkan api, tambah sedikit minyak dan terus kacau hingga daging garing. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan hias dengan bawang goreng sebelum dihidangkan.
PRAWNS MASALA
BAHAN-BAHAN:
1 kg udang saiz XL | buang kulit dan bersihkan 4 biji bawang besar | potong dadu 5 ulas bawang putih | cincang 3cm halia | hiris halus 2 biji tomato | potong dadu 2 tangkai daun kari 1 sudu teh biji sawi ½ sudu teh serbuk kunyit 4 sudu teh serbuk cili 2 sudu teh serbuk ketumbar 1 sudu teh garam masala 1 sudu makan jus lemon Garam secukup rasa 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan udang bersama sedikit serbuk lada sulah dan jus lemon. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan biji sawi dan daun kari, tambah bawang cincang. 2. Tumis hingga kekuningan, tambahkan pula halia dan bawang putih cincang, diikuti tomato. Setelah tomato layu masukkan serbuk kunyit, ketumbar dan garam masala. 3. Apabila tumisan pecah minyak, masukkan udang dan gaul rata lebih kurang dua minit. Tambah sedikit air jika perlu dan lengkapkan rasa dengan menambahkan sedikit garam. 4. Setelah cukup rasa, tutup api. Masukkan udang dalam pinggan, hias dengan daun kari goreng. Udang sedia dihidangkan.
CHICKEN VINDALOO
BAHAN-BAHAN:
1 kg ayam | potong kecil & cuci bersih 2 cawan bawang besar | cincang 1 cawan puri tomato segar 1 sudu teh serbuk kunyit 8-10 ulas bawang putih 3cm halia | hiris halus 1 sudu makan cuka makan 1 sudu makan pes kunyit Garam dan gula secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI:
10-12 tangkai cili kering 2 sudu makan ketumbar biji 3-4 kuntum bunga cengkih 3cm kulit kayu manis 2-3 biji buah pelaga 8-10 ulas lada hitam 1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh biji sawi
CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan goreng sangai bersama halia, bawang putih, cuka dan pes kunyit hingga menjadi pes lembut dengan menambah sedikit air. Ketepikan. 2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dicincang hingga kekuningan. Masukkan ayam dan kacau rata lebih kurang 3-4 minit. 3. Apabila ayam kecut masukkan puri tomato dan bahan kisar tadi. Kacau lagi. 4. Jika agak kering tambah sedikit air, biarkan mereneh atas api sederhana lebih kurang 30 minit. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
IKAN PARI MASAK KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan pari | bersihkan & potong kecil 8-10 ulas bawang putih 3cm halia | hiris halus 4 helai puck acids 10 ulas bawang merah | cincang 2 sudu teh serbuk kunyit Garam secukup rasa 4 sudu makan minyak masak
BAHAN GORENG SANGAI:
15-20 tangkai cili kering 3 sudu makan biji ketumbar 4 sudu makan lada hitam 2 sudu makan jintan putih
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ikan pari dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Ketepikan. 2. Kisar bersama halia dan bawang putih. Tambah sedikit air jadikannya pes. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah cincang hingga wangi. 3. Kemudian masukkan pes bahan rempah ratus tadi, kacau rata lebih kurang 10-15 minit. Masukkan ikan pari dan puck acids. Kacau lagi. 4. Perasakan dengan garam, sambil terus masak lebih kurang 10 minit lagi. Tutup api dan taburkan hirisan cili merah dan hijau serta percikkan sudu teh minyak. Pari Ketumbar sedia dihidangkan.
ONION RATTA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan yogurt | boleh masukkan lebih jika suka 5 biji bawang Holland | cincang 5 biji cili hijau | cincang 3 biji cili padi | potong dua 1 biji timun | hiris 2 biji tomato| hiris 3cm halia | hiris nipis 1 sudu teh jintan putih 1/2 sudu teh biji sawi 1 tangkau daun kari | leraikan dari tangkai Daun pudina seccukupnya Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rendam bawang yang dicincang dalam air selama 15 minit. Tos dan ketepikan. Goreng sangai biji sawi dan kisar . Ketepikan 2. Kisar yogurt bersama sedikit garam dan gula hingga lembut dan gebu teksturnya. Kemudian campurkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk. 3. Kemudian tuang yogurt tadi dan gaul rata. Taburkan. Sebelum dihidangkan taburkan daun kari dan pudina yang telah dicincang. Onion Ratta sedia dihidangkan.
BABY SPINACH WITH DHAL
BAHAN-BAHAN:
¾ Yellow Moong Dhal ½ sudu teh serbuk kunyit Garam seckup rasa 1.25 cawan air 2 cawan daun baby spinach | cincang ½ biji bawang besar | cincang ½ cawan tomato | cincang ½ sudu teh pes halia ½ sudu teh pes bawang putih ½ sudu teh jintan putih ½ sudu teh biji sawi ½ sudu teh chili flakes 1/8 sudu teh Hing (asofetadia) 1 sudu teh serbuk ketumbar 1.5 sudu makan minyak sapi 1 cawan air suam
BAHAN TAMBAHAN:
2 sudu teh minyak sapi ½ sudu teh jintan putih ½ sudu teh serbuk cili
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih kacang dhal. Rebus menggunakan periuk tekanan bersama garam dan serbuk kunyit. 2. Setelah kacang lembut. Sejukkan dan kisar halus. Cuci bersih baby spinach (bayam kecil). Kemudian cincang. Ketepikan. 3. Campurkan bawang dan tomato. Seterusnya campurkanpes halia dengan bawang putih, kemudian ketepikan. 4. Panaskan sedikit minyak sapi dalam periuk, tumis biji sawi, Hing dan jintan putih, 5. Setelah wangi, masukkan campuran pes halia dan bawang putih. Kacau seketika. 6. Masukkan pula bawang besar, apabila bawang layu masukkan tomato dan rempah ratus yang lain. 7. Diikuti daun baby spinach dengan dhal yang telah dikisar. Kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
WHEAT FLOUR HALWA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan minyak sapi 1 cawan tepung gadum 1 cawan gula 3 cawan air ½ cawan biji gajus | goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Setelah minyak sapi cair, masukkan tepung, gaul rata supaya tidak berketul di atas api sederhana. 2. Apabila adunan sudah sebati dan berubah warna keemasan. Tutup api dan ketepikan. Menggunakan kuali lain, masukkan satu cawan gula dengan tiga cawan air. 3. Tuangkannya ke dalam aduanan tepung tadi dan terus mengacau hingga sebati agar tidak bergentel. 4. Kemudian taburkan serbuk kulit kayu manis, gaul rata hingga masak. Sebelum hidang taburkan di atasnya dengan biji gajus yang telah digoreng.
KERAL STYE PAYASUM
BAHAN-BAHAN:
350gm gula Melaka 2 cawan kelapa muda | hiris halus 1 cawan susu cair 1 cawan beras | rendam 1 cawan kacang hijau | rebus 1 sudu makan garam 2 biji buah pelaga 1 sudu makan serbuk halia 2 sudu makan minyak sapi 2 sudu makan buah gajus | goreng
CARA MEMASAK:
1. Kisar halus buah pelaga. Ketepikan. Sementara itu campurkan beras dan kacang hijau, kemudian rebus menggunakan periuk tekanan supaya lebih cepat lembut. 2. Masak gula Melaka dengan satu cawan air hingga gula hancur, kemudian masukkan pula kelapa dan susu cair. Setelah hancur masukkan sirup gula Melaka dalam rebusan kacang dan nasi tadi. 3. Kacau rata dan masukkan pula minyak sapi dan serbuk kulit kayu manis di atas api sederhana. Perasakan dengan secubit garam, kemudian tutup api. 4. Di dalam kuali lain, panaskan minyak sapi. Goreng kismis dan biji gajus hingga kuning keemasan. Tuang dalam ke dalam adunan bubur.
Ayam goreng kunyit ni kira kesukaan anak anak termasuklah bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap! Mudah saja membuatnya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Haja Saleh.
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Cara memasak:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah kisar agak halus bahan di atas,boleh masak sekejap atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siap untuk dimakan. Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!