Tidak semestinya menggunakan ayam mentah, anda juga boleh menggoreng ayam sebelum dimasukkan ke dalam bahan tumisan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg dada ayam | dipotong
  • 15 biji bawang merah | dihiris
  • 7 ulas bawang putih | dihiris
  • 140gm cencaluk | dibuang airnya
  • 3 helai daun limau purut
  • 400ml air asam jawa | 100gm asam jawa dibancuh bersama 400ml air
  • 2 sudu besar gula
  • 3 biji cili merah | dibuang biji dan dihiris
  • 3 biji cili hijau | dibuang biji dan dihiris
  • 180ml minyak masak

 

Ads

BAHAN KISAR:

Ads
  • 17 biji bawang merah
  • 5cm kunyit segar
  • 5 batang serai

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga wangi. Tambahkan ayam, cencaluk dan daun limau purut .
  3. Masukkan air asam jawa. Perasakan dengan gula dengan secukupnya. Masak sehingga kuah pekat.
  4. Masukkan cili dan bawang yang digoreng tadi awal tadi. Gaul rata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI