Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.
Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.
AYAM GORENG CRISPY CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN :
2 keping dada ayam @ bahagian ayam lain
2 cawan cornflakes – dihancurkan – beli online DI SINI
1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab. 2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam. 3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk. 4. Celup ayam ke dalam tepung. 5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur. 6. Celup ayam ke dalam telur. 7. Golekkan ayam di dalam cornflakes. 8. Ulang sehingga ayam habis. 9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.
Bagi yang berdiet dan penggemar sayur-sayuran.,Samada dicelur atau dimakan mentah dengan ‘dressing’ bersesuaian, kombinasi sayur yang lazat dan rangup pasti mengenyangkan anda.
Ni min kongsikan idea menu diet sihat buat mereka si pengamal diet. Cubalah nanti, kejap aje buatnya..
1. HO CHI MINH SPRING ROLL
BAHAN-BAHAN :
170 gm soo hoon (dicelur)
6 ekor udang saiz sederhana (dicelur)
12 keping kulit popia (dicelur)
BAHAN INTI :
1/2 kubis china (dihiris halus)
200 gm lobak merah (dihiris halus)
200 gm timun (dihiris halus)
200 gm saderi (dihiris halus)
200 gm salad Cina (chinese lettuce) (dihiris halus)
50 gm parsli Cina (dihiris halus)
50 gm selasih Thai (sehelai-helai)
50 gm daun ketumbar (dihiris halus)
50 gm taugeh
BAHAN SOS :
1/2 sudu teh sos ikan
1/4 sudu teh gula
1 ulas bawang putih
2 biji cili padi
Air panas secukupnya (1-2 sudu makan)
CARA MEMASAK :
1. Celur soo hoon dalam air mendidih dan terus tos. Kemudian celurkan udang dalam air mendidih sehingga masak. Kulit popia direndam air biasa hingga lembut.
2. Kemudian sediakan dan susun bahan inti di dalam dulang.
3. Susun dan tebarkan kulit popia letakkan 2 ekor udang sedikit soo hoon, daun selasih, taugeh, lobak merah, saderi, daun ketumbar dan salad cina dalam setiap popia.. Biarkan sedikit ruang kosong di kedua hujung kulit popiah untuk membalut.
4. Gulung atau balut ikut kreativiti anda.
5. Di dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, air panas, bawang putih, gula dan cili padi. Jika suka anda boleh masukkan kacang tumbuk.
6. Hidangkan popia Ho Chi Minh dengan sos .
INFO CHEF : Sajian ini adalah sajian salad yang menyihatkan padat dengan sayur-sayuran segar.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 3 jam Cara Memasak : Celur Jenis masakan : Vietnam Keistimewaan : Kudapan sesuai untuk mereka yang mementingkan menu sihat.
2. KERABU DIY THE PEARL
BAHAN-BAHAN :
1 biji mangga muda /dihiris
1 batang lobak merah /dihiris
1 batang timun /dihiris
10 tangkai cili padi/ hiris halus
1 biji bawang merah /dimayang nipis
1 biji jus limau nipis
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu kacang tumbuk (kasar) /sudah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya
10 gm suhu /direndam lembut
Sedikit udang kering
Sedikit kelapa parut
CARA MEMASAK : 1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. 2. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan lobak merah. Gaul rata. Ketepikan. 3. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan masukkan dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan-bahan lain. Gaul rata. 4. Tambah kacang tanah dan udang kering, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 5. Kerabu mangga siap dihidangkan.
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Gaul dan di saji mentah Jenis masakan : Kerabu Keistimewaan : Menu sihat dan sesuai untuk mereka yang berdiet
INFO CHEF : Anda boleh menambah kacang panjang, taugeh dan tomato dan sayuran lain ikut suka. Boleh dihidang sejuk.
3. AVOCADO SALAD WITH TURKEY HAM
BAHAN-BAHAN :
1 biji avocado | dihiris panjang
½ sudu kecil lada hitam | hancur
500 gm salad campur | dihiris panjang
1 biji lada benggala | dihiris panjang
1 biji bawang Holland | dihiris panjang
2 keping ham ayam belanda| disiat
½ sudu kecil minyak zaitun
CARA MEMASAK : 1. Panggang ham ayam belanda separuh masak sahaja. 2. Masukkan kesemua bahan yang dihiris panjang dan taburkan lada hitam, Gaul rata. 3. Gaulkan pula dengan minyak zaitun
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 8 minit Cara memasak : Panggang ayam belanda sahaja Jenis masakan :Salad Keistimewaan : Pembuka selera yang juga sesuai untuk mereka yang berdiet
Info Chef: Sajian yang mengandungi potassium yang tinggi dan kaya berserat dengan sayur-sayuran yang segar dan rangup.
4. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH
BAHAN-BAHAN:
1kg taugeh
1kg daun pegaga | dihiris kasar
1kg daun selom | dihiris kasar
40 sudu makan udang kering | dikisar halus
50sm cekur | dikisar halus
100 biji bawang besar | dikisar halus
40 biji bawang putih | dikisar halus
100 tangkai cili kering | direbus dan dikisar
1kg kelapa parut
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 2. Sejukkan bahan tumis seketika. 3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk besar. 4. Kemudian masukkan bahan urap yang telah disejukkan tadi. 5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.
Saiz hidangan : 60 orang Masa Memasak : 20min Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera Keistimewaan : Ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan
5. ROJAK BETIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN ROJAK :
½ biji betik muda /diparut (saiz sederhana)
½ biji nenas /dihiris nipis
1 biji timun /dihiris nipis
Taugeh (opsional)
BAHAN KUAH:
6 ekor ikan kembung atau ikan selayang/direbus dan dikisar
750 ml air
3 sudu makan cuka
2 ketul gula melaka
5 ½ sudu makan cili boh
5 sudu makan gula
2.5 sm belacan
6 biji cili padi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK: Cara sediakan bahan rojak: 1. Parut betik dan rendam di dalam bekas berisi air. 2. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik. 3. Rendam 15 minit, bilas dan toskan. 4. Hiris nipis timun dan nenas. Boleh meletakkan taugeh jika suka. Cara masak kuah: 1. Masukkan ikan yang telah ditumbuk lumat isinya ke dalam periuk. 2. Kemudian ambil periuk lain dan masukkan kesemua bahan dan masak sehingga mendidih. 3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Kemudian barulah tuang isi ikan ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. 4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. 5. Tuangkan kuah ke atas bahan rojak . Rojak betik sedia dinikmati.
INFO CHEF : Jangan tuangkan isi ikan terus ke dalam kuah untuk mengelakkan ikan berketul.
Saiz hidangan : 12 orang Masa memasak :20 minit Cara memasak : Rebus dan reneh Jenis masakan : Laksa Keistimewaan : Rojak betik ini sedap dimakan dengan keropok dan kuah rojak yang sejuk.
Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu ‘fail’ nak masak. Ada je bihun keras la, bihun lembik macam bubur lah. Tawar lah. Memang macam-macam. Jom lihat panduan basic untuk memasak bihun agar elok sempurna.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
2. Rendam Dengan Air Biasa
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
3. Jangan Banjirkan Kuali
Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur.
Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
4. Gaul Dengan Lemah Lembut
Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
5. Tambah Garam Gula. Jangan Biar Tawar Heber
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
6. Api Jangan Over
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
7. Guna Sudip Bersesuaian
Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.
Dulu-dulu nasi ulam kerap dihidangkan pada bulan Ramadan, alasannya di bulan puasa sebahagian dari pucuk-pucuk tumbuhan tidak beracun (ini hanya andaian yang diceritakan oleh orang dulu-dulu). Sebab itulah, mereka akan masuk kebun atau hutan meramu (mencari) bermacam jenis pucuk-pucuk untuk dijadikan campuran dalam ramuan nasi ulam. Namun sekarang, pucuk-pucuk tumbuhan susah dijumpai, ulam-ulaman dalam ramuan nasi ulam pun berkurangan, namun rasa tetap sedap. Anda yang ingin cuba, berikut dikongsikan resipi Nasi Ulam warisan turun temuruh arwah Hajah Rahmah Bt Putih (Mak Mah) .
NASI ULAM BAHAN-BAHAN: 4 mangkuk nasi putih 2 keping ikan talang masih | bakar dan kisar halus isinya 2 ekor ikan kembung | bakar dan kisar halus bersama lada hitam 1/2 cawan kerisik | buat sendiri lagi sedap 1 sudu makan lada hitam | sangai dan kisar halus
BAHAN ULAMAN DIHIRIS HALUS: 2 kuntum bunga kantan 4 pokok daun salom 1 helai daun kunyit 4 pokok ulam raja 4 tangkai pucuk tengek burung 4 tangkai pucuk daun kesum 4 helai daun mengkudu 6 helai daun pegaga 4 helai daun kaduk 4 tangkai pucuk gajus 4 helai daun limau purut 8 ulas bawang merah 4 batang serai 3cm halia 3cm, lengkuas
Ulam-ulam boleh ditambah ikut suka dan tidak semestinya semua ada. Ada beberapa ulam juga sudah cukup.
CARA MEMBUAT:
Masukkan dalam mangkus semua bahan hirisan dan gaulkan bersama denga nisi ikan talang masih yang telah dibakar dan dikisar halus tadi.
Gaul sebati, jika kurang masin tambah sedikit garam halus hingga sebati dan cukup rasa.
Campurkan dalam nasi bersama isi ikan kembung bakar tadi.