Emping jagung atau popular disebut Cornflakes,bukan sahaja sedap dibuat biskut. Tapi boleh dijadikan ramuan masakan bergoreng. Ayam Goreng Crispy Corflakes ni memang berderap rangupnya.

Resipi dari perkongsian FB Khadijah Jaafar,pengasas Meester Muruku ni menggunakan bahan tepung yang digaul sendiri (bukan tepung segera). Ayam selepas dicelup dengan tepung, telur, lapisan akhir golekkan dalam cornflakes yang dihancurkan. Mana tak krap krup memakannya.

AYAM GORENG CRISPY CORNFLAKES

BAHAN-BAHAN :

  • 2 keping dada ayam @ bahagian ayam lain
  • 2 cawan cornflakes – dihancurkan
  • 2 biji telur
  • 1/4 cawan buttermilk (1/4 cawan susu segar + 1/4 sudu kecil cuka)

Bahan Perap:

IKLAN
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada lada hitam
  • 1/4 sudu kecil oregano
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/4 sudu kecil paprika/serbuk cili
  • 1/4 sudu kecil serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

Bahan Tepung :

  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/2 sudu kecil paprika/serbuk cili
  • 1/2 sudu kecil serbuk ayam
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1. Masukkan buttermilk. Kalau tak de buttermilk. Campurkan susu segar & cuka. Kacau. Tujuan masukkan buttermilk supaya ayam lembab.
2. Untuk perapan ayam. Campurkan buttermilk, ayam dan bahan perapan. Biarkan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.
3. Campurkan bahan tepung dalam mangkuk.
4. Celup ayam ke dalam tepung.
5. Dalam mangkuk lain pecahkan & pukul telur.
6. Celup ayam ke dalam telur.
7. Golekkan ayam di dalam cornflakes.
8. Ulang sehingga ayam habis.
9. Panaskan minyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan ayam. Supaya ayam lebih rangup. Goreng sehingga masak.

Kredit foto & resipi : FB khadijahjaafar
#resepiciktie

ANDA SEDANG MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG AYAM,JOM LAYARINYA DI SINI.

ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

Ayam Rangup Ala-Ala KFC Guna Lima Bahan