Ayam Goreng Kicap Cili Padi lauk ayam kicap yang kering dan pedas berapi buat yang gemarkan makanan pedas.

Lauk macam ni makan dengan nasi putih buat ala-ala 3 Budak Gemok memang menarik. Tak perlu dah sambal lebihkan cili padi kalau nak pedas pun dah cukup.

Makan ramai-ramai tak perlu banyak lauk dah. Nak meriah sikit goreng telur dadar ada ulam timun cukup buat makan nasi bertambah. Bolehlah cuba resipi ini nanti!

AYAM GORENG KICAP CILI PADI

Ayam Goreng Kicap Cili Padi, Luar Biasa Rasanya Pedas-pedas Manis Berapi. Memang Mantap!

BAHAN-BAHAN

Ayam

Ads

Segenggam cili padi hijau dan merah

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 batang serai – diketuk

Garam dan kunyit untuk ayam goreng

Garam dan gula secukupnya

Air asam jawa

2-3 sudu besar kicap manis

Ads

Cara memasak:

  1. Perap ayam dengan garam dan kunyit kemudian goreng. Ketepikan.
  2. Kisar kasar cili padi, bawang besar dan bawang putih.
  3. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga garingAyam Goreng Kicap Cili Padi, Luar Biasa Rasanya Pedas-pedas Manis Berapi. Memang Mantap!
  4. Masukkan ayam dan perasakan dengan garam dan gula
  5. Gaul rata dan masukkan air asam jawa.Ayam Goreng Kicap Cili Padi, Luar Biasa Rasanya Pedas-pedas Manis Berapi. Memang Mantap!
  6. Akhir sekali masukkan kicap dan kacau rata.
  7. Siap untuk dihidangkan.Ayam Goreng Kicap Cili Padi, Luar Biasa Rasanya Pedas-pedas Manis Berapi. Memang Mantap!

Kredit: Dhiya Wardah

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Gulai Tempoyak Ayam, Ikut Resipi Orang Perak. Sesuai Jadi Menu Musim Durian Ni!

Ads

Resepi Ayam Balado Sedap & Sangat Mudah Dimasak

Asam Pedas Ayam, Lebih Pekat & Sedap. Memang Padu!

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=qrskJc0ODR4

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI