Ayam goreng Korea menu kegemaran anak-anak. Sangat sesuai untuk dimasak musim cuti sekolah ni. Puas hati dapat buat banyak-banyak untuk dimakan bersama keluarga.
Rupanya nak bagi rangup dan lebih sedap ada petuanya sendiri. Goreng dua kali jika nak bagi ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
Bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Guna sos yang dibeli di kedai Eco pun dah boleh buat menu ini menjadi sedap macam makan di restoran-restoran terkenal yang menjual hidangan seumpama ini.
Ayam Goreng Korea Sedap
BAHAN PERAPAN AYAM:
Ayam bahagian drummet atau wing
Tepung jagung
Tepung gandum
Bawang putih – tumbuk halus
Halia – tumbuk halus
Serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
Bawang putih – hiris halus
Ads
Serbuk cili
Sos Daebak Sweet Chili Sauce
Madu
Lemon
Bijan
CARA MEMASAK:
1.Ayam diperap selama 1/2 jam dengan halia Dan bawang putih yang dah ditumbuk halus. Tambahkan serbuk sedap GILER bagi mengantikan garam dan perasa. Setelah diperap, ayam digaul dalam bancuhan kering secawan tepung jagung yang digaul dengan 2 sudu tepung gandum.
Ads
2.Gaul ayam dengan tepung
Pastikan ayam disalut dengan tepung sepenuhnya.
Goreng ayam sehingga masak dan angkat. Rehatkan selama tiga minit.
Goreng ayam kali kedua sehingga garing.
sejukkan ayam dan ketepikan.
CARA BUAT SOS:
1.Tiga ulas bawang putih di hiris halus dan ditumis hingga keperangan. Masukkan sedikit air dan masukkan sesudu serbuk cili. Gaul rata.
Masukkan dua paket sos Daebak Sweet Chili Sauce.
Tambahkan 1 sudu besar madu dan perahkan sedikit lemon. Kacau sebati.
Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah, tetapi kadang-kadang mati idea juga, betulkan? Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam, mak-mak jangan risau ini menu yang mudah, sedap dan sihat. Siap dengan DIY membuat supaya lebih senang mencubanya. Jangan tak sempat simpan untuk bekal sudahlah…
BEBOLA KENTANG INTI AYAM AYAM
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang | buang kulit dan kukus
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan hirisan bawang
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada sulah
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya| untuk menggoreng
1 cawan pop corn ayam
1 cawan nestum
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Lenyekkan kentang hingga hancur.
LANGKAH 2: Campurkan daun bawang. lada sulah, garam dan serbuk perasa ayam, gaul rata.
LANGKAH 3: Masukkan tepung, gaul rata dan bulatkan seperti guli.
LANGKAH 4: Leperkan dan letakkan di dalamnya poplcorn ayam, kemudian bulatkan semula.
LANGKAH 5: Celupkan dalam telur, kemudian golekkan di dalam mangkuk berisi nestum.
LANGKAH 6: Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng bebola kentang hingga keperangan.
Penggemar ayam mesti suka, kerana isi ayam lebih empuk dan hanya menggunakan isi ayam sahaja. Dah tentu lebih mudah dinikmat dan berjus. Kepada mak-mak yang bekerja, boleh perap ayam malam, balik kerja hanya perlu panggang ayam dan buat sos je, sangat mudah dan tak perlu bazirkan duit makan kat luar. Resipi macam biasa ada dikkongsikan di bawah ini.
AYAM MENANGIS MERAUNG BAHAN-BAHAN: BAHAN PERAPAN AYAM: 500gm ayam | isi bahagian dada, paha atas dan bawah 3 batang Akar Ketumbar 4 ulas bawang putih 1 sudu makan gula [perang 1 sudu makan kicap pekat 1 sudu makan sos ikan 1 sudu makan lada hitam/sulah Sedikit minyak untuk memanggang ayam BAHAN SOS: 1 sudu makan sos ikan 1 sudu makan air asam jawa 1 biji limau nipis | ambil jus sahaja 1 sudu makan gula kabung/nisan Thai 1 sudu makan serbuk cili kasar 1 sudu makan beras digoreng sangai 1 pokok ketumbar | cincang halus 10 biji cili padi | cincang halus 3 ulas bawang merah | cincang 3 ulas bawang putih | cincang
CARA MEMBUAT:
Kisar semua bahan perapan kecuali ayam.
Gaulkan isi ayam dengan perapan, perap sekurang-kurangnya 3 jam.
Panaskan kuali non stick, letakkan sedidkit minyak dan bakar dengan api kecil.
Campurkan semua bahan, kemudian gaul rata, dan rasa. Rasanya mesti pedas, masam dan manis.
Mana-mana yang kurang tambah.
Setelah cukup rasa, ketepikan.
Hiris kecil ayam yang telah masak dipanggang dan hidangkan bersama sosnya.
Mak-mak pening kepala, anak tak reti jemu dengan menu ayam, sampai tak ada idea nak masak apa dengan ayam. Jangan risau, RASA kongsikan lagi lima menu ayam yang gerenti jilat jari makan. Semuanya sedap dan mudah je nak masak, pilih je mana satu yang berkenan di hati, atau masukkan semua dalam senarai menu harian anda semua.
AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1kg ayam | potong sederhana, cuci dan tos
2 biji bawang besar | hiris
5 batang serai | titik
3 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
2 keping asam gelugor
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR KASAR:
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan ketumbar biji
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar bersama dengan serai hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar dan pes cili kering. Kacau rata.
Apabila timbul minyak, masukkan bahan sangai yang dikisar kasar tadi.
Seketika kemudian masukkan ayam pula, kacau hingga ayam kecut.
Tambah sedikit air dan masukkan asam gelugor.
Biarkan mereneh hingga ayam empuk.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Apabila kuah kering dan timbul minyak. Tutup api.
Ayam sedia dihidangkan.
AYAM GORENG CILI BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | hiris kecil, bersih dan tos
2 batang bunga kantan | hiris
1 biji bawang besar | potong dadu
3 ulas bawang putih | cincang halus
3cm halia muda | hiris halus
2 batang serai | hiris halus
8 biji cili padi | hiris halus
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan lada sulah. Perap 10 minit.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam yangtelah digoreng, hirisan bunga kantan dan cili.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau rata.
Tutup api, hidangkan panas-panas.
AYAM TUMIS SERAI
BAHAN-BAHAN:
500gm kepak ayam | cuci bersih dan tos
4 batang serai | titik kasar
1 biji bawang besar | potong dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2cm halia muda | hiris halus
6 biji cili padi | hiris memanjang
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam, gula dan perasa secukupnya
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata, setelah ayam kecut, masukkan serbuk kunyit dan hirisan cili.
Tambahkan sedikit air dan masukkan jus limau nipis. Biarkan mereneh seketika.
Akhir sekali perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Sedia dihidangkan panas-panas.
AYAM PERCIK DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
2 paha atas bawah ayam | bersih dan tos
500ml santan pekat
Daun pegaga secukupnya
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
3cm halia muda
3cm kunyit hidup
8 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam dengan sedikit bahan kisar kemudian balut dengan daun pisang kukus lebih kurang 10 minit. Angkat dan ketepikan.
Sementara itu, masukkan santan, asam gelugor dan bahan kisar dalam periuk, renehkan hingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan reneh hingga timbul minyak. Tutup api.
Bentangkan aluminium foil dan lapiskan di atasnya dengan daun pisang, ambil sedikit bahan tumisan ratakan di atas daun pisang.
Letakkan daun pegaga diikuti dengan ayam yang telah dikukus .
Seterusnya ratakan bahan tumisan di atas ayam dan diikuti daun pegaga.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!