
Menyediakan ayam goreng adalah salah satu lauk yang senang dan sedap. Tak kira untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Ayam goreng memang sesuai dihidangkan. Nak buat ayam goreng yang sedap? Nah, RASA kongsikan resipi ayam goreng yang pasti memikat selera.
AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN KISAR HALUS
2 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR KASAR
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
5 cm lengkuas
5 cm kunyit
2 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Masukkan ayam dan bahan kisar halus ke dalam bekas. Gaul rata.
2. Kemudian tambahkan bahan kisar kasar bersama bahan lain. Gaul sampai rata dan perap selama satu jam.
3. Panaskan minyak masak yang banyak menggunakan api sederhana. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.
Selamat mencuba!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aneka Sup Tambat Hati Keluarga, Pasti Menghirup Mereka Nikmatinya

Buat yang kering idea atau baharu ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk dibuat. Makan ada lauk berkuah barulah laju makan. Anak-anak pasti menggemarinya. Selamat mencuba.
SUP MAMAK ‘TERANGKAT’
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
3 sudu tepung dhal | dibancuh bersama sedikit air
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
- Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
- Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
- Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
INFO CHEF: Jika anda tidak mahu menggunakan tepung dhal, ia boleh digantikan dengan 1 biji kentang yang direbus dan dikisar halus sebagai bahan pemekat.
Saiz hidangan untuk: 5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan: Masakan India
Keistimewaan: Rasa rempah yang kuat dan pedas yang tidak keterlaluan
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP SAYUR ASIN
BAHAN-BAHAN:
100gm kubis
3 sudu besar sayur asin
2sm halia | dihiris halus
2 ketul tauhu | dipotong empat
50gm isi ayam
2 batang cili merah
1 biji tomato | dipotong baji
Sedikit daun bawang
1 sudu besar pati ayam
½ sudu besar garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dan masukkan kobis, halia, dan sayur asin.
- Apabila kubis sudah sedikit empuk, masukkan pula isi ayam.
- Kemudian masukkan pula tomato dan tauhu.
- Perasakan secukupnya dengan pati ayam dan garam. Apabila sudah mendidih, padamkan api.
INFO CHEF: Untuk rasa sup yang lebih mengancam, anda boleh tambahkan salted plum ke dalam sup ini dan kurangkan amaun bahan perasa.
Saiz hidangan untuk: 2 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Masakan Cina
Keistimewaan: Berbau herba dan mempunyai rasa masam, sesuai untuk penghidap demam
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
- Masukkan garam dan gula.
- Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
- Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
INFO CHEF: Untuk sup yang lebih bertekstur, anda boleh gunakan jagung tongkol menggantikan jagung dalam tin. Pilih jagung manis untuk rasa sup yang sedap.
Saiz hidangan untuk: 3-4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Jenis hidangan: Masakan Cina
Keistimewaan: Rasa manis berlemak jagung dan sesuai dimakan oleh kanak-kanak
Jenis penyediaan: Pembuka selera
Cara memasak: Didih
SUP IKAN SAWADEE-KA
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
4. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
INFO CHEF: Sesetengah resipi di Thailand menggantikan penggunaan limau nipis dengan belimbing buluh.
Saiz hidangan untuk: 5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Thailand
Keistimewaan: Bau harum dari daun pandan dan rasa manis isi ikan
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
2. Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
3. Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
4. Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Jika bebola daging yang digunakan mempunyai bau yang ‘kuat’, anda boleh perahkan limau nipis atau masukkan cuka ke dalam sup.
Saiz hidangan untuk: 3-4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Indonesia
Keistimewaan: Rasa masin bebola daging dan sup sesuai dibuat bakso
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
SUP SAYUR DIET
BAHAN-BAHAN
4-5 ulas bawang putih | dicincang
2 biji bawang kecil | dihiris halus
2sm halia | diketuk
2 ketul tauhu | dipotong empat
100 gm putik jagung
200gm cendawan shimeji
2 biji tomato | dipotong enam
200gm brokoli
1/2 batang saderi
1 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak zaitun
Air secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih beserta bawang merah dan halia.
2. Apabila naik bau, masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan brokoli, putik jagung dan cendawan. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan masukkan sayuran yang lain.
4. Perasakan secukupnya dengan garam dan pati ayam dan akhir sekali masukkan tauhu.
5. Biarkan mereneh seketika sebelum menutup api.
INFO CHEF: Anda boleh mempelbagaikan pilihan sayur-sayuran yang mahu digunakan dalam resipi ini.
Saiz hidangan untuk: 2-3 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Masakan Melayu
Keistimewaan: Jumlah kalori rendah dan sesuai buat anda yang sedang berdiet
Jenis penyediaan: Lauk pauk
Cara memasak: Didih
Krediti: Koleksi Majalah RASA
KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH.
LIHAT JUGA RESIPI LAIN :
Dim Sum Inti Daging & Udang, Kukus Makan Panas-panas Sedap Nih.
5 Masakan Sotong & Udang Ala Tradisi, Hasil Air Tangan Chef Asma .
Sate Kambing Ala Cibiuk Selera Asli Padang

Masakan padang yang berasal dari Indonesia, Sate Kambing yang penuh dengan rasa perapan ringkas.
SATE KAMBING ALA CIBIUK
BAHAN-BAHAN:
- 1kg daging kambing ] potong dadu
- 15-20 batang lidi pencucuk sate
BAHAN PERAPAN (KISAR) :
- 10 biji bawang merah
- 3 batang serai
- 3 ulas bawang putih
- 2cm halia muda
- 5 helai daun limau nipis
- 2 sudu makan jus limau nipis
- 150ml kicap manis
- Garam dan guna secukup rasa
BAHAN KUAH KACANG:
- 400gm kacang tanah ] digoreng dan dikisar
- 600ml air
- 200gm kicap pekat manis
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 8 tangkai cili kering
- 8 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan daging kambing yang telah dibersih dan tos dengan bahan perapan. Kemudian perap sekurang-kuranganya 15 minit.
2. Seterusnya cucuk daging kambing pada lidi sate hingga habis, ketepikan.
3. Sementara ini, sediakan kuah kacang.
4. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar halus hingga wangi.
5. Masukkan kacang tanah yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata.
6. Setelah mendidih masukkan kicap pekat manis, garam dan gula secukup rasa.
7. Biarkan mereneh hingga timbul minyak. Tutup api dan ketepikan.
8. Seterusnya sediakan pemanggang, panggang sate hingga masak.
9. Kemudian hidangkan bersama kuah kacang.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu Memasak: 45 minit
Cara Memasak: Bakar dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan appetizer
Keistimewaan: Enak dengan rasa pedas-pedas manis.
Anggaran kos: RM30
Resipi Ayam Kalio Minang Yang Sedap & Pedas

Ayam kalio ini antara masakan Minang yang kena dengan citarasa kita. Bahan bahannya sama seperti memasak rendang, cuma ianya mempunyai kuah dan ditumis terlebih dahulu.
Bagi yang ingin cuba membuat sendiri ayam kalio ini resipi Yusuf Suhaida antara yang boleh digunakan. Sudah tiga kali memasak menggunakan resipi ini ia sedap dan pedas.
Resipi ayam kalio Minang
Bahan A
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Ketumbar (1 tbsp)
Cili kisar (3 tbsp)
Bahan B
Serai (titik)
Santan cair
Bahan C
Daun limau purut
Daun bay leaf/ Salam
Daun kunyit (hiris)
Bahan D
Santan pekat
Air
Garam
Perasa
Bahan lain
Cili api
Cara membuat
1. Kisar bahan-bahan A, dan tumis sehingga sedikit pecah minyak.
2. Masukkan bahan B, masak sekejap sehingga kering.
3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap.
4. Tambahkan bahan C dan bahan D. Gaul rata.
5. Perasakan dengan garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.
6. Tambah cili api dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Yusuf Suhaida
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA