Ayam Goreng Kunyit Berempah Rangup & Sedap

Share

Jika anda bercadang nak masak nasi kukus, padanannya tentulah Ayam Goreng Berempah ni. Memang sangat sedaplah kalau makan bersama nasi panas dan sdambal belacan. Terangkat habis!

 

AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 ekor ayam | dipotong kecil
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

 

BAHAN KISAR HALUS:

  • 2 sudu makan biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih

 

BAHAN KISAR KASAR:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5cm halia
  • 5cm lengkuas
  • 5cm kunyit
  • 2 batang serai

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan ayam dan bahan kisar halus ke dalam bekas. Gaul rata.
  2. Kemudian tambahkan bahan kisar kasar bersama bahan lain. Gaul sampai rata dan perap selama satu jam.
  3. Panaskan minyak yang banyak menggunakan api sederhana. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Ayam goreng berempah sudah boleh dihidangkan ketika panas-panas.

 

Info Chef: Angkat rempah yang jatuh di dasar kuali semasa menggoreng. Bila tidak diangkat, rempah akan menjadi hangit dan pahit.

Published by
Nur