Makan

Ayam Goreng Kunyit Berempah, Resipi Mudah & Cepat Masak

Share

Menu Ayam Goreng Kunyit Berempah ini tentunya digemari ramai. Resipinya cukup mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan.
Anak-anak tentunya suka malah orang dewasa juga menggemarinya. Isi ayam yang digoreng garing dan dimakan panas-panas, memang enak! Malah Ayam Goreng Kunyit Berempah versi yang dikongsi oleh saudari Aisyah Humaira ini juga lebih berperisa. Nak lagi padu? Nikmati bersama telur dan kicap cili potong. Pasti bertambah nasi di pinggan. Jom cuba!

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT BEREMPAH MUDAH & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk isi ayam – dihiris kecil
1 sudu besar serbuk cili – beli online disini
1 sudu besar serbuk kari daging – beli online disini
1 sudu besar serbuk kari ikan – beli online disini
1 sudu besar serbuk kunyit – beli online disini
2 sudu besar rempah campur (ketumbar, jintan manis, jintan putih, biji sawi) – optional
3 sudu besar tepung jagung – beli online disini
3 tangkai daun kari
Garam, serbuk perasa dan air secukupnya (air letak sedikit-sedikit dahulu supaya pes tidak terlalu cair sambil gaul sebati)
SAYUR:
Kacang panjang – hiris
Bunga kubis – hiris
Bawang holland – hiris
CARA MEMASAK :
1.Letak isi ayam ke dalam mangkuk dan masukkan semua bahan lain kecuali sayur dan daun kari. Sebatikan.
2.Panaskan minyak masak dalam kuali dan goreng ayam macam biasa. Boleh guna minyak yang banyak. Letak daun kari dan goreng bersama.
3.Bila agak-agak ayam sudah hampir masak, keluarkan lebihan minyak goreng dan bolehlah masukkan sayur. Goreng hingga sayur layu.
4. Angkat dan Ayam Goreng Kunyit Berempah sedia untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur